Empat tahun kemudian...
DIA menjejakkan kaki di KLIA setelah empat tahun berlalu. Wajah yang dahulunya sarat dengan kesedihan dan kekesalan kini sudah hilang. Wanita yang dahulunya lemah kini sudah berubah dan kini bangkit menjadi seorang wanita yang kuat dan tabah. Tiada lagi air mata yang menemani dirinya ketika ini. Hanya bahagia yang ingin dicari. Empat tahun berada di Kanada dan dia menyambung pengajian dalam Business Management dan memperoleh sedikit pengalaman dengan bekerja di sana. Semua ini idea dan bantuan Fifi serta keluarga Fifi. Tanpa Fifi dan kedua ibu bapa Fifi dia tidak mungkin akan berjaya.
Mata Haura meliar mencari kelibat seseorang. Dia sudah lama menanti di sini menunggu Fifi untuk datang menjemputnya.
"Haura...." laung seseorang dari arah belakang. Pantas dia berpusing dan kelihatan Fifi berlari-lari anak mendapatkannya. Tubuh Fifi dipeluk Haura. Dia rindukan sahabatnya ini. Sudah empat tahun tidak bertemu. Hanya berhubung melalui telefon dan media sosial. Pipi Haura dikucup Fifi. Tubuh Haura dipandang dari atas sampai ke bawah. Dia berbangga. Haura benar-benar sudah berubah. Wajah yang sememangnya sudah cantik kini bertukar menjadi wanita yang sangat jelita. Rambut ikal Haura yang cantik beralun lembut.
"Aku rindu kau..." ucap Haura sambil meneliti setiap inci tubuh Fifi. Wanita di hadapannya kini sudah bertudung. Hari ini Fifi tampak manis berbusana rona hijau lumut.
"I miss you too dear."
"Mama dan papa kirim salam. Dia orang minta maaf sebab tak dapat nak jemput kau. Cousin aku bertunang hari ni." Jelas Fifi. Dia juga bertolak dari Damansara untuk menjemput Haura. Selesai majlis di sana tadi dia meminta izin dari Mak Longnya untuk datang ke sini menjemput Haura.
"Lah kenapa kau tak cakap hari ni cousin kau bertunang? Kalau tak boleh je aku balik naik teksi."
"No! Aku dah janji nak jemput kau kan. Degil." Haura ketawa. Dia mana degil cuma nakal sikit je.
"Mommy....."
Panggil seseorang dari belakang. Haura tepuk dahi. Dia lupa akan kehadiran anaknya di situ. Leka berbual dengan Fifi sehingga dia lupa yang dia sudah ada anak. Fifi memandang ke arah budak lelaki di sebelah Haura. Comel.
"So inilah anak saudara aunty Fifi ye. Come here."
Panggil Fifi. Kanak-kanak itu berlari mendapatkan Fifi. Tubuh kecil itu dipeluk erat. Jadi inilah anak yang selalu mengajak dia berborak hampir setiap malam. Dia tidak jemu melayan kerenah anak kecil ini."Salam aunty Fifi." Arah Haura. Tangan Fifi dikucup lembut. Fifi terharu. Dia juga mahukan anak secomel ini... huhuhu. Hidup sebagai anak tunggal buat dia selalu merasa sunyi. Perlukah dia mencari pasangan secepat mungkin?
"So what is your name my dear?"
"Ayden Harith Bin Carl Daffa...."
Wow... sekali nama penuh dia bagi. Rambut perang milik Ayden diusap Fifi. Sungguh! Saat ini dia mahu mencari calon suami. Dia mahukan anak secomel ini secepat mungkin.
"Dah jom balik."
Mereka bertiga melangkah meninggalkan perkarangan airport itu. Kereta Fifi meluncur laju menuju ke Bangi untuk ke kediaman milik keluarga Fifi.
Banglo dua tingkat milik Tan Sri Nordin dan Puan Sri Wafa tersergam indah. Setelah menjemput Haura dan Ayden masuk ke dalam rumah, dia berlalu menuju ke bilik tamu. Ingin memastikan semuanya sudah siap kerana dia mahu Haura dan Ayden selesa. Haura adalah tetamunya.
Haura duduk di atas sofa manakala Ayden berada di luar memerhati ikan di dalam kolam sambil ditemani oleh Bibik. Dibiarkan Ayden meneroka alam dan merasai suasana di Malaysia. Sejak kecil Ayden dibesarkan di Kanada dan dipelihara oleh pasangan suami isteri memerangkap jirannya. Oleh sebab itu Ayden fasih berbahasa inggeris.. Tidak pernah sekalipun dia membawa Ayden pulang ke sini. Hari ini, dia sudah menjejakkan kaki ke Malaysia tanah tumpah darahnya. Itu pun atas desakan Fifi dan ibu bapa Fifi. Mereka mahu dia pulang ke tanahair. Ke tempat kelahirannya. Di sini, dia ada orang yang disayanginya. Jika diturutkan hati dia mahu menetap di sana tetapi sampai bila dia perlu melarikan diri dari semua masalah ini.
Malam itu, kediaman Tan Sri Nordin dan Puan Sri Wafa meriah dengan kehadiran Haura dan Ayden. Mereka yang sebelum ini sunyi tinggal bertiga bersama dengan dua orang pembantu rumah. Sesekali ada juga Fifi tidur di rumah apartment miliknya. Tinggallah Tan Sri Nordin kesunyian ditemani isterinya. Selesai makan malam, mereka duduk berbual di ruang tamu. Ayden sudah terbaring di atas paha Puan Sri Wafa. Mungkin kepenatan. Sejak sampai siang tadi anaknya itu sibuk mengelilingi rumah. Ada sahaja benda yang dibuat oleh anak kecil itu.
"Haura tinggal je dengan mama. Boleh Ayden teman mama dekat sini. Tak adalah sunyi sangat. Nak tunggu cucu sendiri lambat lagi." Adu Puan Sri Wafa. Hatinya sudah jatuh sayang dengan Ayden. Hatinya sudah lama teringin menimang cucu. Namun menunggu Fifi berkahwin bagai menanti bulan jatuh ke riba.
"Mama, I'm listening." Fifi muncungkan bibir. Bukan dia tidak mahu berkahwin, dia masih mencari calon yang sesuai untuk dijadikan suami.
Tan Sri Nordin ketawa kecil. Selalu sahaja isterinya menyakat Fifi. Terkadang sampai seminggu anak daranya itu merajuk."Ish malu la mama. Lagipun dah banyak mama dan papa tolong Haura. Dari dulu sampai hari ni. Nanti tak terbalas budi mama, papa dan Fifi dekat Haura."
Ya... sejak empat tahun lalu dia sudah menyusahkan keluarga ini. Sudah terlalu banyak jasa mereka terhadap dirinya. Rasanya dia tidak mampu membalas satu persatu. Tan Sri Nordin dan Puan Sri Wafa mengetahui setiap yang dilalui. Cuma pasangan suami isteri itu tidak mengetahui siapa suaminya yang sebenar. Fifi merahsiakan perkara ini kerana mamanya berkawan rapat dengan Datin Rozi, ibu mertuanya.
"Apa yang nak dimalukan Haura. Haura dah macam anak kami. Ayden pun dah macam cucu kami. Tanpa Haura dan Ayden sunyi hidup kami. Tengok baru je kamu berdua sampai sudah riuh rumah kami ni. Kalau tidak sunyi je." Ujar Tan Sri Nordin. Dia suka mereka tinggal bersamanya.
"Nanti Haura fikirkan dulu."
"Jom masuk tidur. Ayden pun mama tengok dah mengantuk sangat ni." Sejak tadi dia melihat kepala Ayden tersengguk-sengguk mungkin penat melalui penerbangan yang jauh.
"Jom Ayden kita masuk tidur." Ajak Haura.
"Eh tak ape. Malam ni Haura rehat Ayden boleh tidur dengan mama dan papa. Ayden sleep with nenek okay."
"Okay nenek."
"No mommy. Fifi dah booked dulu malam ni Ayden tidur dengan Fifi." Awal-awal lagi dia sudah bertanyakan pada si comel itu. Kini mamanya pula mahu kacau daun.
"No. Kamu dah terlambat. Jom Ayden ikut atok." Tan Sri Nordin memimpin tangan Ayden naik ke atas. Fifi masih mengekori dari belakang. Dia tetap mahu memujuk Ayden tidur dengannya. Dari jauh Haura tersenyum melihat keletah tiga beranak itu. Alhamdulillah. Pada usia Ayden empat tahun, anaknya itu disayangi oleh mereka bertiga. Dia bersyukur mereka menerima dia dan menyayangi Ayden dengan penuh kasih sayang....

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir TERCIPTA
Romansa( 2nd story ) Carl Daffa vs Haura Elina Mereka dipertemukan dalam keadaan yang mengaibkan. Dan diatas kesilapan itu, dia dihukum tanpa sempat dirinya adili. 'Perempuan macam kau hanya sesuai digantung tak bertali. Kau tak layak hidup bahagia setelah...