Bab 32

6.2K 107 0
                                        

SEMINGGU sudah berlalu, kini dia kembali pada rutin asalnya. Dua minggu dia menghabiskan cuti bersama Puan Laila dan Encik Fuad di kampung. Ayden pada mulanya enggan mengikut dia pulang ke Kuala Lumpur terpaksa redha atas arahan Haura. Tidak mungkin dia akan membiarkan Ayden tinggal di sana. Dia tidak sanggup berjauhan dengan Ayden dan pada masa yang sama dia tidak mahu menyusahkan kedua ibu dan ayahnya. Mereka sudah uzur dan perlu banyak berehat. Ikut kata ibu dan ayahnya dia yakin mereka mahu cucu mereka berada di kampung. Tidak lah mereka sunyi.

Haura melangkah memasuki Dynamite Holding. Sudah beberapa hari dia berfikir mahu bertemu dengan Carl. Dia ingin mengajak Carl berbincang mengenai perhubungan mereka. Kalau boleh dia mahu menoktahkan hubungan antara mereka berdua.

Haura menghampiri seorang gadis yang setia menanti di meja. Tadi dia sudah ditanya mengenai tujuan dia ke mari. Setelah dimaklumkan bahawa dia wakil dari Jazz Construction barulah dia dibenarkan naik ke tingkat 20 bagunan ini. Jika tidak dia yakin mereka tidak akan mengizinkan dia naik tanpa sebarang temujanji. Maklumlah mahu berjumpa dengan bos besar.

"Hai I'm Elina. Can I see Mr Carl." Soal Haura pada gadis di kaunter itu. Wajah manis itu dipandang lama. Sopan dengan blazer rona merah jambu.

"Hai I'm Sherry. Sorry Puan, Encik Carl tidak mahu diganggu." Balas Sherry. Tadi bosnya ada memaklumkan padanya yang dia tidak mahu diganggu.

"Ye ke? I dari Jazz Construction. Tadi I ada buat appoinment dengan Encik Carl." Mendengar nama syarikat itu terus Sherry mengangkat telefon dan mendail nombor pejabat Carl. Dia mungkin sudah tersalah namun Sherry yakin Carl tiada temujanji dengan Jazz Construction.

Carl yang berada di dalam bilik cuba untuk bertenang. Tadi dia baru sahaja berbual dengan Arif. Dia sudah menjelaskan segalanya mengenai Haura. Dia tidak mahu Arif menaruh harapan terhadap isterinya itu. Lagipun Haura masih lagi isterinya yang sah. Dia tahu Arif sudah jatuh cinta pada isterinya. Sebelum perasan itu pergi jauh, lebih baik dia berterus terang. Tadi Arif tergesa-gesa keluar dari biliknya setelah mendenagr segalanya.

Arif memarahinya kerana tidak berterus terang sejak dari mula. Bagaimana hendak dia ceritakan  rupa Haura sedangkan dia sendiri baru beberapa kali bertemu dengan isterinya. Tambahan pula dia bukannya tahu Puan Elina adalah Haura isterinya yang sah.

Kata Arif untuk apa dia menyimpan Haura jika dia tidak sayangkan wanita itu. Perlukah dia melepaskan Haura supaya Arif boleh memikat isterinya? Rasanya dia tidak rela melepaskan Haura pergi. Untuk melihat Haura berbahagia bersama Arif lagilah dia tidak rela!!! Dia yakin dia sudah jatuh cinta pada isterinya Haura.

Bunyi interkom mematikan lamunan Carl. Dia mendengus kasar. Sudah dimaklumkan kepada Sherry dia tidak mahu diganggu.

"I tak nak diganggu Sherry! You tak faham bahasa ke?" Sergah Carl. Dia mahu berehat.

"Err... maaf Encik Carl, Puan Elina dari Jazz Construction ada di sini. Katanya dia ada temujanji dengan Encik Carl." Ujar Sherry kerana Elina dia dimarahi Carl. Mengapa Elina tidak datang semasa Carl dalam mood yang baik.

Carl terdiam. Untuk apa Haura datang ke sini? Rasanya dia tidak mempunyai apa-apa temujanji dengan syarikat tersebut.

"Suruh dia masuk!"

"Puan, jemput masuk." Setelah mengucapkan terima kasih kepada Sherry, dia melangkah memasuki pejabat Carl. Pintu bilik diketuk dan dia masuk bila mendapat arahan dari Carl.

"Hai...." sapa Haura. Wajah Carl yang seperti menahan marah itu sedikitpun tidak diendahkan. Dia mahu segera menyelesaikan permasalahan antara mereka berdua.

"I rasa I tak ada any appointment dengan syarikat you." Ucap Carl. Dia rasa mungkin Haura sudah salah faham tentang sesuatu. Jika ada pun mungkin Arif yang akan menyelesaikan semua yang berkaitan dengan Jazz Construction.

"I know. I have something else to discuss with you."

"What?"

"I rasa dah tiba masanya untuk kita bincangkan tentang kita Carl." Ucap Haura.

Carl bangun dari kerusi. Baru sebentar tadi dia bertekak dengan Arif mengenai hal ini. Dan kini Haura pula muncul meminta mereka berbincang. Arif dan Haura sudah mula berhubungankah?

Haura berundur ke belakang saat Carl mula menghampiri.

"Apa yang you nak Haura Elina?"

"I nak you lepaskan I, Carl." Ujar Haura perlahan tapi masih didengari Carl. Pinggang Haura dipeluk lalu ditarik rapat ke dadanya. Bahu Haura yang sedikit terdedah menarik perhatiannya.

"Apa yang you nak buat after I lepaskan you?" Carl kembali menyoal. Tolakan tangan Haura pada tubuhnya tidak diendahkan. Rambut Haura dicium. Wangi.

"You dengan kehidupan you dan I dengan kehidupan I. I akan cari lelaki yang boleh sayang dan cintakan I, yang mampu buat I bahagia dan yang penting dapat terima diri I seadanya."

Haura berterus terang. Dia mahu mencari lelaki yang ikhlas mencintainya dan dia mahu mulakan hidup baru dan hidup berkeluarga dalam erti kata sebenar.

"Lelaki macam Arif?" Soal Carl.

"Why not?" Jika Arif lelaki yang mampu terima dia seadanya dia tidak kisah.

Carl berang bila nama Arif muncul di bibir Haura. Perlahan dia menunduk lalu dipagut bibir Haura kasar. Rontaan Haura tidak dihiraukan. Dia geram dengan isterinya itu. Dengan kekuatan yang ada, tubuh Carl ditolak Haura. Dia marah pada Carl yang cuba mengambil kesempatan. Ingin ditampar wajah Carl tetapi dihalang oleh lelaki itu.

"Sekali you tampar I lebih dari ini I akan buat dekat you." Marah Carl. Dia akan bertindak di luar kawalan jika Haura menampar pipinya.

"Ceraikan I Carl. I dah tak nak hidup dengan you dan I tak nak you gantung I lagi. Please... I berhak untuk bahagia. I minta maaf kalau I pernah lukakan you dulu. Now, please lepaskan I...." rayu Haura.

Dia sudah tidak sanggup digantung Carl lagi. Cukuplah selama ini Carl menggantung dirinya tidak bertali. Meskipun dia tidak mempunyai lelaki lain, sekurang-kurangnya dia bebas dari genggaman suaminya. Dia bebas ke mana sahaja bersama Ayden.

"As you wish... but...." Mata Carl melirik ke arah Haura. Diperhatikan tubuh isterinya dari atas hingga ke bawah. Haura kelihatan cantik dengan skirt rona hitam dan blouse coklat. Dia akui Haura semakin cantik dan menggoda.

"Tapi apa Carl?" Haura sudah tidak sabar menunggu jawapan dari Carl.

Carl menghampiri Haura. Telinga isterinya dicium lembut. Pipi Haura juga dikucupnya. Haura hanya mendiamkan diri. Dia ingin tahu apa yang Carl inginkan supaya cepat dia terlepas dari cengkaman Carl.

"Sleep with me...."

Haura menolak tubuh Carl sekuat hati. Carl sudah hilang akal. Tidak!!! Dia tidak rela Carl menyentuh nya untuk kali kedua.

"You dah gila Carl. I will not slept with you!"

"Terpulang pada you. Accept my offer or stay as my wife...."

Kata-kata Carl menusuk masuk ke dasar hatinya. Dia perlu berfikir sama ada mahu kekal sebagai isteri Carl mahupun tidur bersama suaminya. Tetapi dia tidak mahu tidur bersama Carl. Apa yang dia mahu Carl melepaskan dirinya secepat mungkin.

"I'll think about it." Ujar Haura lalu pergi meninggalkan Carl sendirian. Senyuman manis terukir di bibir Carl. Dia akan menantikan jawapan dari isterinya. Memiliki wanita cantik seperti Haura memang ada di dalam senarai hidupnya lebih-lebih lagi bila Haura sudah menjadi miliknya yang sah. Dia akan cuba memikat Haura. Untuk melepaskan Haura pergi jawapannya tidak sama sekali!






 Untuk melepaskan Haura pergi jawapannya tidak sama sekali!

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Takdir TERCIPTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang