HAURA melangkah menghampiri sekujur tubuh yang terbaring di atas katil. Kain batik yang menutupi wajah itu dibuka perlahan saat dia memandang wajah pucat itu, air matanya mengalir deras.
Allah... baru semalam dia berjumpa dengan mamanya. Baru semalam juga dia bertentang mata dan sempat berkongsi cerita akan semuanya. Semalam juga dia tahu dia punyai mama, papa dan adik kandung.
Namun.....
Hari ini dia hilang segalanya. Tuhan hanya pinjamkan Datin Julia untuknya sehari sebelum dibawa pergi. Dia tidak redha kerana terlalu lama dia cuba mencari ibu kandungnya dan kini segalanya sudah tiada. Datin Julia juga belum sempat melihat cucunya Ayden. Hari ini dia membawa Ayden untuk melihat neneknya buat kali pertama dan terakhir. Fifi yang turut serta menemani hanya mampu mengurut lembut bahu Haura. Dia tahu Haura kuat. Haura pernah lalui kehidupan yang sangat sukar. Haura mengucup dahi dan pipi mamanya buat kali terakhir.
"Sayang, cium nenek." Arah Fifi. Dia tahu Haura sudah tidak mampu untuk bersuara.
"Kiss nenek?" Soal Ayden.
Fifi mengangguk. Ayden melangkah ke arah neneknya dan dicium pipi itu. Ayden yang masih belum mengetahui apa-apa hanya mengikut sahaja arahan Fifi. Belum pun sempat Haura mengucup buat kali kedua, suara seseorang mamatikan niatnya.
"Siapa kau? Apa kau buat dekat rumah aku??" Jerkah Datuk Hamid.
Dia marah melihat orang yang tidak dikenalinya menyentuh arwah isterinya tanpa izin.
Haura berpusing. Saat mata Datuk Hamid melihat seraut wajah itu, dia terkedu."Papa..." panggil Haura. Inilah ayah kandungnya yang dia tunggu sejak dahulu. Dia cuba untuk mencari keluarga kandungnya namun hampa. Datin Julia tidak meninggalkan sebarang jejak untuk dia cuba menjejaki.
"Kau dah bunuh isteri aku! Kalau aku tahu kau nak bunuh dia, aku tak izinkan dia berjumpa dengan kau sampai mati!!!"
"Saya tak bunuh mama, papa..."
"Berambus kau dari rumah aku."
Hayfa yang berada di dapur terus berlari mendapatkan papanya. Risau melihat keadaan Datuk Hamid yang tiba-tiba menjerit.
"Kenapa papa?"
"Halau perempuan ni keluar. Aku tak nak tengok muka dia!" Jerit Datuk Hamid. Dia tidak suka wanita ini muncul di rumahnya.
"Tolong papa. Saya mohon buat kali terakhir, saya mahu ikut mama sampai ke rumah baru mama. Tolong papa. Saya merayu."
Papa.... siapa perempuan ni?
"Who is she?" Soal Hayfa. Dia tidak pernah melihat wanita itu sebelum ini.
Datuk Hamid tidak menjawab soalan Hayfa. Dia tidak mahu mengaku yang Haura adalah anaknya.
"Dia kakak kandung you." Fifi bersuara. Dia akan masuk campur jika melibatkan Haura.
"What???? You must be kidding me. Sejak bila Hayfa ada kakak papa!!" Hayfa tidak percaya. Hanya dia anak Datuk Hamid dan Datin Julia. Hanya dia pewaris harta mama dan papanya.
"Dia bukan anak aku. Dia anak haram!!!" Jerit Datuk Hamid lalu pergi. Kesemua tetamu yang hadir menjadi pendengar. Tiada lagi rahsia yang tersimpan. Sudah terbongkar sebab dia tidak pernah dialukan di sini.
Allahuakhbar... Haura menangis tersesak-esak. Dia bukan anak haram. Dia ada mama dan papanya. Dia darah daging mereka. Tergamak Datuk Hamid tidak mengaku yang dia adalah anak kandungnya yang sah.
Fifi memandang sayu temannya itu. Dia turut terasa dengan apa yang dialami Haura. Perlahan dia memaut lengan Haura dan dibangunkan Haura. Tangan Ayden dicapai sebelum dia membawa mereka keluar dari rumah mewah itu. Untuk apa berada di situ jika kehadiran mereka hanya untuk disakiti. Haura yang pada mulanya memberontak kini mengikut sahaja arah langkah Fifi dan Haura menoleh ke belakang untuk melihat arwah mamanya untuk kali terakhir.
////////////////
Haura duduk di balkoni bilik. Dia membuang pandang ke arah kereta yang lalu lalang. Jiwanya kosong. Sejak dia pulang dari rumah mewah milik Datin Julia dia hanya mengurungkan diri di dalam bilik. Tidak makan atau minum. Air mata tetap mengalir dengan sendirinya. Fifi muncul di muka pintu lalu melangkah mask ke dalam.Sesekali dia datang untuk melihat keadaan Haura. Dia bimbangkan wanita itu. Risau jika Haura melakukan tindakan di luar kawalan. Dia tahu Haura betul-betul terluka. Perlahan langkah di atur menuju masuk ke dalam bilik lalu dia menghampiri Haura.
"Haura.....jom makan. Mama dengan papa tengah tunggu tu." Fifi cuba mengajak dia tahu Haura tidak akan turun ke bawah. Dia juga memaksa Haura untuk datang ke sini. Dia tidak mahu Haura dan Ayden pulang ke kediaman mereka. Dia risaukan temannya itu.
"Kau makan la dulu Fi. Aku tak ada selera." Seleranya pergi bersama mama yang baru sahaja dia jumpa. Dan baru sahaja dia kenal hati budinya.
"Dari tadi kau tak makan Fi. Nanti masuk angin."
Haura mengelengkan kepala. Dia tidak mahu makan. Dia hanya mahu berjumpa dengan mamanya.
"Fi.... aku ke punca mama aku meninggal? Salah aku ke Fi." Haura menyoal. Kata-kata Datuk Hamid bermain di fikirannya.
"Ya Allah Ra... Kau kena redha dengan takdir Allah. Bukan salah kau ataupun salah sesiapa. Memang sudah tertulis arwah mama kau pergi."
"Tapi Fi aku baru jumpa mama aku. Aku baru kenal dia tak sampai satu hari Fi. Aku belum puas merasa kasih sayang dia Fi. Aku nak jumpa dia Fi. Aku nak peluk dia." Haura menangis hiba. Dia mahukan mamanya saat ini.
Fifi melihat Haura seperti orang lain. Haura seakan meracau dan mula meronta. Fifi memegang pipi Haura dengan kedua belah tangannya.
"Istigfar banyak-banyak Ra. Ingat Allah. Aku tahu kau kuat Ra. Aku kenal kawan aku. Ra kau kena redha dengan semua ni. Kau kena terima takdir dari Allah. Mama kau pergi selepas dia jumpa kau. Mama kau pergi lepas dia peluk dan cium kau Ra. Aku tahu dia pergi dengan hati yang tenang. Kau kena ingat tu." Fifi berlalu pergi. Dia mahu Haura berfikir. Dia mahu memberikan ruang pada Haura.
Haura terdiam. Kata-kata Fifi disimpan di dalam kepala. Betul kata Fifi. Mamanya sudah tenang di alam sana. Dia patut bersyukur yang dia sempat bertemu wanita itu sebelum dia pergi. Cuma Datin Julia tidak sempat mahu bertemu dengan ibu dan ayahnya di kampung. Akan dia sampaikan segala pesanan Datin Julia kepada ibunya. Tiba-tiba dia teringatkan sepucuk surat yang diserahkan oleh pembantu rumah Datin Julia. Perlahan tas tangan dicapai. Sepucuk surat yang diberikan kepadanya dan kepada Puan Laila. Surat itu dibuka lalu dibacanya.
Assalamualaikum puteri mama Haura Elina,
Mama pasti jika surat ini sampai ke tangan Haura, mama yakin yang mama sudah tiada lagi di dunia ini. Sejak dua puluh sembilan tahun lalu, mama cuba menjejaki Haura dan ibu bapa angkat Haira tetapi gagal. Sudah berpuluh penyiasat persendirian yang mama upah untuk mencari Haura. Semasa Haura kecil, papa telah berjanji akan mencari semula Haura memandang mama dan papa masih dalam pengajian. Selepas tiga tahun mama habis belajar dan mula bekerja janji itu tidak papa tepati. Mama cuba jejaki Haura sehingga kini tetapi masih juga gagal. Saban hari mama berdoa agar kita dapat berjumpa, alhamdulillah mama berpeluang bertemu anak mama. Mama bersyukur kita dapat berjumpa walaupun pada waktu yang singkat. Mama bahagia biarpun hanya sementara. Ketahuilah hanya Haura yang menjadi asbab mama terus hidup hingga ke hari ini. Jika ditakdirkan Allah untuk mengambil nyawa mama saat ini, mama redha kerana apa yang mama hajati sudah tercapai. Satu pesan mama buat puteri mama Haura, biar setebal mana pun kebencian papa terhadap Haura, jangan sesekali Haura membencinya kerana dia adalah ayah kandung Haura yang sah. Tolong tengokkan juga Hayfa untuk mama. Mama tahu dia sudah jauh terpesong. Dan tolong buat dia berubah dan kembali ke jalan Allah SWT. Hanya itu pesan mama.....
Dari yang teramat menyayangimu,
MamaAir mata Haura mengalir deras. Surat itu dipeluk rapat ke dada. Dia akan ingat segala pesanan mamanya itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir TERCIPTA
Romance( 2nd story ) Carl Daffa vs Haura Elina Mereka dipertemukan dalam keadaan yang mengaibkan. Dan diatas kesilapan itu, dia dihukum tanpa sempat dirinya adili. 'Perempuan macam kau hanya sesuai digantung tak bertali. Kau tak layak hidup bahagia setelah...