Bab 31

6.1K 122 4
                                        

PERKARANGAN rumah Puan Laila dan Encik Fuad sudah dipenuhi oleh penduduk kampung. Ramai yang hadir untuk menolong keluarga itu memasak dan sebagainya. Encik Fuad menjemput satu kampung untuk hadir ke rumahnya sempena dengan kepulangan Haura anak tunggalnya itu. Anak-anak dari Rumah Kasih juga turut hadir pada pagi itu termasuk juga Zara. Sudah besar adiknya itu. Lama Haura berbual dengan Zara. Adiknya itu kini berada di tingkatan 5 bakal menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.

Mereka bergotong royong menyediakan juadah untuk kenduri doa selamat hari ini. Seronok Haura melihat hubungan silaturrahim antara penduduk kampung ini. Ada segelintir yang memandang serong padanya dan ada juga yang masih sama seperti dulu. Tidak membezakan dirinya.

Jika ada kenduri di kampung, mereka gemar bergotong royong memasak dari menempah katerer. Bagi orang kampung, bergotong royong dapat memeriahkan lagi suasana dan bersama mengeratkan hubungan sesama kita. Tidak mengira agama dan bangsa. Semua bersatu hati.

Haura duduk di beranda rumah. Ramai yang hadir pada hari ini. Masing-masing datang bertegur sapa dengannya dan bertanyakan khabar. Ayden pula berada di halaman rumah bermain dengan anak Intan serta kawan baharunya. Ayden memang suka kalau dapat bermain dengan kawan-kawan kerana jika dia berada di rumah Fifi anaknya itu sentiasa keseorangan. Intan juga datang bersama suami dan emaknya. Sudah lama Haura tidak bertemu dengan mereka semua.

"Haura.." panggil seseorang dari belakang. Haura berpusing mahu melihat siapa yang datang. Melihat sahaja wajah Mirza hatinya dipagut rasa risau yang teramat. Bimbang akan kejadian lama. Mengapa ayahnya menjemput Mirza? Jika dia tahu Mirza ada di kampung dia akan berpesan kepada Encik Fuad supaya tidak menjemput lelaki itu.

"Hmmm...." hanya itu yang mampu Haura balas. Anak kecil di dalam dukungan Mirza dipandang. Mesti anak Mirza kerana mereka seiras.

"Haura sihat? Dah lama Mir tak jumpa Haura. Makin cantik Haura sekarang." Diperhatikan wajah wanita di hadapannya. Sudah berubah menjadi seorang yang sangat jelita. Cantik mengenakan baju kurung rona biru muda.

"Apa yang Mir nak? Haura sibuk sekarang ni." Ucapnya lalu bangun. Dia tidak mahu Mirza lama-lama di sini.

"Sombong betul Haura sekarang ni. Mir cuma nak berbual dengan Haura."

"Abang, lama Yana tunggu abang dekat kereta. Err siapa ni bang?" Haura tersenyum pada wanita yang manis bertudung di sisi Mirza. Dia yakin wanita itu adalah isteri Mirza.

"Hai saya Haura... kawan sekolah Mirza dulu."

Haura memulakan bicara. Dia tidak mahu Ilyana  mengetahui hubungan sebenar antara dia dan Mirza dahulu. Cukup sekadar kawan. Ilyana memerhati Haura dari atas hingga ke bawah. Cantik kawan sekolah Mirza. Namun dia rasa pandangan mata Mirza lebih dari seorang teman. Hatinya dipagut rasa cemburu. Dia kenal siapa Haura.

Haura pernah menjadi terkenal atas peristiwa yang menimpanya dulu. Haura pernah ditangkap khalwat bersama anak hartawan terkenal. Tetapi hari ini dia hanya melihat Haura bersendirian. Di manakah suami wanita itu? Adakah mereka sudah berpisah? Jika sudah dia risaukan perhubungan suaminya dan Haura. Dia tidak mahu Mirza ada hubungan dengan wanita lain selain darinya lebih-lebih lagi Haura. Kasih sayang dan cinta Mirza hanya untuknya!

"Mirza!!!" Panggil seseorang. Saat Haura mendengar suara itu, dia memejamkan mata.
Puan Badriah muncul bersama seorang lagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 5 tahun. Pasti anak Mirza juga.

"Tak habis-habis kamu nak goda anak aku! Dah tak ada jantan lain dalam dunia ni? Kamu tak nampak ke Mirza dah bahagia dengan Ilyana? Sengaja kamu nak goda dia lagi!!" Marah Puan Badriah. Melihat Haura bersama Mirza darahnya mendidih.

"Saya tak goda anak makcik. Anak makcik yang datang ke sini berjumpa dengan saya. Kami cuma berbual je makcik." Terang Haura.

"Kamu ingat aku nak percaya kamu. Dulu kamu tak dapat Mirza, sekarang kamu datang nak goda dia balik! Ni dia dah ada Ilyana dan dua anak!"

Haura ketap bibir. Jika yang datang menuduhnya itu adalah wanita yang lebih muda darinya, sudah lama tangannya naik ke pipi Puan Badriah.

"Kau ingat aku akan izinkan kau goda suami aku? Jadi betul lah apa yang mak Mirza cakap kau memang jahat dan busuk hati!!" Marah Ilyana. Dia tidak izinkan Haura merampas Mirza.

"Aku tak goda suami kau! Dan aku pun tak teringin ada mak mertua macam ni. Banyak lagi jantan kaya kat luar sana yang aku boleh goda dari aku goda suami kau yang tak ada apa-apa ni!" Marah Haura. Dia sudah tidak tahan akan tuduhan Ilyana dan Puan Badriah.

Mereka ingat dia hadap sangat ke dengan Mirza. Untuk apa dia merebut Mirza dari Ilyana. Jika dia tidak bersama Carl sekalipun dia tidak akan memilih Mirza. Dia tak ingin memiliki ibu mertua seperti Puan Badriah dan punyai suami pengecut seperti Mirza.

"Jadi kau kata laki aku miskin la ye. Miskin kami pun tak adalah nak perangkap jantan kaya!" Mendengar kata-kata yang lahir dari bibir Ilyana, Haura berjalan merapati Ilyana. Dia sudah hilang sabar. Mirza masih mendiamkan diri. Dia yang datang kepada Haura untuk berbual.

"Kau ingat aku nak sangat laki kau! Dia yang datang dan tegur aku dekat rumah aku! Bukan aku yang terhegeh-hegeh kejar jantan ni. Untuk pengetahuan kau, sejak dulu lagi hati aku dah padam dengan nama Mirza. Aku tak hingin berlakikan jantan pengecut macam Mirza! Dan Mirza, sampai bila kau nak jadi lelaki yang dicucuk hidung ikut kata mak kau. Dulu masa mak kau hina aku depan orang kampung kau hanya mendiamkan diri. Kau sendiri datang jumpa aku tapi kau salahkan aku. Inikah jantan yang boleh bahagiakan aku!!! Dan makcik jangan sesuka hati menuduh saya. Apa kata makcik pergi tengok anak dara makcik yang sibuk naik motosikal dengan suami orang keliling kampung!" Luah Haura.

Dia geram dengan kata-kata Puan Badriah dan Ilyana. Dan mengenai anak dara Puan Badriah, Intan ada memaklumkan mengenai perkara tersebut. Kata Intan, jika Puan Badriah datang menyerang dia ada modal mahu membalas setiap apa yang diperkatakan mereka. Dia bukan mahu membuka aib namun dari cara Puan Badriah dia sakit hati kerana dituduh yang bukan-bukan.

"Kau...."

"Balik la makcik. Sebelum saya hilang hormat pada makcik dan keluarga makcik."

"Mommy, tadi Ayden main air dengan Athif. Habis basah." Ayden tiba-tiba muncul selalu basah bermain dengan air.

Puan Badriah, Ilyana dan Mirza memandang wajah kanak-kanak kecil itu. Yakin itu adalah anak Haura.

"Ye sayang. Jom masuk dalam tukar baju. Nanti demam pulak anak mommy." Pipi Ayden dikucup lembut.

"Saya tak perlukan anak makcik dan suami awak Ilyana. Baliklah Mirza." Ucap Haura lalu berlalu pergi. Ditinggalkan mereka di situ.

Puan Laila yang berada di sebalik pintu mendengar setiap butir bicara yang diperkatakan oleh mereka. Dia tidak mahu masuk campur kerana dia tahu Haura mampu menanganinya.

Dan dia berbangga Haura dapat menangkis setiap tuduhan mereka tidak seperti dahulu hanya dibiarkan mereka menindas dirinya. Dan dia bersyukur bukan Mirza yang menjadi menantunya. Jika tidak dia yakin Puan Badriah tidak akan mengizinkan anaknya bahagia. Kini dia yakin Haura bukan lagi seperti Haura yang dahulu selalu ditindas.

Julia, anak kamu sama seperti kamu kuat dan tabah....
















Takdir TERCIPTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang