SUDAH tiga bulan selepas pembacaan wasiat di rumah mewah Datuk Hamid. Dia lega. Kini semuanya sudah berakhir. Dia tidak mahu akan harta itu. Dapat bertemu dengan Datin Julia pun sudah cukup baginya. Selama ini dia hanya mahu bertemu dengan keluarga kandungnya. Jika mereka tidak mahu dia wujud dalam keluarga mereka pun sudah tidak apa. Dia sudah berjumpa dengan ibu yang telah melahirkan dia. Dia perasan wajah Hayfa semasa mereka bertemu. Adiknya seperti tidak senang melihat dia bersama. Dia tahu Hayfa tidak sukakan dia. Melihat pada kegembiraan Hayfa semasa menerima wang dari arwah mamanya pun dia senang hati. Apa yang pasti dia tidak akan menganggu Datuk Hamid dan Hayfa lagi. Dia tidak akan sesekali muncul lagi di hadapan papa dengan adiknya. Kehadirannya tidak diperlukan di dalam keluarga Datuk Hamid.
Haura duduk di kerusi batu taman rekreasi berhampiran dengan rumahnya. Dia ke sini bersama Ayden sejak pukul 5.30 petang tadi. Memandangkan dia bercuti hari ini, dia meluangkan masa bersama Ayden di taman.
Setelah berjogging dia rehat di kerusi manakala Ayden yang masih bertenaga sudah ke buaian. Haura sudah lelah manakala Ayden masih lincah berlari dari satu permainan ke permainan yang lain. Jam di tangan sudah menunjukkan hampir ke pukul 7.00 malam. Dia memanggil Ayden lalu ingin segera pulang. Hari semakin gelap dan dia tidak mahu lambat sampai ke rumah.
Haura sudah berada di dalam kereta. Enjin kereta sudah dihidupkan. Namun matanya tertumpu pada seorang wanita yang duduk atas rumput. Sudah dua kali dia melihat wanita itu cuba untuk bangun namun gagal. Melihat keadaan itu, perlahan dia turun dari kereta dan melangkah menghampiri wanita itu. Ayden setia mengikuti mommynya dari belakang.
"Puan, kenapa ni?" Soal Haura. Wanita itu memandang ke arah Haura sambil mengerutkan dahi. Tangannya memegang kaki kanannya.
"Auny rasa kaki aunty ni terseliuh. Tadi aunty tersalah langkah. Sekarang ni susah pulak nak bangun." Jelas wanita itu. Sejak tadi dia cuba untuk bangun namun gagal.
"Owh kalau macam tu saya tolong aunty."
Haura membantu wanita itu untuk berdiri Ayden juga turut membantu."Mana kereta aunty? Aunty boleh drive ke dalam keadaan macam ni?" Soal Haura dia rasa susah untuk wanita ini memandu kerana kaki kanan itu yang terseliuh.
"Aunty jogging dari rumah ke sini. Rumah aunty dekat hujung sana." Balas wanita itu sambil menunjukkan arah rumahnya.
"Kalau macam tu saya hantarkan aunty balik. Dah maghrib ni nanti gelap susah pulak."
"Tak susahkan kamu ke? Kalau kamu tak keberatan, boleh aunty pinjam telefon kamu. Boleh aunty kol uncle dia ada dekat rumah. Lagipun aunty tidak mahu susahkan kamu."
Dia tidak mahu susahkan wanita muda ini. Mana tahu suami wanita itu sudah menunggu di rumah.
"Ish tak adalah susahkan saya aunty. Rumah saya pun dekat-dekat sini jugak. Jom. Ayden tolong mommy bawa nenek ke kereta."
Haura dan Ayden membantu wanita itu ke kereta. Setelah sampai di dalam kereta dia terus menekan pedal menuju ke arah rumah wanita itu.
Sampai sahaja di rumah mewah tiga tingkat ini, mulut Haura terlopong. Haura yakin wanita ini bukan calang-calang orang. Kereta Haura berhenti betul-betul di hadapan pintu utama. Kelihatan di garaj ada tiga buah kereta mewah yang diparkir di bawah bumbung. Kesemuanya adalah jenama buatan luar negara. Haura turun dari kereta dan memberi salam. Kelihatan seorang wanita muda muncul bersama telefon bimbit di tangan dengan wajah yang kusut sambil memegang telefon bimbit.
"Walaikumsalam. Ya boleh saya bantu."
"Caira....." laung wanita tua itu. Melihat sahaja wajah yang dikenalinya di dalam kereta dia menghembus nafas lega. Sudah puas dia menelefon mamanya namun gagal. Panggilan telefon masuk ke dalam peti suara.
"Mama what happen?" Soal wanita muda dikenali sebagai Caira. Caira pantas membuka pintu lalu membantu mamanya turun dari kereta dan menuju masuk ke dalam rumah. Haura dan Ayden juga turut sama membantu.
"Kaki mama terseliuh tadi."
"Kenapa mama tak pergi klinik?" Soal Caira sambil membelek kaki mamanya.
"Saya nak tolong hantarkan tadi tapi aunty tak nak. Dia suruh hantar terus ke rumah. Katanya risau takut uncle cari." Balas Haura. Tadi dia ada bertanyakan tentang itu namun ditolak oleh mama Caira. Katanya tidak mahu menyusahkan dia tambahan pula wanita itu risau jika keluarganya sedang mencari.
"Siapa nama kamu? Terima kasih sebab sudi tolong aunty. Kalau kamu tak ada tak tahulah nasib aunty. Mungkin sampai malam lah aunty duduk dekat taman tu."
"Saya Elina. Benda kecik je aunty. Lagipun rumah saya kebetulan dekat sini. Maaf aunty, saya minta izin dulu nak balik rumah dah lewat ni." Ujar Haura. Ayden yang tadinya sedang melihat keindahan rumah mewah itu, terus bersalaman dengan kedua anak beranak ini setelah mendapat arahan dari mommynya.
"Baiklah. Nama aunty Rozi dan ini anak aunty, Caira."
"Hai..." sapa Caira lalu mereka bersalaman.
"Ayden, salam nenek dengan nenek." Arah Haura. Ayden yang tadinya sedang asyik melihat keindahan rumah itu terkejut. Lalu dengan pantas dia bersalaman dengan Caira. Saat matanya menatap wajah nenek itu, Ayden terasa akan tajamnya wanita itu merenung dirinya! Dan dia takut.
Selepas Haura beredar, Datin Rozi termenung. Dia seakan cuba mengingati sesuatu. Saat matanya menatap anak mata Ayden hatinya terdetik akan sesuatu. Mata itu saling tidak tumpah seperti....
"Mama.... kenapa ni?"
Saling tidak tumpah seperti lelaki yang menyapanya saat ini.
Carl memandang wajah Datin Rozi. Dia pelik mengapa mamanya memandang dia dengan riak yang terkejut.
"Mama!" Panggil Caira. Kenapa dengan mamanya ini? Tadi semasa pasangan anak beranak itu ada di sini elok saja dia melihat wajah Datin Rozi.
"Mama!!!" Kuat suara Caira memanggil mamanya.
"Ya..."
"Mama okay tak ni?"
"Mama okay. Caira, boleh tolong ambilkan air untuk mama?"
"Okay." Caira berlalu ke dapur. Datin Rozi memandang ke arah Carl yang baru sahaja pulang. Carl rasa sikap mamanya pelik pada malam ini.
"May I ask you something?" Soal Datin Rozi.
"Mama nak tanya apa?"
"Jujur dengan mama. Did you touch your wife four years ago?"
"Soalan apa ni mama. Dah empat tahun kan benda tu berlaku." Marah Carl. Mengapa perlu diungkit perkara yang sudah lepas. Datin Rozi tidam habis-habis dengan soalan itu.
"Answer me!"
Carl mengangguk. Memang sudah buang tabiat mamanya malam ini!
"Berapa kali?"
"Soalan apa mama ni? Dah Carl naik dulu."
Carl berlalu pergi bersama sakit di hati. Dia sengaja pulang awal hari ini kerana mahu meluangkan masa bersama keluarga. Tetapi dihujani pula soalan yang pelik dari Datin Rozi. Untuk apa diungkit perkara itu. Mengingati perkara itu buat dia marah. Mata Datin Rozi menghantar Carl naik ke atas. Adakah dia tersilap? Dia yakin wajah Ayden saling tidak tumpah seperti Carl semasa anak sulungnya masih bayi.
Perkara ini tidak diceritakan kepada orang lain termasuk suaminya sendiri. Dia belum pasti akan apa yang dia rasakan atau mungkin malam ini dia rabun!!!

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir TERCIPTA
Romance( 2nd story ) Carl Daffa vs Haura Elina Mereka dipertemukan dalam keadaan yang mengaibkan. Dan diatas kesilapan itu, dia dihukum tanpa sempat dirinya adili. 'Perempuan macam kau hanya sesuai digantung tak bertali. Kau tak layak hidup bahagia setelah...