HAYFA menarik selimut menutupi tubuhnya yang terdedah. Tan Sri Rico masih lena diulit mimpi. Sudah hampir dua tahun dia menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki tua ini. Dia sanggup menggadaikan maruahnya hanya kerana wang. Sejumlah wang yang telah diwasiatkan untuknya sudah habis dijoli. Dia bercuti mengelilingi dunia dengan menggunakan duit yang diserahkan oleh Haura. Setiap negara yang dia pergi, dia akan ditemani oleh mana-mana lelaki yang menarik minatnya. Yang dapat memuaskan nafsunya. Dan yang dapat menemani hari-hari sepinya.
Kini selepas hampir tujuh bulan, duit itu sudah susut di dalam bank. Sebab itu lah dia mencari Tan Sri Rico. Lelaki separuh abad itu sahaja yang ada jika dia perlukan sejumlah wang. Dia hanya perlu melayan nafsu lelaki tua ini. Dan dengan lelaki ini dia dapat apa sahaja yang dia mahu. Teringat dia akan perbualannya bersama papanya beberapa minggu yang lepas.
"Papa, I want some money."
Datuk Hamid yang sedang berehat di ruang tamu terkejut dengan permintaan anak daranya itu. Ke manakah pergi wang yang diwasiatkan untuk Hayfa.
"Apa maksud Hayfa?" Soal Datuk Hamid kembali.
"I want some money okay."
"Mana pergi duit yang arwah mama bagi dulu."
"Dah habis."
"What!!! Are you kidding me Hayfa Eliza??"
Jerkah Datuk Hamid. Dia terkejut dengan kenyataan Hayfa. Baru beberapa bulan wang itu sudah habis dibelanjakan? Duit yang diberikan bukannya sedikit terlalu banyak. Jika dia yang dapat pasti turut dapat dibelanjakan hingga ke cucu cicitnya.
"No. Duit tu memang dah habis. I belanja masa bercuti hari tu. Papa tahukan I bosan duduk rumah ni. So I pergi bercuti around the world with some friend." Terang Hayfa acuh tak acuh. Malas dia mahu bercerita kepada papanya. Bukannya papa dia peduli. Papanya hanya sibuk bekerja dan dia pula sibuk menghabiskan wang tersebut.
"Kalau Hayfa bosan, you boleh pergi cari kerja. Bukan duduk rumah dan keluar shopping hari-hari. You dah besar Hayfa. Dah layak bergelar ibu pun." Bebel Datuk Hamid.
Hayfa sudah layak berkahwin dan miliki keluarga sendiri. Rutin anaknya juga sudah dihafal. Setiap hari Hayfa akan pulang ke rumah lewat pagi dalam keadaan mabuk dan khayal. Dia tahu Hayfa ada mengambil barang terlarang. Hayfa akan tidur sepanjang hari dan akan keluar rumah pada malam hari. Hidup Hayfa hanya untuk berfoya-foya dan menghabiskan wang yang telah dia usahakan selama ini. Entah sampai bila Hayfa tidak mahu hidup berdikari. Jika dia tiada kelak pada siapa Hayfa mahu meminta pertolongan.
"Kahwin? I belum puas enjoy my life. Dan I tak suka kerja. Lagipun papa kan ada. Kesemua duit papa tu nanti jatuh dekat I jugak."
"Papa akan sekat duit you kalau you keterlaluan. You have a million money Hayfa! Not three hunfred thousand!!!" Kecewa dia dengan sikap boros Hayfa. Dia akui dahulu dia juga suka berfoya-foya tetapi tidak lah sampai habis wang yang dia ada. Hayfa perlu juga untuk berjimat cermat.
"I have to go." Hayfa mula mencipta alasan untuk dia lari dari Datuk Hamid. Dia tidak mengizinkan papanya menyekat wang belanja yang dia dapat setiap bulan. Dia perlu makan dan minum serta bershopping. Jika duitnya disekat macam mana dia mahu hidup.
"One more thing Hayfa... please stay away from Tan Sri Rico. Papa tak nak you menyesal."
Pesan Datuk Hamid sambil berlalu pergi. Datuk Hamid tahu anaknya punya hubungan sulit dengan lelaki tua itu, sudah berbuih dia menasihati Hayfa tetapi tetal sama. Hayfa tetap mahu bersama lelaki itu. Dia risaukan sesuatu terjadi kepada Hayfa. Dia sayangkan anaknya kerana itu dia selalu menasihati Hayfa.
Bagaimana dia hendak tinggalkan lelaki itu sedangkan lelaki itu punca sumber pendapatannya selama ini. Dia tidak akan sesekali tinggalkan lelaki itu walau apa pun yang terjadi.
Datuk Hamid tahu akan hubungan nya bersama lelaki jutawan itu. Dan tidak pernah pun papanya menghalang hubungan itu. Tetapi kini Datuk Hamid sudah mula memberi amaran sama seperti Carl dahulu. Adakah Puan Sri Melly sudah dapat menghidu hubungan mereka berdua.Kucupan lembut di pipi Hayfa mematikan lamunannya. Wajah Tan Sri Rico direnung dengan penuh kasih sayang. Dia rasa dia sudah jatuh cinta dengan lelaki ini. Tan Sri Rico sangat penyayang dan romantik. Ada sahaja kejutan yang diberikan lelaki itu. Pernah dia menerima hadiah ulang tahun percintaan mereka yang berharga 2.7 juta iaitu seutas rantai berlian. Rantai itu sudah dijual setahun yang lalu. Nasib baik Tan Sri Rico tidak mengetahui akan perkara ini. Rumah mewah dua tingkat ini juga dihadiahkan buat dirinya. Jika rumah ini boleh dijual, sudah lama dia menjualnya. Dapat dia pergi melancong bersama dengan kekasihnya yang lain.
"Kenapa ni honey, you okay?" Soal Tan Sri Rico. Dia risau melihat wajah kesayangannya itu.
"I risau wife you tahu akan hal kita sayang."
"Dia tidak akan tahu. I dah simpan elok-elok. I tak boleh kehilangan you Hayfa. Hanya you cinta hati I."
Tan Sri Rico memulakan ayat manisnya. Dia tidak cintakan Hayfa. Dia cintakan tubuh badan wanita itu. Hanya Hayfa dapat memuaskan nafsunya. Kerana itu dia simpan Hayfa sebagai yang teristimewa. Puan Sri Melly pun tidak mampu memuaskan dirinya sejak mula dia berkahwin. Oleh sebab itu apa sahaja yang Hayfa inginkan, dia akan turuti walaupun dia hilang wang jutaan ringgit.
"Bila you nak kahwin dengan I Rico?" Soal Hayfa dia tidak mahu hilang harta berharga ini. Dia akan berusaha untuk menjaga sebaik mungkin.
"One day kita akan kahwin. I akan ceraikan orang tua tu." Hayfa tersenyum manis. Tubuh Tan Sri Rico dipeluk lalu dikucup bibir tua itu.
Tan Sri Rico hanya tersenyum sinis. Dia tidak akan menceraikan isterinya. Tanpa isterinya dia tidak punya apa-apa. Kesemua harta yang dia miliki ketika ini hasil dari usaha keras isterinya. Dia hanya membantu setakat yang dia mampu. Dia hanya lelaki yang menumpang kekayaan isteri. Jika dia membelanjakan wang ke atas Hayfa, bermacam alasan yang dia cipta supaya isteri percaya. Setakat hari ini, tidak pernah lagi Puan Sri Melly menyoal akan segala perbuatannya itu.
Dan untuk mengahwini Hayfa, dia akan berfikir beribu kali. Jika Puan Sri Melly tiada pun, dia tidak akan memilih Hayfa. Dia kenal wanita itu. Dia juga tahu akan setiap perbuatan Hayfa di belakangnya. Setiap gerak geri Hayfa diperhatikan oleh orang upahannya tanpa disedari oleh Hayfa. Selain dirinya, dia tahu ada lelaki lain yang turut menyentuh tubuh Hayfa. Dia berpura-pura tidak mengetahui setiap perbuatan Hayfa. Bila tiba masanya nanti akan dibongkarkan segala perbuatan wanita cilik itu. Kini dia belum lagi bertemu dengan pengganti Hayfa. Jika ada wanita lain yang mampu memberikan servis yang lebih baik, akan membuang Hayfa dari hidupnya seperti kucing kurap. Belum pernah lagi seorang wanita mempermainkan dirinya!

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir TERCIPTA
Romance( 2nd story ) Carl Daffa vs Haura Elina Mereka dipertemukan dalam keadaan yang mengaibkan. Dan diatas kesilapan itu, dia dihukum tanpa sempat dirinya adili. 'Perempuan macam kau hanya sesuai digantung tak bertali. Kau tak layak hidup bahagia setelah...