( 2nd story )
Carl Daffa vs Haura Elina
Mereka dipertemukan dalam keadaan yang mengaibkan. Dan diatas kesilapan itu, dia dihukum tanpa sempat dirinya adili.
'Perempuan macam kau hanya sesuai digantung tak bertali. Kau tak layak hidup bahagia setelah...
MATANYA ralit memerhatikan Ayden bermain dengan pasir di persisiran pantai ditemani Puan Laila dan Encik Fuad. Kedua ibu bapanya mahu turut serta ke sini meluangkan masa menjaga dan bermain dengan Ayden di sini. Kata ibunya mereka sudah lama tidak datang ke pantai. Kali terakhir ketika mereka sekeluarga datang berkelah pada hujung minggu itupun beberapa tahun yang lalu. Haura yakin kedua ibu dan ayahnya pasti malu dengan apa yang sudah terjadi empat tahun yang lalu.
Kini, alhamdulillah.... Puan Laila dan Encik Fuad menerima dirinya dan Ayden dengan hati yang terbuka. Perhubungannya dengan Carl juga telah mereka ketahui. Dia akan berjumpa dengan Carl bagi menyelesaikan permasalahan rumah tangga ini. Untuk apa mereka bersama sedangkan masing-masing membawa haluan sendiri. Akan dia aturkan pertemuan itu kelak. Dia mahu mengajak Carl berbincang tentang hala tuju perhubungan mereka. Dia yakin Carl juga pasti mahu berbahagia dengan orang yang tersayang.
Haura duduk di batu sambil kakinya bermain dengan pasir pantai. Sudah lama dia tidak ke sini. Jika dahulu pada waktu petang dia akan menghabiskan masa duduk di sini sambil memerhatikan matahari terbenam dan ditemani oleh Mirza ataupun Intan. Lalu sahaja di Chalet Buluh Inn ingatannya kembali pada peristiwa lalu. Meskipun sudah lama berlalu namun ianya masih teguh di ingatan. Betapa dia malu dengan semua itu.
"Haura...." satu suara memanggil dari belakang. Lantas Haura berpusing, saat matanya melihat wanita itu, terus dia bangun. Matanya bersinar.
"Intan..... lama aku tak jumpa kau. Allah aku rindu kau." Tubuh Intan dipeluk. Dia rindukan Intan. Sudah lama dia tidak bertemu dengan temannya ini. Wanita ini yang selalu menolongnya suatu masa dulu. Selalu membawa dia menaiki motosikal di sekeliling kampung dan adakalanya mereka akan ke bandar bersama untuk membeli barangan keperluan.
"Mana kau pergi Haura. Lama aku tunggu kau balik. Aku rindu kawan yang selalu ada dengan aku."
Intan menangis semahunya. Hanya Haura yang selalu ada bila dia perlukan. Haura yang menemani ke mana sahaja dia pergi. Dahulu hanya wanita ini yang sanggup berkawan dengannya. Dia datang dari keluarga yang susah. Penduduk kampung memandang sebelah mata bila mereka melihat pakaian yang dipakainya. Kehidupan yang dia lalui tidak sama dengan orang lain. Dia hidup susah manakala Haura hidup sebagai anak angkat selalu sahaja dihina dan diejek oleh rata-rata penduduk di sini.
Ada juga pakaian yang dihadiahkan Haura dulu. Dia teringat akan Puan Laila yang ada kalanya menjahitkan pakaian sekolah untuk dia dan adik-beradik nya yang lain tanpa dikenakan bayaran. Sejak Haura pergi dia selalu menemani dan melawat Puan Laila dan Encik Fuad di rumah. Sering kali juga dia membawa anak kecil nya bermain dengan kedua orang tua Haura. Dia tahu Puan Laila dan Encik Fuad sentiasa rindukan Haura. Sejak Haura pergi, dia berkahwin dengan seorang pegawai bank atas kehendak keluarga. Kini dia bahagia bersama suami dan anak perempuan mereka.
"Aku minta maaf Intan. Aku tinggal kau sorang-sorang dekat sini." Ucap Haura. Salah dia kerana telah memutuskan ikatan persahabatan mereka. Dia pergi tanpa berita.
"Kau kerja dekat mana sekarang ni?" Soal Intan. Dia lihat Haura semakin cantik dan nampak bergaya. Tidak seperti Haura yang dulu. Haura sekarang sudah berubah menjadi wanita yang kuat dan penuh keyakinan.
"Aku kerja dekat Kuala Lumpur. Ni aku cuti jumpa ibu dan ayah. Kau tahu kan dahulu hubungan kami macam mana." Ujar Haura sayu. Mengingatkan kembali semua itu, hatinya pilu.
"Dah lupakan semua tu Haura. Sekarang kau kena bina hidup baru. Dan ingat jangan lupakan aku lagi."
"InsyaAllah..."
"Mommy.... I want to go home." Ayden muncul dengan pasir penuh di baju.
"Okay dear. Ajak tok dengan wan balik sekali." Ayden pergi mendapatkan atuk dan neneknya.
"Anak kau ke Haura?"
"Ye anak aku. Nama dia Ayden. Dah dekat empat tahun dah." Terang Haura. Dia seronok melihat Ayden membesar di depan matanya.
"Handsome macam daddy dia." Intan memandang ke arah Ayden. Melihat wajah itu pun dia tahu anak itu adalah anak bekas majikannya dahulu. Mata Ayden saling tidak tumpah seperti Carl. Sejak dia berkahwin juga dia telah berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa.
Haura tersenyum. Rata-rata yang melihat Ayden pasti akan menyatakan hal yang sama. Wajah Ayden banyak mengikut wajah Carl. Boleh dikatakan kembar seiras. Cuma Ayden dalam versi kanak-kanak.
"Habis tak ada ikut mommy dia la ye?"
"Ada bila dia senyum nampak macam kau."
"Pandai la Aunty Intan. Esok jemput datang rumah. Ada kenduri doa selamat sikit. Jangan lupa ajak suami kau sekali tau."
Esok dia mahu mengadakan majlis doa selamat buat mereka sekeluarga. Dia mahu Intan turut hadir memeriahkan majlis. Dia mahu mengadakan kenduri doa selamat sempena dia sudah berbaik dengan kedua ibu bapanya. Dan dia juga mahu bertemu dengan kesemua orang lebih-lebih lagi Rumah Kasih. Lama dia tidak menjejakkan kaki ke situ. Dahulu rumah itu selalu menjadi tempat dia bermain dengan kanak-kanak di sana.
"InsyaAllah Haura. Aku pun sudah lama tak jumpa ibu dengan ayah kau. Kalau suami aku tak bawak aku ke sini memang tak adalah aku nak jumpa dengan kau."
Intan akan datang jika suaminya memandu datang ke sini. Mereka kini tinggal dia taman yang hanya 20 minit perjalanan dari sini. Suaminya tidak membenarkan dia membonceng motosikal bersama anak nya yang baru berusia 2 tahun. Bahaya katanya. Hari ini dia datang melawat emaknya yang tidak sihat.
"Kalau kau susah datang, aku jemput kau pun tak apa. Dapat borak lama sikit." Sudah lama mereka tidak berborak. Jika dahulu mahu satu malam berborak tanpa henti!
"Ish kau ni tak payah susah-susah. Esok aku datang rumah kau. Lagipun esok suami aku cuti. Ok lah Haura aku balik dulu ye. Anak kau pun tengah tunggu mommy dia."
Allah... dia lupa yang Ayden tengah menantinya. Setelah bersalaman dan berpelukan dengan Intan, dia turut sama pulang ke rumah memandangkan hari sudah senja. Mereka perlu bersedia untuk majlis pada hari esok. Sudah dijemput beberapa orang penduduk kampung untuk menolong ibunya memasak. Dan dia pun sudah lama tidak mengasah bakat nya itu. Jika di Kuala Lumpur, dia banyak menghabiskan masa di rumah keluarga Fifi dan di pejabat.
Tanpa Haura sedari dua sepasang mata yang sedang memerhati dari jauh. Seseorang yang pernah menjadi salah seorang yang Haura sayang. Senyuman manis terukir di bibir lelaki itu. Sudah lama dia tidak bertemu wanita itu. Lama dia cuba menjejaki Haura tetapi hampa. Haura hilang tanpa dapat dikesan. Dia masih rindukan senyuman manis wanita itu. Wanita yang kini telah berubah menjadi wanita yang paling cantik baginya.
Sepasang mata lagi penuh dengan api kebencian. Mengapa perempuan itu muncul semula di sini? Sejak Haura pergi dari sini jiwanya tenang tanpa kehadiran wanita itu. Dia dapat tidur dengan tenang. Kini wanita itu muncul lagi mahu memecah belahkan hubungan dia dan anaknya. Dia tidak akan membenarkan anaknya mendekati Haura. Dia tidak rela Haura memecah belah rumah tangga anaknya. Tanpa kehadiran seorang suami, dia yakin Haura sudah berpisah dengan suaminya. Bibir diketip kuat. Hatinya marah!.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.