Bab 40

8K 132 7
                                        

TANGANNYA diletakkan di atas perut Haura. Perut kempis itu diusap perlahan. Sejak mereka pulang dari klinik, Haura hanya mendiamkan diri dan baring di atas katil. Selepas dipaksa oleh dia, Haura hanya minum segelas susu dan buah strawberry seperti yang diinginkan isterinya. Mujur sahaja pasaraya dekat dengan rumah. Jika tidak bagaimana dia mahu mencari buah itu malam-malam begini.

"I nak turun bawah nak tengokkan Ayden. You jangan nak berjalan merata tempat. Doktor tak izinkan you berjalan sesuka hati. You masih lemah. I tak nak apa-apa jadi dekat you and our baby. If you need anything just call me." Arah Carl.

Dia perasan wajah isterinya yang masam mencuka. Tadi semasa mereka berada di klinik, doktor sudah menasihati Haura agar dia banyak berehat. Doktor risau jika isterinya itu pengsan lagi bimbang ianya akan membahayakan kandungan Haura. Kandungan itu masih baharu dan mereka perlu berhati-hati. Setelah Carl hilang dari pandangan, perlahan-lahan Haura turun dari katil. Dia sudah ada sedikit tenaga kerana tadi semasa di klinik doktor ada memasukkan air ke dalam badannya. Saat ini dia hanya ingin membersihkan diri. Seingatnya kali terakhir dia mandi ketika dia mahu datang ke sini. Tuala dicapai dan dia menghampiri wardrobe milik suaminya. Sehelai hoodie dicapai dan dia terus masuk ke dalam bilik air.

"Daddy... where's mommy?" Soal Ayden saat dia melihat daddynya turun dari atas. Carl terus duduk di atas sofa dan tiba-tiba Ayden datang duduk di ribanya. Pipi Ayden dicium lama.

"Mommy rehat dekat atas. Esok pagi-pagi Ayden boleh jumpa mommy. Okay?" Rambut Ayden dielus oleh Carl.

"Selalu Ayden tidur dengan mommy. I want mommy." Ayden sudah mahu menangis. Setiap malam mommynya itu akan menemaninya tidur, bercerita dan dia akan tertidur di pelukan itu.

"Sayang, mommy kena rehat okay. Malam ni Ayden tidur dengan nenek dan atuk. Nak? Esok nenek bawak Ayden beli toys. Okay?" Pujuk Datin Rozi. Dia juga tidak mahu Haura diganggu. Dia mahu menantunya berehat. Dia risau akan kandungan Haura. Tadi semasa Carl pulang, dia membawa berita gembira buat mereka sekeluarga. Berita tentang kehamilan Haura tetapi menantunya itu perlu berhati-hati. Tidak lama lagi mereka akan bercucu lagi.

"Okay nenek." Ayden sudah mula teruja. Hilang sudah bayangan mommynya itu. Carl menarik nafas lega. Nasib baiklah mamanya pandai memujuk.

"Jom masuk tidur dah lewat ni." Datuk Mahmud muncul dari luar. Tadi dia berada di luar rumah menikmati udara malam. Tambahan pula dia rasa gembira akan berita yang baru disampaikan oleh Carl tadi.

"Okay jom." Mereka semua menuju ke bilik masing-masing. Tinggal lah Carl sendirian di sofa ruang tamu. Kepalanya disandar pada sofa. Dia teringat akan wajah Haura siang tadi saat doktor memaklumkan yang dia hamil. Melihat wajah muram Haura, Carl bimbang tentang sesuatu. Adakah Haura tidak suka akan kehadiran anak mereka itu? Atau mungkinkah Haura akan memaksa dia menceraikan isterinya? Dia tidak akan melepaskan isterinya. Dia akan pastikan Haura, Ayden dan anak yang bakal dilahirkan itu sentiasa berada di bawah jagaannya. Tiba-tiba dia teringatkan isterinya di bilik. Lantas kaki di atur menaiki anak tangga.

Haura keluar dari bilik mandi. Setelah puas berendam di dalam bath tub tadi, dia keluar memakai hoodie kelabu milik suaminya. Haura memerhati peha nya yang sedikit terdedah. Hoodie yang agak besar itu hanya menutupi sebahagian peha gebu miliknya. Jika diikutkan hati dia tidak mahu Carl melihat dia dalam keadaan begini. Carl bukan boleh percaya. Namun dia terpaksa kerana hanya baju Carl sahaja yang boleh dipakai. Dia yakin mereka tidak akan membenarkan dia pulang ke rumah. Tuala mandi diletakkan kembali ke ampaian. Balkoni bilik dirapati ingin membuka langsir itu tiba-tiba.... pintu dibuka dari luar. Wajah suaminya muncul di sebalik pintu.

Carl memandang Haura yang berada berhampiran dengan balkoni bilik. Isterinya itu hanya memakai hoodie kepunyaannya. Renungan tajam Carl buat Haura berundur ke belakang.

"You dah lupa apa pesan I tadi?" Carl mula menyoal. Rambut panjang Haura yang diikat dilepaskan oleh Carl. Rambut perang itu beralun lembut. Dia suka melihat rambut isterinya yang lepas bebas.

"Apa you nak buat ni?" Soal Haura. Dia risau melihat Carl yang semakin menghampiri.

"You dah lupa pesan doktor tadi? I dah cakap jangan merayap sesuka hati. Duduk diam-diam atas katil. You suka sangat melawan cakap I kan?" Wajah Carl direnung Haura. Apa Carl mahu dia duduk di atas katil itu sepanjang malam? Tidak perlu ke tandas atau mandi!

"Habis you nak I duduk atas katil tu sepanjang malam? Tak payah pergi tandas? I boleh hidup tanpa you Carl. I boleh berdikari. Dan you jangan lupa I yang mengandungkan Ayden dan besarkan dia seorang diri dan I tak perlukan you!"

Carl mengetap bibir. Boleh tahan juga mulut ibu mengandung ini. Ada sahaja yang ingin dibahas. Ya, dahulu dia bersalah kerana meninggalkan Haura seorang diri membesarkan Ayden. Dulu dia tidak tahu yang Haura mengandung. Kini dia mahu menjaga Haura dan anak mereka yang bakal dilahirkan. Dia mahu menebus segala kesilapannya yang lalu. Tapi sekarang ini, Haura pula yang jual mahal.

"I minta maaf okay. I tahu I banyak buat salah dekat you. Untuk kali ini, izinkan I jaga you dan bakal anak kita. I janji akan ikut segala arahan dan kemahuan you. Kecuali yang satu itu. I tak boleh berikan pada you." Dia tidak boleh melepaskan Haura pergi.

Haura seperti endah tak endah dengan kata-kata suaminya. Dia ingin berlalu pergi, namun kakinya tersepak bucu karpet dan hampir terjatuh. Mujur sahaja Carl sempat mencapai tubuhnya. Jika tidak dia sudah tersembam dan pasti sesuatu akan berlaku pada kandungannya.

"Kenapa you ni degil sangat Haura Elina!!! Selagi you tak dengar cakap I, jangan harap I akan izinkan you turun dari katil!" Tubuh Haura dicempung dan diletakkan di atas katil. Wajah bengang Haura direnung tajam.

"I have to work tomorrow and you tak boleh kurung I sesuka hati you, Carl!" Bentak Haura dia tidak kira, esok dia perlu ke pejabat kerana mereka ada mesyuarat penting dengan ahli lembaga pengarah.

"Jangan sampai I ikat kaki dan tangan you. Jangan cabar kesabaran I, Haura." Carl menatap mata Haura. Jika dengan cara baik Haura tidak mahu dengar dia akan cuba dengan cara kotor.

"I have an important meeting tomorrow and please, I akan dengar cakap you. Izinkan I pergi office..." satu ciuman singgah di bibir Haura. Dia suka mendengar rayuan Haura. 

"Jangan mimpi I akan izinkan you sayang. You will go to work after you betul-betul sihat." Dia tidak menghalang jika Haura mahu bekerja. Cuma pada saat ini dia mahu isterinya berehat....


















Takdir TERCIPTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang