KERETA Honda WRV merah milik Haura berhenti di hadapan rumah uzur milik Puan Laila dan Encik Fuad. Sudah lama dia menjadi pemerhati pada rumah ini. Hari ini dia sudah nekad mahu bertemu ibu dan ayahnya. Dia sudah tidak peduli akan penerimaan mereka. Apa yang dia tahu dia mahu memohon ampun dan maaf daripada keduanya dan dia juga mahu sampaikan wasiat terakhir arwah Datin Julia kepada ibunya. Dia tidak mahu lagi menunggu. Sampai bila dia harus menunggu semua ini berakhir? Selepas ini dia juga ingin berjumpa dengan Carl mahu berbincang mengenai hubungan mereka berdua.
"Ayden, tunggu mommy dalam kereta ye." Arah Haura. Ayden hanya menganggukkan kepala. Anaknya itu sedang leka bermain games di dalam telefon bimbit miliknya. Haura turun dari kereta. Dia yakin ibu dan ayahnya berada di dalam rumah kerana motosikal milik Encik Fuad ada di bawah rumah. Motosikal itu sudah diparkir di situ sejak bertahun lamanya. Dahulu jika dia mahu tahu ayahnya ada di rumah atau tidak dia hanya perlu melihat di situ.
Perlahan Haura menghampiri pintu utama rumah. Dengan lafaz bismillah dia memberi salam. Beberapa minit kemudian, muncul Puan Laila di pintu. Saat dia melihat wajah Haura, air matanya jatuh ke pipi. Mengalir dengan derasnya.
"Ibu... " ucap Haura lalu dia meluru mendapatkan Puan Laila. Tubuh ibunya dipeluk erat. Tangisan keduanya kedengaran. Encik Fuad yang berada di dapur segera datang ke depan kerana telinganya menangkap bunyi seperti orang menangis. Dia risau jika sesuatu terjadi pada isterinya.
Air mata tuanya juga gugur di pipi saat dia menatap wajah Haura. Dia rindukan anaknya yang seorang ini. Sudah bertahun anak ini tidak pulang ke pondok buruknya ini. Lalu tubuh Haura dan Puan Laila dipeluk oleh Encik Fuad. Mereka bertiga menangis di beranda rumah.
"Haura minta maaf ibu, ayah. Haura salah. Demi Allah ibu, Haura tak buat benda yang tidak senonoh ibu. Ayah, maafkan Haura." Haura cuba meluahkan semua. Dia tidak mahu kedua ibu bapanya salah menilai dirinya.
"Ayah dah lama maafkan kamu. Kenapa lama sangat kamu merajuk dengan kami. Tiap hari ibu kamu tunggu kamu balik dan setiap hari juga ibu kamu masakkan makanan kegemaran kamu."
Terang Encik Fuad. Setiap hari isterinya akan duduk dia beranda rumah. Menanti akan kehadiran Haura. Dan setiap hari juga Puan Laila akan memasak masak lemak nenas dengan ikan kering, makanan kesukaan Haura. Sejak Haura pergi, isterinya sudah berubah menjadi seorang yang pendiam.
"Haura minta maaf...."
"Lepas sebulan kamu pergi, hari-hari ibu tunggu kamu balik. Kamu tak kenal ke ibu kamu Haura? Lama mana sangat ibu akan marahkan kamu?"
Puan Laila mengusap lembut kepala Haura. Sudah beberapa kali dia mencium pipi Haura. Ingin melepaskan rindu di dada. Sebulan Haura pergi, dia sentiasa menanti di sini. Dia menanti Haura pulang namun hampa. Mujur Allah panjangkan usianya sempat juga dia bertemu Haura.
"Haura risau ibu dan ayah tak nak terima Haura. Sebab tu Haura tak pernah balik ke sini lagi."
"Lepas ni jangan tinggalkan ayah dengan ibu lagi. Kami berdua sayangkan kamu." Ucap Encik Fuad. Dia tidak mahu Haura lari lagi dari mereka.
"Ibu, ayah... Haura dah berjumpa dengan mak kandung Haura."
"Macam mana kamu boleh berjumpa dengan mereka?" Soal Puan Laila ingin tahu.
"Masa dekat Kuala Lumpur ibu. Haura jumpa dengan mama secara kebetulan."
"Alhamdulillah. Bila kamu nak bawak mereka jumpa ibu. Dah lama ibu teringin nak berjumpa dengan mama kamu. Dari dulu lagi ibu tunggu mama kamu datang ke sini." Puan Laila teringin mahu berjumpa dengan ibu bapa kandung Haura.
Puan Laila mahu bertanya sebab apa mereka tidak menjenguk Haura di sini.
Dia kasihankan Haura. Anaknya itu tidak pernah kenal dengan kedua ibu bapa kandung sejak kecil. Dia juga tahu ramai orang mengejek anaknya itu kerana tinggal bersama mereka, ibu dan ayah angkat Haura."Sehari selepas Haura jumpa mama, mama dah pergi tinggalkan Haura ibu. Dia meninggal dalam kemalangan jalan raya." Haura menangis hiba. Mamanya telah pergi buat selamanya.
"Allah... berat ujian kamu nak. Tapi sekurang-kurangnya kamu sempat berjumpa dengan nya. Ayah tahu ada hikmah disebalik yang berlaku." Kata-kata Encik Fuad ada betulnya. Ada sebab mengapa Datin Julia pergi dahulu.
"Mommy.... " Ayden muncul di tangga beranda. Diperhatikan satu persatu wajah yang baru dikenalinya. Haura baru tersedar yang Ayden berada di dalam kereta. Bertemu semula dengan ibu dan ayahnya buat Haura terlupa akan kewujudan Ayden.
"Mari sayang jumpa tok dengan wan." Ayden menghampiri. Tangan Puan Laila dan Encik Fuad disalam dengan tertib.
"Anak kamu Haura??" Soal Encik Fuad bersinar matanya melihat tubuh kecil itu.
"Ya ayah."
"Allah..... cucu wan." Tubuh Ayden diraih dalam pelukan. Dia sudah bercucu. Puan Laila menyeka air matanya. Dia juga sudah bercucu.
Alhamdulillah."Dah jom masuk dalam. Ibu masakkan makanan kegemaran kamu." Ujar Puan Laila lalu bangun dan mahu ke dapur. Encik Fuad sudah turun ke bawah sambil memimpin tangan Ayden.
"Abang nak pergi mana tu?" Soal nya saat dia melihat Encik Fuad sudah berada di atas motosikal ditemani Ayden.
"Nak bawak cucu aku pusing kampung."
Mereka berdua berlalu meninggalkan perkarangan rumah. Encik Fuad mahu membawa cucunya berjumpa dengan penduduk kampung. Dia mahu semua tahu anaknya Haura sudah pulang. Haura bukan seperti yang mereka canangkan. Kata mereka Haura anak yang bagai kacang lupakan kulit. Meninggalkan mereka begitu sahaja setelah dibesarkan oleh dia dan isterinya.
"Suka la tu ayah kamu. Dah jom kita masuk dalam." Haura mengekori ibunya dari belakang. Ibu dan ayahnya masih sayangkan dirinya.
Lewat malam itu sepucuk surat yang diberikan Haura tadi dibuka Puan Laila lalu dibaca. Suaminya sudah lama tidur. Mungkin kepenatan melayan kerenah Ayden yang sangat lasak.
'Assalamualaikum Kak Laila. Terlebih dahulu saya menyusun jari memohon ampun dan maaf kerana telah melanggar janji yang tidak saya tepati. Untuk pengetahuan akak, saya mula mencari Haura sejak dia berusia lima tahun. Saya ada ke rumah tok ketua ingin bertanyakan perihal akak dan abang Fuad namun hampa kerana isteri tok ketua sudah meninggal dunia. Hanya arwah sahaja yang mengetahui di mana akak sekeluarga. Bermula di situ, sudah bermacam saya lakukan untuk menjejaki Haura namun gagal. Setiap detik perasan bersalah sentiasa menghantui diri saya selama ini. Saya rasa bersalah kerana tinggalkan Haura berpuluh tahun lamanya. Dan sehingga saya bertemu Haura, baru saya sedar bahawa suami saya tidak mahukan Haura kerana katanya Haura bukan anak kandung dia. Betapa luluh perasaan saya dengan pengakuan itu. Tetapi saya bersyukur saya sempat berjumpa Haura sebelum saya menutup mata. Akhir kata tolong jagakan Haura untuk saya kerana saya yakin ayah dan adik Haura tidak rela akan kewujudan dia. Maafkan segala salah dan silap saya selama ini sekali lagi.....'
Yang benar,
JuliaAir mata Puan Laila mengalir laju. Sudah lama dia maafkan Datin Julia. Dan dia akan terus menyayangi Haura sehingga akhir hayatnya. Haura adalah penyeri hidup dia dan suaminya. Kehadiran Haura membahagiakan hidup mereka berdua. Dan terkadang dia terfikir ada hikmah Julia tidak datang mengambil Haura semula. Jika Julia datang menuntut Haura pasti mereka berdua akan kesunyian sepanjang hidup. Mengenai menantunya, dia tidak akan bertanya melainkan jika Haura mahu bercerita.
Hari ini mereka beruntung Haura sudah pulang dan mereka berpeluang mengenali cucu mereka dan Puan Laila berharap semoga kebahagiaan milik mereka sekeluarga.

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir TERCIPTA
Romansa( 2nd story ) Carl Daffa vs Haura Elina Mereka dipertemukan dalam keadaan yang mengaibkan. Dan diatas kesilapan itu, dia dihukum tanpa sempat dirinya adili. 'Perempuan macam kau hanya sesuai digantung tak bertali. Kau tak layak hidup bahagia setelah...