Bab 36

7.1K 127 3
                                        

HAURA tersedar apabila telefon bimbit dia berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Tangannya mencapai telefon bimbit yang berada di meja di sisinya. Mesej dibuka dan ianya datang dari Noni. Tangan Carl masih memeluk erat tubuhnya.

'Assalamualaikum Puan Elina. Maaf andai saya menganggu. Puan, saya rasa elok Puan tengok sendiri gambar ni. Saya risau kalau Puan tahu dari orang lain.'

Gambar yang dikirim oleh Noni dibuka. Saat matanya melihat isi kandungan gambar itu, dia terpempan. Bagaimana orang lain tahu akan keadaan ini? Gambar dia bersama Carl semalam semasa dia menarik tangan Carl masuk ke dalam bilik. Dia bernasib baik kerana wajah Carl tidak jelas kelihatan. Jika tidak jenuh dia mahu menjelaskan perkara yang sebenar. Tangan Carl yang berada di pinggangnya dialihkan. Dengan pantas dia menuju ke kamar mandi dia ingin segera bersiap dan keluar dari sini. Bimbang jika ada mata-mata yang memandang dan takut juga jika mereka masih diintip.

Dua puluh minit kemudian, Haura keluar dari kamar mandi siap berpakaian. Dia hanya memakai skirt pink separas lutut. Kelihatan Carl sudah pun bangun dan sedang duduk bersantai di atas sofa. Saat dia melihat Haura dia bangun lalu mendapatkan isterinya.

"You tahu pasal gambar ni." Skrin telefon dihalakan kearah Haura. Haura menganggukkan kepala. Dia juga menerima gambar yang sama tadi. Dia tidak tahu pula mereka menjadi sasaran media. Carl menerima lebih dari sekeping foto. Gambar nya pada Carl, wajahnya seakan terlindung. Siapa yang mengambil gambar tersebut?

"I dapat pagi tadi. Carl, elok kita selesaikan semua ni. I tak nak benda ni jadi lagi teruk. I tak nak orang tahu yang you suami I." Carl terkedu. Apa maksud Haura. Perlahan Carl bangun lalu dia menghampiri Haura.

"You're my wife, Haura! I bukan kekasih gelap you. I tak takut akan semua tu sebab I bukan buat dosa dengan you. I suami you yang sah Haura." Suara Carl meninggi. Jika semua orang tahu dia lagi suka sebab dia bebas bersama Haura ke mana sahaja. Mereka akan hidup sebagai suami isteri dalam erti kata yang sebenar.

"Lebih baik you segera lepaskan I Carl before it's getting worse!" Lengan Haura dicengkam Carl sebaik sahaja ayat yang lahir dari bibir Haura menyapa telinganya.

"Apa maksud you?" Soal Carl. Dia tidak suka Haura mengucapkan perkataan tersebut. Seingat Carl dia tidak pernah berjanji apa pun dengan isterinya.

Haura terkedu. Soalan apakah ini? Sudah lupakah Carl atas segala janjinya sebelum ini.

"You dah janji yang you akan lepaskan I selepas apa yang terjadi semalam!" Haura cuba mengingatkan suaminya. Carl memang seorang yang pelupa!

"I tak pernah berjanji apa-apa dengan you." Ujar Carl dengan nada yang perlahan.

Setelah apa yang mereka lalui bersama semalam, Haura fikir dia akan melepaskan isterinya begitu sahaja? Momen indah semalam kembali terlayar di ruang matanya. Haura benar-benar sudah berjaya buat dia tergoda. Belum pernah lagi mana-mana perempuan yang berjaya menundukkan dirinya. Dengan hanya satu ciuman Haura di bibirnya, dia sudah tergoda! Dan dia ingin momen indah ini berlanjutan sehingga akhir hayatnya. Dia tidak akan melepaskan isterinya itu.

"Apa you cakap ni Carl. You dah janji akan lepaskan I selepas I tidur dengan you!" Air mata Haura mengalir laju. Dia geram akan sikap Carl. Suaminya itu sudah berjanji akan melepaskan dirinya ini.

"You terlupa ke sayang? Cuba you ingat balik pernah ke I mengiyakan kata-kata you sebelum ni?"

Haura terpempan. Ya.... Carl tidak pernah memberi apa-apa jawapan tentang itu. Jadi sekarang ini dia sudah menggadaikan tubuhnya untuk Carl?

"I don't care, Carl Daffa. You'll divorce me. I akan buat you ceraikan I secepat mungkin!"

"What do you want to do Haura? Goda jantan lain sama seperti yang you buat pada I semalam? Macam tu??" Amarah Carl sudah memuncak. Mengapa Haura nak sangat berpisah dengannya?
Apakah kekurangan yang dia ada sehingga Haura tidak habis-habis mahu mereka bercerai. Jika diberikan peluang dia mahu cuba untuk memperbaiki kehidupan mereka berdua. Dia mahu menjadi suami Haura dalam erti kata yang sebenar. Dia mahu menjaga dan melindungi Haura selayaknya sebagai seorang suami.

"Yes!!!!"

Kerana marahkan Carl, Haura mengiyakan segala kata-kata yang lahir dari bibirnya. Dia marahkan Carl yang sudah buat dia tertipu. Dia geramkan suaminya yang telah menipu dia hanya semata-mata mahukan tubuhnya itu.

"Haura Elina!!!! Kau akan menyesal."

Lengan Haura ditarik kasar oleh Carl. Isterinya benar-benar sudah melampau. Haura mahu jantan lain tidur bersamanya sama seperti situasi mereka semalam. Haura akan menyesal kerana telah membuatkan dia marah! Haura yang tidak bersedia atas tindakan Carl terjerit kecil. Apa yang Carl mahu lakukan padanya? Melihat wajah merah padam Carl, dia jadi takut. Tubuh Haura dihumban ke atas katil. Skirt yang dipakai isterinya tersingkap sehingga menampakkan paha putih gebu itu. Melihat reaksi Carl cepat-cepat dia menutup pahanya. Dia rasa menyesal kerana memakai skirt ini pagi ini!

Tuala yang melilit di pinggang ditarik kasar dan dilemparkan ke tepi. Tindakan Carl menakutkan dirinya. Dia tidak mahu Carl menyentuh dirinya lagi.

"Apa you nak buat ni Carl? Please leave me alone!" Jerit Haura saat tubuh tegap Carl menindih tubuhnya. Air mata sudah membasahi pipi.

"Diam!!!!!"

Carl seperti sudah dirasuk. Rambut Haura dicengkam kuat oleh Carl. Haura bermimpi jika dia terfikir yang ada jantan lain boleh menidurinya. Haura perlu diajar untuk menjaga hatinya.

"Sekarang kau pilih kau nak menyerah atau dipaksa???"

Haura mengelengkan kepala. Dia tidak mahu keduanya. Dia menyesal kerana telah membangkitkan amarah suaminya. Kini dia hanya mahu pulang. Dia rindukan Ayden.

"I tak nak Carl, I minta maaf... please..."

"Aku rasa aku tahu jawapan kau!!"

Baju yang dipakai Haura direntap Carl. Skirtnya sudah hilang entah ke mana. Jeritan Haura tidak diendahkan. Tubuh itu diterokai tanpa rela. Haura  benar-benar telah buat dia marah.

Haura tersedar tubuhnya dibaluti selimut tebal. Selepas Carl menyentuhnya tanpa rela, suaminya itu pergi meninggalkan dirinya bersendirian. Dia benar-benar menyesal. Jika dia tahu Carl akan bertindak di luar kawalan, dia tidak akan sesekali menyerah pada suaminya itu. Dan dia tidak akan sesekali percaya akan kata-kata Carl Daffa!!!

Takdir TERCIPTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang