Bab 21

5.5K 94 0
                                        

DIA melabuhkan punggung di atas kerusi. Matanya meliar memerhati keadaan sekeliling ruang pejabat miliknya itu. Sudah tiga bulan dia berkhidmat di Jazz Construction. Dia dapat duduk dia sini pun di atas pertolongan Tan Sri Nordin. Dan dia juga tahu mengapa Tan Sri Nordin mahu dia bekerja di sini. Jarak antara rumahnya dan tempat kerja hanya memakan masa setengah jam. Dia tahu papa Fifi mahu dia kerja berdekatan rumah supaya mereka tidak berjauhan dengan Ayden. Mereka sudah jatuh sayang akan Ayden.

Sejak dua bulan yang lalu, dia meminta izin Tan Sri Nordin dan Puan Sri Wafa untuk tinggal berasingan. Dia mahu duduk di rumah sendiri supaya dia bebas melakukan apa-apa. Tambahan pula dia tidak mahu terus menyusahkan pasangan itu dan Fifi sendiri. Berkat kesabaran dan pujuk rayunya itu, mereka membenarkan dia pindah masuk ke rumah baru yang berada di Putrajaya. Tetapi dengan syarat apabila dia keluar bekerja Tan Sri Nordin dan Puan Sri Wafa mahu menjaga Ayden. Puan Sri Wafa sendiri mahu menjemput dan menghantar Ayden ke taska. Taska pun dipilih dan ditapis sendiri oleh Puan Sri Wafa. Wanita itu mahukan yang terbaik untuk Ayden. Jika dia terpaksa bekerja hingga lewat malam kelak, Ayden terpaksa ditinggalkan bersama Puan Sri Wafa itupun di atas kehendak wanita itu sendiri. Dia tidak mahu Haura membawa Ayden pulang pada hening malam. Pasangan suami isteri itu menyayangi Ayden sama seperti cucu mereka sendiri.

Sejak dia pulang ke tanahair juga, sudah dua kali dia pulang ke kampung tanpa disedari oleh sesiapa. Dia pulang dengan harapan mahu bertemu dengan ibu dan ayahnya tetapi dia belum mampu untuk berdepan dengan mereka. Perasaan takut masih tebal di hatinya. Sudah dua kali dia memarkir kereta dan melihat keadaan pasangan itu. Malah rutin harian ibunya juga sudah dia hafal. Pada sebelah pagi ayahnya akan ke sawah dan ibunya pula akan berada di luar menyiram pokok bunga di halaman rumah dan juga menyiram tanaman yang ditanam di belakang rumah. Dari dalam kereta dia lihat banyak sayuran ditanam di belakang rumah uzur itu. Rasanya ibu nya menjual hasil tanaman tersebut kepada orang kampung. Pada sebelah petang ibunya akan duduk termenung sambil memerhati kenderaan yang lalu lalang. Begitu lah rutin harian yang dia sudah lihat sejak dia menjadi pengintip pada ibu dan ayahnya sendiri. Dia bersyukur mereka masih kuat dan sihat. Dan dapat melihat wajah kesayangan itu pun sudah cukup bagi Haura.

"Puan Elina...." panggil Noni. Haura memandang gadis kecil molek itu yang muncul di muka pintu. Dia sedang termenung itu terkejut dengan kehadiran setiausahanya itu. Itu la leka sangat!

"Ya Noni. Ada apa ye?" Giliran Haura pula menyoal. Rasanya dia sudah siapkan kerjanya.

"Wakil Dynamite Holdings dah sampai. Mereka tengah tunggu Puan Elina dekat meeting room." Haura tepuk dahi. Allah. Dia betul-betul terlupa yang dia perlu berjumpa dengan mereka. Pantas Haura bangun dan membetulkan pakaiannya. Kakinya laju melangkah menuju ke meeting room yang terletak tidak jauh dari bilik pejabat nya itu.


Arif membebel sendirian di dalam bilik meeting itu. Sudah la dia terpaksa datang ke sini berseorangan ini semua gara-gara Carl yang membatalkan niat mahu menemaninya dia ke sini. Kata Carl dia mahu pergi dating bersama dengan gadis yang baru dikenalinya. Dari dahulu sampai sekarang tidak diubah perangai playboy nya itu. Sudah bergelar suami tetapi si isteri hilang entah ke mana. Selalu dia mendengar Datuk Mahmud meluahkan perasaan berkaitan dengan Carl yang tidak mahu mencari isteri yang dia kenal sebagai Haura. Jangan kata Datuk Mahmud, dia sendiri pun sudah tidak larat menasihati Carl. Jika dapat ditulis segala nasihatnya terhadap Carl, Arif yakin semua nasihat itu dapat dibukukan dan diterbitkan jadi sebuah novel.

Sudah lah disidai Carl di tepi jalan dan terpaksa menaiki grab untuk datang ke sini, kini dia disidai pula di sini. Menanti wakil dari syarikat ini untuk muncul. Dia akan hamburkan segala kemarahannya itu pada Puan Elina. Sudah lama dia menunggu dia sini. Hampir satu jam! Inilah yang dia malas berurusan dengan wanita. Cerewet dan tidak menepati janji. Sudah la malam ni dia ada dating dengan gadis yang baharu dikenalinya minggu lepas.

"So sorry sebab you terpaksa tunggu I. I betul-betul terlupa yang I ada janji dengan you."
Ucap Haura lalu masuk ke dalam meeting room.

Kelihatan seorang lelaki sudah menunggu di situ. Matilah dia kalau pihak Dynamite holdings memberikan feedback yang tidak baik untuk dirinya. Arif tahan marah. Dia bangun mahu menghamburkan amarahnya itu. Namun tatkala matanya singgah pada seraut wajah itu, dia terkedu.

"Hai, I'm Elina." Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan lelaki itu. Melihat reaksi tidak berkutik itu, Haura memandang Noni.

"Encik Arif.." panggil Noni. Dia perasan lelaki itu memandang bosnya tidak berkelip.

"Encik Arif!!!"

"Yes... sorry. Arif." Huluran tangan itu disambut Arif. Sungguh Arif terpersona akan seraut wajah itu. Sangat-sangat memukau dengan hanya mengenakan kemeja kalabu dan skirt hitam pun dia sudah tergoda. Saat wajah itu ditatap hilang sudah segala amarahnya itu.

"Sorry I terlupa I ada date dengan you. Kalau Noni tak ingatkan I rasa lagi lama you tunggu kat sini."
Betul dia terlupa. Kenangan silam kembali menghantui diri sehingga dia tidak sedar dia sedang berada di tempat kerja.

"It's okay. I tahu you busy. By the way I pun cuma wakilkan our CEO to be here today. His busy with other stuff." Terang Arif. Sibuk sangatlah si Carl tu. Sibuk kejar perempuan. Hmmm.

"Owh okay. Shall we start now?" Soal Haura kerana jam sudah menunjukkan pukul 3.30 petang. Dia bimbang jika meeting akan habis lambat memandangkan petang ini dia mahu ke Putrajaya untuk melihat keadaan rumah yang bakal didiaminya nanti. Semua perabot dan barangan lain sudah siap sepenuhnya. Cuma menunggu masa sahaja untuk dia berpindah. Dia memilih rumah teres kerana ianya sudah cukup untuk mereka berdua. Dia banyak menghabiskan masa di pejabat manakala Ayden kerap berada di rumah mewah milik keluarga Fifi.

Alhamdulillah dengan hasil menabung semasa dia di Kanada dulu, dia berpeluang memiliki kediaman sendiri. Meskipun rumah itu tidak besar mana namun dia sudah bersyukur yang dia mampu untuk berdikari. Dan kini dia juga dapat memiliki kereta idaman nya keluaran negara dari negara matahari terbit. Sudah lama dia impikan memiliki kereta Honda WRV yang baru itu. Semua sudah berada di dalam gengamannya. Sekarang, dia hanya mahukan pengampuan dari Puan Laila dan Encik Fuad. Dia mahu mereka memaafkan segala salah dan silap nya dulu dan dia mahu orang tuanya berjumpa dengan Ayden, satu-satunya cucu mereka itu.

 Dia mahu mereka memaafkan segala salah dan silap nya dulu dan dia mahu orang tuanya berjumpa dengan Ayden, satu-satunya cucu mereka itu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.







Takdir TERCIPTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang