TUBUH Haura diheret Carl masuk ke dalam kereta. Setelah melihat keadaan Haura yang merayu itu dia nekad mahu membawa Haura bersamanya ke chalet. Untuk apa berada di sini dia yakin ibu dan ayah mertuanya itu tidak akan membuka pintu untuk Haura. Dia tahu mereka turut sama terluka. Tangisan Haura tidak dia endahkan. Hatinya turut sama sakit dengan perbuatan Haura yang memerangkap dirinya. Dia yakin ibu dan bapa mertuanya terkilan dengan perbuatan Haura. Tubuh Haura ditolak masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan dan dia memandu keluar dari perkarangan rumah mertuanya. Sampai sahaja di Chalet Buluh Inn, enjin kereta dimatikan lalu tubuh Haura ditarik keluar menuju ke pintu utama chalet yang didiaminya. Tidak dipedulikan akan rontaan dari isterinya. Mata staf yang memandang itu dibalas dengan jelingan tajam.
Haura meronta dan cuba melepaskan diri dari pegangan Carl namun gagal. Sebaik sahaja sampai ke bilik, Carl membuka pintu bilik dan dia menolak tubuh Haura masuk ke dalam. Pintu dikunci semula. Beg kepunyaan Haura di lemparkan ke lantai. Wajah Carl direnung Haura. Ada sesuatu yang bermain di fikirannya. Tadi dia sudah tidak mampu mempertahankan diri. Dia sudah berusaha untuk menjelaskan segalanya.
"Kenapa Encik Carl tidak jelaskan perkara yang sebenar? Kenapa tidak cakap yang saya pengsan dekat sini dan kenapa biarkan mereka salahkan saya?" Haura mula menyoal. Lelaki itu hanya mendiamkan diri sambil duduk di sofa.
"I'm talking to you!" Marah Haura setelah Carl langsung tidak menjawab pertanyaannya. Carl merenung mata dan hidung Haura yang merah akibat terlalu banyak menangis. Dia juga inginkan kepastian.
"Dah berapa lama kau bercinta dengan jantan tu?"
Sejak tadi hanya soalan ini yang bermain di fikirannya."None of your business. Encik Carl tak perlu tahu."
"It's my business since you are my legal wife!"
"Encik Carl tak ada hak nak paksa saya!"
"For the last time, dah berapa lama kau bercinta dengan dia?" Soal Carl lalu berdiri. Dia mahu Haura jawab pertanyaannya.
"Almost 8 years! Puas hati!" Jawab Haura setelah melihat wajah merah Carl. Sudah lama dia bercinta dengan Mirza. Sejak dia habis SPM lagi. Mereka bertemu ketika sama-sama berada di pantai. Mirza dahulunya seorang yang sangat baik dan penyayang. Carl tersenyum sinis.
"Lapan tahun kau memadu kasih dengan jantan tu. Tetapi dengan hanya satu hari kau musnahkan cinta kau begitu sahaja? Kau korbankan kasih sayang kau hanya sebab aku?" Carl yakin lelaki tadi adalah lelaki yang sama dia lihat sewaktu di pantai tempoh hari.
"Apa maksud Encik Carl?"
"Hanya sebab duit kau sanggup tinggalkan cinta hati kau! Sebab duit juga kau perangkap aku! Kau berpura-pura sakit depan bilik aku dengan niat nak perangkap aku kan. Aku tak sangka hati kau busuk Haura Elina!!"
Pangggggg....
Carl meraba pipi. Matanya mencerlung ke arah Haura. Seumur hidupnya ini kali pertama pipinya ditampar oleh seorang wanita. Rambut Haura dicengkam oleh Carl. Esakan kecil dari gadis itu tidak dihiraukan. Haura sudah melampau.
"Kau orang pertama yang pernah tampar aku. Selama aku hidup juga belum pernah orang malukan dan jatuhkan maruah aku sampai macam ni sekali. Kau jatuhkan maruah aku dan keluarga aku dekat chalet ni!!! Chalet ini adalah lambang kebanggaan keluarga aku Haura Elina! Aku akan buat kau menyesal seumur hidup sebab perangkap aku!!!"
Lalu tubuh Haura ditolak jatuh ke atas katil. Wajah ketakutan Haura tidak dihiraukan. Tshirt hitam yang dipakai ditanggalkan dan dilemparkan ke dinding. Haura terkedu melihat perbuatan Carl. Dengan sisa tenaga yang ada dia bangun dan berlari menuju ke pintu bilik. Belum pun sempat tangannya mencapai tombol pintu, rambutnya dicengkam kuat dari belakang. Haura terjerit kecil.
YOU ARE READING
Takdir TERCIPTA
Lãng mạn( 2nd story ) Mereka dipertemukan dalam keadaan yang mengaibkan. Dan diatas kesilapan itu, dia dihukum tanpa sempat dirinya adili. 'Perempuan macam kau hanya sesuai digantung tak bertali. Kau tak layak hidup bahagia setelah apa yang kau buat dekat a...