Bab 4

4.6K 83 1
                                        

HAURA sudah siap mandi dan bersiap sedia untuk ke tempat kerja. Sudah tiga bulan dia cuba untuk mencari kerja yang bersesuaian dengan sijil yang diperolehi namun hampa. Banyak juga resume yang dihantar ke kebanyakkan syarikat di serata semenanjung Malaysia. Dia mahu bekerja dengan kadar segera kerana mahu membayar semula hutang pengajian yang telah dipinjamnya dulu. Lagi cepat dia bayar lagi tenang jiwanya. Tidak mahu meminjam lama-lama. Dan sebolehnya dia mahu membantu Encik Fuad dan kalau boleh dia mahu ayahnya itu berehat sahaja di rumah. Dia tidak mahu ayahnya bekerja sehingga lanjut usia. Sudah terlalu banyak pengorbanan yang telah diberikan oleh ayahnya kepada dia dan ibunya.

Oleh kerana tidak mahu menghabiskan masa di rumah, dia kini bekerja sebagai housekeeping di salah sebuah chalet yang baru dibangunkan di sekitar pantai yang tidak jauh dari rumahnya. Sudah seminggu dia memulakan kerja di Chalet Buluh Inn. Chalet yang baru enam bulan dibangunkan dan sudah menjadi tumpuan ramai ketika waktu percutian sekolah mahupun pada hujung minggu. Terkadang dia tidak sempat mahu makan kerana ada sahaja kerja yang perlu dilakukan dan banyak bilik perlu dibersihkan dan ditukar cadar.

Haura keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Dia sudah lengkap memakai seragam hotel. Puan Laila sedang sibuk menyediakan sesuatu di dapur dan dia mahu Haura membawa bekal ke tempat kerja lebih jimat. Encik Fuad awal-awal lagi sudah keluar rumah. Selalunya ayahnya itu akan singgah di kedai kopi di simpang jalan selepas balik dari masjid selepas solat subuh. Rutin harian hampir pada setiap pagi. Kata ayahnya dia berpeluang untuk berborak dengan kawan sekampung tentang isu-isu semasa.

"Haura dah siap? Jom sarapan dulu takut nanti perut masuk angin." Pelawa Puan Laila lalu mengambil pinggan di rak dan mencedok nasi goreng cili padi ke dalam pinggan. Pinggan itu diletakkan di atas meja di hadapan Haura.

"Dah siap ibu. Lepas ni boleh terus keluar rumah."
Haura duduk di kerusi dan mula menjamah sarapan. Air masak dibawa bersama sebelum duduk tadi. Tidak mahu menyusahkan ibunya.

"Jemput makan bu... " pelawa Haura lalu makan. Puan Laila hanya mengangguk. Tumpuannya tertumpu pada anak nya itu. Raut wajah cantik milik Haura ditatap lama.

Sudah dua puluh lima tahun berlalu, bayangan pasangan suami isteri itu terus lenyap tanpa berita. Janji yang diberikan hilang begitu sahaja. Sejak Haura berusia 11 tahun dia dan suaminya sudah berterus terang tentang keadaan diri Haura yang merupakan anak angkat mereka. Mereka tidak mahu Haura mengetahuinya dari orang lain. Namun mereka berdua juga tahu, Haura mesti perasaan yang dia merupakan anak angkat Puan Laila dan Encik Fuad. Haura seorang yang berkulit cerah dan tinggi lampai. Sekali pandang, wajah Haura tidak seperti anak tempatan. Wajah kacukan melayu dan Arab. Manakala dia dan suami berkulit hitam manis dan melayu tulen. Hendak dijelaskan kepada Haura mengenai ibu bapa kandung Haura pun dia tidak tahu kerana dia sendiri pun hanya sekali bertemu dengan mereka. Itupun semasa ibu bapa kandung Haura menyerahkan anak itu di bawah jagaannya.

Walaupun Haura cuma anak angkat, kasih sayang yang sepenuhnya dicurahkan kepada anaknya itu tidak kurang sedikitpun. Tambahan pula Haura anak yang mendengar kata dan tidak pernah memberikan masalah kepada mereka dari kecil sehingga kini.

"Ibu.... ibu...." sudah tiga kali Haura memanggil Puan Laila tetapi tiada balasan. Dia melihat ibunya itu mengelamun jauh. Pasti ada yang menganggu fikiran wanita separuh abad itu.

"Ibu..." tangan Puan Laila disentuh.

"Ya... maaf ibu tak dengar Haura panggil tadi." Dia tidak mendengar anaknya memanggil tadi. Terleka mengenang kisah lama.

"Tak pa ibu. Ibu terima kasih Haura dah kenyang. Haura pergi kerja dulu ye bu." Haura meminta diri. Dia menyalami Puan Laila dan pipi ibunya dicium lembut. Bekal yang diberikan oleh Puan Laila dibawa bersama.

"Bawa basikal tu elok-elok!" Jerit Puan Laila apabila kelibat Haura semakin hilang dari pandangan.

"Baik ibu." Puan Laila hanya mengelengkan kepala. Begitulah Haura. Selalu kelam kabut. Tengok ni sampai tertinggal botol air dia atas meja.

Haura mengayuh basikal menuju ke tempat kerja. Perjalanan yang hanya mengambil masa sepuluh minit. Dia sudah terbiasa mengayuh basikal sejak dari sekolah rendah dan bersambung hingga ke sekolah menengah. Jika hari hujan dia berpeluang membonceng motosikal uzur milik Encik Fuad. Ayahnya akan menghantar dia ke sekolah jika hari hujan. Sehingga kini jika hari hujan Encik Fuad yang akan menghantar dia ke tempat kerja.

Haura tiba di Chalet Buluh Inn tepat jam 8.00 pagi. Hari ini dia masuk shift pagi. Basikal diletakkan ditempat yang telah disediakan. Rambut keperang-perangan miliknya disanggul rapi. Biar nampak kemas. Perlahan dia menuju masuk ke ruang legar hotel dan singgah ke kaunter pendaftaran.

"Assalamualaikum dan selamat pagi Kak Zah dan Abang Din." sapa Haura apabila melihat mereka berdua. Salam Haura disambut oleh mereka berdua.

Kak Zah yang bekerja sebagai penyambut tetamu cantik berkebaya biru tua manakala Abang Din pula bekerja sebagai bellman aka penyambut tetamu ketika tetamu datang ke hotel dia bertanggungjawab membawa beg tetamu bilik. Dari tetamu sampai hingga tetamu balik. Chalet itu memerlukan tetamu berjalan menuju ke bilik jika bilik terlalu jauh, mereka akan dihantar menggunakan kereta khas milik chalet. Tetapi pada masa ini chalet berada berdekatan dengan tempat parking kereta. Cuma pada masa hadapan tetamu perlu menggunakan kenderaan chalet memandangkan chalet terbaru baik naik tidak lama lagi. Chalet yang baru masih di dalam pembinaan.

"Shift pagi ke hari ni?" Soal Kak Zah sambil menyusun buku di atas kaunter.

"Ye kak minggu ni kena pagi lagi. Minggu lepas dah pagi dah. Haura masuk dulu ye." Haura meminta diri. Berjalan masuk ke tempat yang dikhaskan untuk housekeeping. Di dalam bilik itu telah disediakan segala peralatan untuk mengemas. Mereka hanya perlu menolak troli dari satu chalet ke chalet yang lain.

"Haura!!!" sergah Intan sebaik sahaja wajah teman nya itu kelihatan.

"Kau ni terkejut aku. Kenapa?" Haura mula melihat troli miliknya. Ingin melihat barang di dalam troli jika sudah sampai di chalet penat pulak dia mahu kembali ke bilik ini.

"Aku tak tahu pulak kau kerja pagi. Kalau aku tahu boleh aku tumpangkan kau." Intan bersuara. Jika dia tahu tidak perlu Haura mengayuh basikal datang ke sini. Haura boleh menumpang dia tidak la dia bosan membonceng seorang diri dan kalau pulang pasti mereka dapat singgah di mana-mana tempat sebelum pulang. Dan kalau ada Haura mesti bermacam cerita yang dapat dia didengarinya.

"Aku pun ingat minggu ni aku shift petang. Tengok-tengok pagi juga." Balas Haura seperti yang diceritakan Intan selepas shift pagi mereka akan ke shift petang dan seterusnya bertukar ke shift malam.

"Tak pe. Esok kau pagi juga kan boleh naik motosikal dengan aku. Dah bagi nombor telefon kau senang aku nak wasup atau kol kau." Intan mengeluarkan telefon bimbitnya dan menyimpan nombor Haura. Senang dia mahu mesej Haura ajak dia bersiar bila ada masa terluang.

Pagi itu Haura dan Intan memulakan kerja dengan aman dan damai tanpa sebarang gangguan. Maklumlah bukan waktu cuti sekolah.....

Intan & Haura

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Intan & Haura









Takdir TERCIPTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang