Bab 27

5.8K 112 0
                                        

CARL dan Arif melangkah memasuki ruang legar Jazz Construction. Atas desakan Arif, Carl berada di sini. Sejak Arif pulang dari syarikat pembinaan ini tempoh hari, boleh dikatakan setiap hari nama Elina muncul dari bibir temannya itu.

Elina yang cantik, yang rupawan dan seksi. Dia rasa Arif betul-betul sudah jatuh cinta! Dan Arif juga pantang berjumpa dengan awek yang berdahi licin. Cepat sangat jatuh cintanya. Dia yang kebetulan tidak sibuk pada hari ini, turut bersama Arif. Dia juga mahu berjumpa dengan wanita yang sudah membuat sahabatnya gila bayang.

Tiba di lobi Jazz Construction, mereka berdua  dipelawa masuk dan duduk di dalam bilik yang dikhaskan untuk bermesyuarat.

"Arif, lambat lagi ke ni?" Soal Carl. Dia rasa sudah lama rasanya mereka menunggu di sini. Hampir dua puluh minit. Menanti wakil dari Jazz Construction yang masih belum muncul.

"Ala rilek la Carl. Nak jumpa barang rare kau kena bersabar sikit." Kata Arif yang sedari tadi asyik tersenyum manis. Dia sudah tidak sabar mahu bersua muka dengan Elina, kali terakhir mereka bersua muka kira-kira beberapa bulan yang lepas. Dia sudah rindukan bayangan wanita itu. Selama dia hidup inilah kali pertama dia berjumpa dengan wanita yang telah menawan hatinya.

Carl mendengus. Geram dengan kata-kata Arif. Dia akan menunggu lagi setengah jam. Jika kelibat Elina itu tidak muncul dia akan pulang dengan kadar segera. Dan juga jika Elina tidak seperti yang digambarkan Arif, siap Arif dia kerjakan. Dia sudah korbankan masa untuk turut berada di sini sedangkan mereka boleh sahaja menghantar wakil turun hari ini.

Ini semua kerana Elina!

"Hai good morning Encik Carl and Encik Arif. Sorry for kept you waiting."

Tiba-tiba Noni muncul bersama dengan seorang gadis yang manis bertudung. Melihat sahaja dua gadis ini wajah Arif berubah keruh. Mana wanita yang dia tunggu selama ini?

"Hai... it's okay. Sorry mana Puan Elina?" Arif mula menyoal. Dia sudah kecewa kerana kelibat wanita yang dia nantikan belum kunjung tiba.

"Owh... Puan Elina lambat sikit hari ni. Dia ada hal. Kita proceed dulu." Jawab Noni bersama dengan gadis yang dikenali sebagi Gina.

Gina merupakan assistant manager di bawah Puan Elina manakala Noni hanyalah seorang setiausaha pada Elina. Dan Noni sendiri pelik mengapa CEO Dynamite Holdings sendiri yang hadir kerana hari ini mereka hanya perlu membentangkan beberapa projek kecil kepada wakil Dynamite Holdings kerana itu Elina menyerahkan tugas pembentangan pada Gina.

Pembentangan mengenai penukaran beberapa barang pembinaan memandangkan syarikat gergasi seperti Dynamite Holdings merupakan pelanggan mereka yang paling utama. Syarikat yang perlu dijaga sepenuhnya oleh Jazz Construction.

"Okay." Ujar Arif dengan suara yang lemah.

Carl yang berada di sisi cuba menahan dari ketawa. Tidak pernah melihat Arif yang begitu kecewa. Sepanjang dia mengenali Arif lelaki itu sentiasa ceria dan suka menghiburkan orang sekeliling. Ternyata seorang wanita dapat mengubah seorang lelaki adalah benar! Arif berubah hanya kerana Elina.

Haura melangkah masuk ke Jazz Construction dalam keadaan tergesa-gesa. Dia yang baru pulang dari klinik itu sudah terlambat untuk menghadiri mesyuarat. Dia dimaklumkan oleh Noni mengenai CEO Dynamite Holdings yang kini berada di pejabat mereka. Sangkanya hanya wakil dari syarikat gergasi itu yang akan datang pada pagi ini. Rupanya tuan empunya syarikat yang hadir.

Pagi ini dia lewat kerana terpaksa membawa Ayden ke klinik kerana sejak semalam anaknya itu cirit birit dan muntah-muntah. Mujur sahaja keadaan Ayden tidak teruk. Selepas dimasukkan air dan diberikan rawatan anaknya itu dibenarkan pulang dan berehat di rumah.

Takdir TERCIPTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang