CARL setia menanti di sisi Haura. Sejak dari tadi isterinya itu pengsan, gara-gara dia yang terlalu memaksa Haura. Wajah pucat Haura menjadi santapan matanya. Jika dia melepaskan Haura pergi, pasti ramai yang akan mengoda isterinya kelak. Empat tahun Haura mampu hidup bersendirian tanpa kehadiran seorang suami maka tanpa dia di sisi pun, dia yakin isterinya pasti mampu membesarkan Ayden.
Dia juga kecewa kerana Haura telah merahsiakan tentang perihal Ayden, anak lelakinya itu. Selama ini dia tidak mengetahui yang dia sudah bergelar bapa. Dia kasihan akan Ayden yang hidup tanpa kasih sayangnya. Andai kata dia melepaskan Haura tempoh hari, dia tidak akan berpeluang untuk bertemu anaknya. Tadi dia ada menjenguk Ayden yang berada di bilik adiknya. Anaknya sudah tertidur akibat keletihan kerana asyik bermain dengan Caira. Papanya juga sudah lama pulang dan dia sendiri sudah menceritakan segalanya. Mereka semua bersyukur kerana ditemukan dengan Haura dan Ayden.
Sejak dahulu lagi Datuk Mahmud dan Datin Rozi teringin untuk berjumpa dengan menantu mereka namun hampa. Carl tidak pernah berusaha untuk menjejaki Haura. Jika dia tahu Haura sudah berbadan dua selepas mereka bersama sudah pasti dia akan mencari isteri dan anaknya itu.
Datin Rozi dan Datuk Mahmud melangkah masuk ke dalam bilik anak sulung mereka. Perhatian Datuk Mahmud jatuh pada seraut wajah yang sedang lena di katil. Jadi inilah menantu yang mereka tunggu selama ini. Pernah sekali Sherry ada memaklumkan padanya bahawa Carl pernah bertekak dengan seseorang dari Jazz Construction. Andai dia tahu wakil itu adalah menantunya sudah lama dia berjumpa Haura.
"Carl, Haura tak sedar lagi ke?" Soal Datin Rozi lalu melabuhkan punggung di hujung katil. Dia mahu memastikan Haura tidak apa-apa.
"Belum mama. Dah lama dia pengsan risau pulak Carl."
"Tu lah kamu paksa sangat Haura tadi. Awal-awal lagi mama dah perasan yang Haura macam tak sihat. Sebab tu mama suruh dia duduk dekat sofa tu. Alih-alih kamu datang dan ajak dia bergaduh pulak." Bebel Datin Rozi. Sudah lama dia perhatikan Haura sejak pagi tadi. Wanita itu seperti sedang menahan sakit. Sesekali tangannya naik memicit dahi. Bila ditanya Haura kata dia okay.
"Mana Carl tahu yang dia tak sihat. Kalau Carl tahu tak adalah Carl marah dan sakitkan isteri Carl." Bentak Carl namun perlahan dia tidak mahu isterinya terjaga.
"Dah-dah jangan bergaduh. Biar menantu papa rehat. Carl, pergi bawah makan. Dari tadi kamu tak makan nanti perut masuk angin pulak. Zi, jom kita turun biar Haura berehat." Tangan isteri ditarik Datuk Mahmud untuk turun ke bawah. Carl juga turut sama mengekori langkah kedua ibu bapanya.
Haura tersedar dari lena panjangnya. Perlahan dia memerhati sekeliling bilik. Ini bukan biliknya. Tatkala matanya melihat gambar yang tergantung di dinding serta merta ingatannya kembali pada kejadian tadi. Adakah suaminya akan menuntut hak ke atas Ayden? Haura turun dari katil dan mahu keluar dari bilik ini namun belum pun sempat kakinya melangkah keluar, perutnya terasa sebu dan pantas dia berlari menuju ke dalam bilik air. Dimuntahkan segala yang ada di dalam perut. Perutnya mungkin sudah masuk angin kerana dari pagi dia belum menjamah apa-apa makanan. Teringat akan masakan Datin Rozi yang belum sempat dijamah.
Setelah yakin dia sudah selesa, diaturkan langkah keluar dari bilik air. Wajah Carl muncul di hadapan matanya.
"Kenapa dengan you ni?" Soal Carl dia nampak Haura berlari masuk ke dalam bilir air tadi. Dia yakin ada sesuatu yang telah berlaku.
"I'm okay. I nak balik." Ujar Haura dan pantas dia turun ke bawah. Matanya liar mencari kelibat Ayden. Namun bayangan anaknya tiada di mana-mana.
"Mana Ayden?" Soal Haura kepada Carl. Datuk Mahmud dan Datin Rozi muncul dari dapur setelah mendengar suara orang berbual.
"Dia tidur dekat atas dengan Caira. You dah okay ke ni?" Carl menilik wajah Haura yang masih pucat. Dia risau akan keadaan isterinya. Cuba disentuh pipi isterinya tetapi ditepis oleh Haura.
"You nak ke mana Haura? Biar Ayden rehat dekat atas. Dia pun baru tidur. I tak nak you kacau dia." Lengan Haura dipegang oleh Carl.
"He's my son and I know what to do. Please let me go."
"You memang degil ye. Jangan sampai I apa-apakan you!" Marah Carl. Dia sudah bengang dengan sikap degil isterinya itu.
"Haura, Ayden baru tidur. Apa kata kita bagi dia tidur dulu. Kesian mama tengok dia macam letih sangat." Pujuk Datin Rozi. Dia tidak mahu masuk campur tetapi melihat Carl yang sudah hilang sabar dia terpaksa mencampuri urusan mereka berdua. Bimbang jika Carl melakukan sesuatu di luar kawalan. Bukannya dia tidak kenal anaknya sendiri.
"Apa kata kita makan dulu. Tadi mama cakap Haura tak sempat makan. Papa risau nanti perut masuk angin. Nanti kamu dah tak ada tenaga nak bergaduh dengan Carl tu."
Carl dan Datin Rozi merenung tajam ke arah Datuk Mahmud. Marah akan kata-kata yang lahir dari mulut Datuk Mahmud. Datuk Mahmud hanya buat bodoh sahaja. Boleh pulak papanya berkata begitu. Semacam mahu dia dan Haura bergaduh.
"Dah jom." Haura mengekori langkah bapa mertuanya dan duduk di atas kerusi di ruang makan. Saat matanya melihat semangkuk masak lemak nenas dan ikan kering itu, dia menekup mulutnya lalu berlari ke arah sinki. Dia memuntahkan segala yang ada di dalam perutnya. Mengapa dia tiba-tiba rasa mual selepas melihat makanan kegemarannya itu? Adakah seleranya sudah berubah? Itu adalah makanan kegemarannya sejak dia kecil lagi.
"Sayang, you okay tak ni?" Carl mengurut belakang Haura. Setelah berkumur, Haura menyandarkan tubuhnya pada badan tegap Carl. Dia betul-betul sudah tidak ada tenaga. Pandangan matanya tiba-tiba kelam. Carl yang terasa akan tubuh isterinya yang hampir jatuh ke bawah, pantas dia memaut tubuh Haura. Isterinya pengsan lagi untuk kali kedua.
"Carl, mama rasa elok kamu bawa Haura pergi klinik. Pucat sangat mama tengok dia ni."
Tubuh Haura dicempung lalu dia menuju ke arah kereta. Pemandu Datuk Mahmud sudah berada di luar menunggu dia datang. Lantas kereta mewah milik Datuk Mahmud meluncur laju membelah jalanraya. Di dalam kereta, wajah Haura diusap lembut. Dia marahkan Haura tetapi pada masa yang sama dia sayang dan risau melihat keadaan isterinya itu. Dia tidak mahu apa-apa terjadi. Sejak dia mengetahui dia dan Haura mempunyai anak, telah ditanam di dalam hati yang dia tidak akan lepaskan Haura. Dia mahu mereka bertiga hidup bahagia bersama. Namun kata-kata Haura sesekali buat dia rasa sakit hati.

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir TERCIPTA
Romansa( 2nd story ) Carl Daffa vs Haura Elina Mereka dipertemukan dalam keadaan yang mengaibkan. Dan diatas kesilapan itu, dia dihukum tanpa sempat dirinya adili. 'Perempuan macam kau hanya sesuai digantung tak bertali. Kau tak layak hidup bahagia setelah...