Bab 17

5.4K 106 2
                                        

CARL duduk diatas sofa bilik. Matanya merenung ke arah Haura yang berada di atas katil. Tubuh itu dibaluti dengan selimut tebal. Esakan kecil Haura masih kedengaran di telinganya. Dada yang dicakar isterinya disentuh. Pedih. Matanya merenung kosong ke syiling. Semalam buat kali pertama dia menyentuh seorang wanita. Haura masih suci. Sesuci embun pagi. Dia sudah memaksa Haura untuk bersamanya semalam. Hatinya puas. Walaupun dia tahu dia kejam namun itu sudah cukup buat Haura menyesal. Dia marahkan Haura kerana isterinya itu telah memerangkap dirinya. Dia juga ada maruah yang perlu dijaga. Haura pijak maruahnya di hadapan puluhan ramai malah mungkin ratusan ramai. Dia pasti penduduk kampung semua sudah tahu akan apa yang sudah terjadi. Dia juga sudah memalukan kedua orang tuanya. Pada usia nya kini sepatutnya dia buat Datuk Mahmud dan Datin Rozi berbahagia. Bukan memalukan mereka di chalet yang telah mereka usahakan sejak dari dahulu lagi. Dia akan pastikan Haura menerima akibat dari semua ini.

Haura menahan esakan bimbang akan didengari oleh Carl. Tadi segalanya musnah. Carl telah menceroboh haknya tanpa rela. Tubuhnya sakit akan setiap perbuatan Carl ke atas tubuhnya. Sebagai isteri, dia sepatutnya dibelai dan dimanja oleh suami. Bukan di sentuh secara kasar. Perlahan dia bangun dan duduk di atas katil. Carl yang sedang duduk di sofa sedikitpun tidak dipandang olehnya. Hatinya terluka, sakit dan kecewa. Semua menjadi satu. Carl sudah lengkap berpakaian berdiri lalu dia melangkah ke katil. Haura menundukkan wajahnya tidak mahu melihat Carl. Carl duduk bersebelahan Haura serentak pipi Haura dicengkam oleh tangan kasarnya. Bibir Haura dipagut. Rontaan Haura tidak diendahkan.

Pipi Haura ditolak lalu dia bangun. Cincin ditangan ditanggalkan lalu dilempar ke wajah Haura.

"Kau ambik cincin ni dan kau simpan sebagai hadiah perkahwinan aku kepada kau." Dompet dicapai oleh Carl dan kad bank dikeluarkan lalu di campakkan ke wajah Haura.

"Kau ambik kad ni dan kau jangan muncul lagi depan aku!" Beg pakaian Haura juga dicampakkan bersama. Haura terkaku. Apa maksud Carl.

"Ceraikan saya..."

Mendengar kata-kata Haura, Carl menghampiri Haura dan lengan isterinya dicengkam. Sudah dua kali Haura minta dirinya dilepaskan.

"Aku takkan ceraikan kau. Aku akan pastikan kau hidup merana selepas kau hancurkan aku. Kau ingat jangan sesekali kau muncul lagi dalam hidup aku. Perempuan macam kau hanya sesuai digantung tak bertali. Kau tak layak hidup bahagia setelah apa yang kau buat dekat aku!!!"

Haura berdiri. Dia salah dengar setiap baris kata itu? Tidak dia tidak mahu Carl menggantung dia tidak bertali.

"Tolong encik... saya merayu lepaskan saya demgan cara yang baik. Saya minta maaf atas semua kesilapan saya. Tolong encik..." Haura cuba memegang tangan Carl namun ditepis oleh suaminya.

"Aku tak nak tengok lagi muka kau dekat sini. Sekarang berambus dari sini!"

"Jangan buat saya macam ni encik. Saya tidak tahu nak pergi mana encik. Tolong encik." Dia tidak tahu mahu ke mana. Dia cuma ada ibu dan ayahnya sahaja. Mereka juga sudah membuang jauh diri nya.

"Haura Elina..... aku gantung kau tak bertali..."
Carl keluar dari bilik ditinggalkan Haura bersendirian.

"Tidak!!!!!!" Jerit Haura.

Allah... dia tidak mahu digantung begini. Bagaimana dia mahu mencari kebahagiaan kelak. Carl kejam terhadap dirinya. Carl tidak mendengar penjelasan dari nya. Tegarnya hati seorang Carl Daffa!!!

////////////////////

Datuk Mahmud dan Datin Rozi tiba di Chalet Buluh Inn tepat jam 1.00 petang. Mereka lewat datang kerana terdapat hal yang perlu diselesaikan. Masuk sahaja ke pintu utama chalet, mereka disambut oleh pekerja chalet. Datuk Mahmud berhenti dan bersalaman dengan para pekerja. Manakala mata Datin Rozi meliar mencari kelibat anaknya.

"Mana Encik Carl?" Soal Datin Rozi. Dia tidak betah menunggu lama. Dia mahu berjumpa dengan Carl secepat mungkin.

"Errr... tadi Encik Carl keluar sampai sekarang tak balik lagi Datin." Jawab Encik Amin. Dia ada nampak Carl keluar dari chalet bersendirian dalam keadaan tergesa-gesa.

"Wife dia ikut sekali?" Datin Rozi masih lagi menyoal. Encik Amin saling berpandangan dengan Nizam. Risau jika dikatakan mereka busybody.

"Hmmm... tadi selang tiga puluh minit, Cik Haura pulak keluar dari chalet dengan sebuah beg besar." Terang Encik Amin takut-takut. Dia ada ternampak Haura menangis sambil meninggalkan chalet. Itu tidak pula dia ceritakan pada pasangan ini. Biar Carl yang menceritakan semuanya. Dia hanya cakap apa yang ditanya.

Datuk Mahmud dan Datin Rozi saling berpandangan.

"Jom Datuk, Datin saya tunjukkan bilik. Boleh rehat dulu sementara tunggu Encik Carl balik." Pelawa Nizam. Mesti pasangan ini mahu berehat setelah datang dari jauh. Dia membawa mereka menginap di chalet bersebelahan dengan Carl.

Jam 10.00 malam Carl tiba di chalet. Dirinya tidak terurus. Dia rasa serabut. Sejak siang tadi dia memandu mengelilingi pulau di Penang. Bersendirian menghabiskan masa dia sana. Dia hanya meneguk air dan makan buah. Tidak selera mahu mengambil makanan berat. Selesai memarkir kereta, dia didatangi Atikah.

"Encik Carl..."

"Apa hal!!" Sergah Carl pucat wajah Atikah. Hanya Atikah sahaja yang ada untuk memaklumkan mengenai kedatangan Datuk Mahmud dan Datin Rozi. Yang lain semua penakut!

"Err Datuk dengan Datin ada di chalet 102."

Carl terdiam. Ditinggalkan Atikah terkebil bersendirian. Pantas menuju ke chalet mahu berjumpa mama dan papanya. Carl terus masuk ke dalam chalet miliknya. Datuk Mahmud dan Datin Rozi yang perasan akan Carl terus menuju ke chalet sebelah. Mahu bersemuka dengan Carl. Mereka berdua turut masuk ke dalam. Carl hanya duduk di atas sofa. Bilik yang berselerak itu diperhatikan oleh Datuk Mahmud. Dia yakin staf di sini takut untuk masuk mengemas.

"What happen Carl?" Datin Rozi mahu mendengar dari mulut Carl sendiri mengenai apa yang sudah berlaku.

"Dia perangkap Carl! And I have to married her!!"

"Kamu dah siasat betul-betul ke Carl yang dia perangkap kamu. Papa tak mahu kamu menuduh yang bukan-bukan." Jelas Datuk Mahmud. Dia tidak mahu salahkan sesiapa. Dia kenal Carl dan dia tahu hidup Carl yang terlalu bersosial. Jika sudah tertulis jodoh anaknya bersama gadis itu dia redha.

"No! Yang Carl tahu dia perangkap Carl. I hate her!!" Carl benar-benar marah.

"Mana dia Carl? Mana isteri kamu?" Tanya Datin Rozi dia tidak nampak sesiapa di sini.

"Carl dah halau dia."

"What??? Apa yang kamu dah buat ni. Kamu tahu kan sebagai suami kamu bertanggungjawab ke atas dia. Kamu halau dia Carl mana dia nak pergi! I want you to find her!" Marah Datuk Mahmud. Dia sudah mengetahui semuanya. Dipaksanya Encik Amin untuk menceritakan semuanya.











Takdir TERCIPTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang