HAYFA keluar dari bilik dan turun ke bawah. Kelihatan Datuk Hamid sedang menjamu selera bersendirian. Jika dahulu arwah ibunya akan makan seorang diri, kini papanya pula mengambil alih tempat arwah isterinya. Bersendirian di meja makan.
"Hayfa..." sapa Datuk Hamid sambil merenung ke arah Hayfa.
Hayfa yang mengenakan top dan skirt pendek tidak menghiraukan panggilan dari papanya. Dia mahu keluar.
"Hayfa Eliza!!! I'm talking to you?" Jerkah Datuk Hamid. Apakah Hayfa menganggap dia hanya patung boneka di situ? Semakin lama Hayfa semakin hilang hormat padanya.
"What? I have to go!"
"You dah lupa pesan papa?"
Pesan yang mana satu? Terlalu banyak perkara yang dipesan oleh Datuk Hamid. Sehingga dia terlupa yang mana satu. Melihat Hayfa yang sedang berkerut dahi, Datuk Hamid kembali bersuara.
"Papa dah pesan pada you. Stay away from Tan Sri Rico! You dah lupa?" Tidak habis-habis dengan jutawan itu. Salahkah dia ingin menumpang kasih pada lelaki tua itu.
"He's my banker papa. Jika I tinggalkan dia, hidup I akan susah." Dia masih perlukan jutawan itu untuk hidup mewah tanpa kekasih gelapnya itu, dia tiada apa-apa.
"Try to move on Hayfa. Bina hidup baru. Cuba pergi cari kerja dan tinggalkan dunia maksiat kamu tu." Dia tahu akan segala perbuatan Hayfa di belakangnya. Dia mahu anaknya berubah. Hayfa sudah jauh terpesong.
"I'm happy with my life. I tak nak papa masuk campur!" Bentak Hayfa. Dia bahagia dengan caranya.
Gembirakah Hayfa hidup dalam dunia yang penuh noda? Hidup Hayfa yang penuh dengan dosa. Anaknya sering bertukar pasangan saban waktu. Jika hanya untuk dijadikan teman hidup dia tidak kisah. Tetapi Hayfa menjadikan lelaki itu semua untuk dijadikan tempat untuk memuaskan nafsu. Hayfa akan ditemani oleh lelaki hampir pada setiap malam. Tidak takutkah anaknya itu akan segala penyakit kelamin yang ada.
"Please honey.... untuk kali terakhir, tinggalkan Rico. Papa tidak mahu kamu menyesal. Kalau Puan Sri tahu kamu ada hubungan dengan Rico, papa tak mampu nak tolong kamu."
Datuk Hamid beredar dari situ dan berlalu meninggalkan Hayfa sendirian.
Arghhhh.... perempuan tua itu tidak akan tahu hubungan dia dan Rico!!!! Dia dan Rico tahu bagaimana mahu merahsiakan semua itu. Hayfa keluar dari rumah dan menuju ke tempat perjumpaan antara dia dan kekasih gelapnya itu. Sudah hampir tiga minggu dia tidak bertemu dengan teman lelakinya itu. Dia rindukan poket tebal Rico.
Puan Sri Melly memandang ke arah seraut wajah pada foto yang telah diberikan oleh orang suruhannya. Sudah hampir enam bulan dia mengintip pergerakkan suaminya, Tan Sri Rico. Nampaknya Rico tidak pernah serik akan ugutan yang telah dia berikan. Sebagai seorang yang bukan Islam, dia juga malu miliki suami seperti Rico. Rico bebas melakukan hubungan sulit dengan ramai wanita. Terbaru Rico sedang dilamun cinta dengan seorang anak datuk, iaitu Hayfa. Dia tahu Hayfa mata duitan. Rico sudah menghabiskan jutaan ringgit untuk menyara hidup wanita itu. Mereka kini sudah tua dan memiliki cucu yang semakin membesar. Dia tidak mahu cucunya tahu akan sikap Rico yang kaki perempuan dan kaki mabuk. Dahulu dia pernah menyerang seorang gadis. Dia ingat Rico akan berubah, namun sikap suaminya itu tetap sama. Masih mengatal di belakangnya.
Pada malam ini, dia mahu menjalankan rancangan yang telah lama dia rancang. Malam ini dia tahu Rico akan pergi ke kondominum milik Hayfa bermadu kasih.
Hayfa duduk di atas katil dengan baju yang teramat seksi. Sudah lama dia tidak bersama dengan kekasihnya Tan Sri Rico. Malam ini dia mahu menghabiskan masa bersama Rico selama mungkin. Dia akan rindukan Rico kerana lelaki itu akan bertolak ke Italy untuk bercuti bersama keluarga. Tan Sri Rico keluar dari bilik air dengan tuala separas pinggang. Melihat Hayfa yang seksi itu, nafsunya melonjak. Dengan pantas dia naik dan menindih tubuh Hayfa. Dicumbui wajah itu sepuas hati. Hanya Hayfa yang mahu melayan dia. Sudah lama isterinya tidak tidur bersamanya. Jika Puan Sri Melly mahu pun dia tidak ingin. Nafsunya terhadap isterinya sudah mati.
Tanpa mereka sedari, kondo mewah itu dimasuki oleh Puan Sri Melly dan beberapa orang suruhannya. Awal-awal lagi dia sudah berpakat dengan salah seorang pengawal keselamatan kondominium ini. Mereka semua mendengar setiap apa yang dilakukan oleh pasangan kekasih itu. Puan Sri Melly yang turut mendengar merasa malu. Tidakkah Rico tahu dia sudah terlalu tua untuk semua ini.
Jiwa Puan Sri Melly juga sudah lama mati. Tiada lagi ruang untuk Rico. Dia masih bersama Rico hanya kerana anak-anaknya. Serentak pintu bilik ditolak dari luar. Kelam kabut Hayfa menarik selimut menutupi tubuhnya. Saat matanya singgah pada Puan Sri Melly, tubuhnya mengigil. Kata-kata papanya bermain di ingatan. Dadanya berdebar kencang.
"Melly, what are you doing here?" Soal Rico. Terkejut dengan kehadiran si isteri.
"Seronok dapat bersama dengan kekasih kau? Kau tipu aku lagi Rico. Ini kali kedua aku tertipu. Aku akan musnahkan kau dan perempuan ni.!!" Jerit Puan Sri Melly.
"Guys.... " arah Puan Sri Melly. Kedua belah tangan Hayfa dipegang oleh orang suruhan Puan Sri Melly. Mulut Hayfa ditutup menggunakan pita pelekat. Salah seorang dari orang suruhannya meyerahkan sesuatu kepada wanita separuh abad itu. Sebotol besar cecair yang berwarna putih. Serentak cecair itu dicurahkan ke wajah milik Hayfa. Jeritan dan rontaan Hayfa tidak diendahkan. Wanita itu perlu diajar untuk menghormati hak orang lain. Hayfa sudah menjerit kesakitan.
"Melly!!! You dah gila ke!!" Jerit Tan Sri Rico yang sudah dalam ketakutan. Dia juga takut jika diapa-apakan oleh isterinya.
"Guys...." kini orang suruhan Puan Sri Melly memegang pula kedua belah tangan milik Tan Sri Rico. Wajah Rico ditatap lama.
"Selama ni, aku percayakan kau Rico dan aku setia pada kau. Ini balasan yang kau buat dekat aku? Kau musnahkan kepercayaan aku dan kau bunuh jiwa aku. Aku tak mahu seluruh keturunan aku malu dengan perbuatan keji kau. Aku rasa tak guna kau hidup lagi dalam dunia ni. Pergilah kau Rico!!!"
Sebilah pisau rambo dihunuskan ke perut Rico berkali-kali. Serentak dengan itu, darah keluar membuak-buak membasahi lantai. Puan Sri Melly hanya melihat tubuh suaminya yang semakin lemah. Jika dia ditangkap sekalipun, dia rela. Dendamnya sudah terbalas. Sudah terlalu lama dia menutup segala kecurangan dan kesalahan suaminya.
Hayfa yang menyaksikan semua itu, terus berdiri. Dia tidak mahu mati ditikam. Lalu dia berlari ke arah balkoni dan terus terjun dari tingkat itu. Untuk apa dia hidup dengan wajah yang sudah buruk dan memalukan ini? Ditambah pula dengan ditangkap bersama dengan suami orang! Pasti papanya malu. Tanpa Rico dia tidak mampu hidup sendirian.
Datuk Hamid memandu laju menuju ke tempat yang telah dimaklumkan oleh pihak polis. Pihak polis menelefonnya memaklumkan bahawa mereka menjumpai mayat Hayfa yang terjatuh dari bangunan. Lebih memalukan, Hayfa ditemui dalam keadaan yang mengaibkan. Air matanya mengalir lesu. Inikah balasan yang dia terima setelah membesarkan Hayfa bagai menatang minyak yang penuh? Kerana kasih sayang nya itu Hayfa berubah menjadi anak yang tidak dapat dikawal.
Hujan juga turun dengan lebatnya malam ini. Tiba-tiba kereta yang dipandu oleh Datuk Hamid hilang kawalan dan dia terjatuh ke dalam gaung. Saat ini wajah Haura muncul di benaknya. Adakah ini balasan yang dia dapat setelah mengabaikan anak sulungnya itu. Dia tidak pernah mengakui tentang kewujudan Haura. Dia tidak mahu Haura muncul di dalam hidupnya sedangkan dia tahu Haura adalah anaknya yang sah.
Haura Elina..... maafkan semua dosa papa...... gumam Datuk Hamid sebelum semua gelap gelita.

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir TERCIPTA
Romantika( 2nd story ) Carl Daffa vs Haura Elina Mereka dipertemukan dalam keadaan yang mengaibkan. Dan diatas kesilapan itu, dia dihukum tanpa sempat dirinya adili. 'Perempuan macam kau hanya sesuai digantung tak bertali. Kau tak layak hidup bahagia setelah...