Epilog

10.6K 141 12
                                        

TUBUH Haura yang terbaring lemah ditatap oleh Carl. Wajah pucat isterinya direnung sayu. Tangan Haura dikucup lembut. Siang tadi Haura sudah berjaya buat jiwanya luluh. Selepas Haura pengsan semasa mereka dalam perjalanan ke hospital, Carl rasa dia bakal kehilangan isterinya itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Haura terus ditolak masuk ke dalam bilik pembedahan kerana doktor yang merawat isterinya memaklumkan bahawa bayi dalam kandungan isteri sudah agak lemah. Mujur mereka cepat tiba ke hospital. Sebagai langkah berjaga-jaga juga mereka mahu melakukan pembedahan dengan kadar segera ke atas Haura bagi menyelamatkan isterinya dan bayi di dalam kandungan. Mereka bersyukur kerana pembedahan berjalan dengan lancar dan bayi mereka selamat dilahirkan cuma perlu berada dalam pantauan doktor pakar kanak-kanak. Wajah bayi yang berada di sebelah katil Haura ditatap oleh Carl. Bayi kecil ini juga telah berjaya buat daddynya risau.

Alhamdulillah..... Haura selamat melahirkan bayi perempuan kali ini seperti telahan Datin Rozi. Bayi yang seberat 3.34kg itu kelihatan sangat comel dan putih dan ada seiras dengan abangnya, Ayden. Ayden juga masih belum mengetahui akan keadaan ibu dan kelahiran adik perempuannya. Tadi mereka bergegas ke hospital tanpa memaklumkan kepada Caira yang bersama dengan Ayden. Jika diberitahu mesti Ayden akan mengikut mereka ke hospital. Dia tidak mahu membawa Ayden kerana bimbang akan menganggu Haura kerana dia mahu isterinya berehat.

Datuk Hamid dan Datin Rozi sudah pulang ke rumah atas permintaan Carl sendiri. Dia mahu kedua ibu bapanya berehat kerana kedua ibu bapanya telah menemani mereka sejak dari pagi tadi. Datin Rozi dan Datuk Mahmud tetap setia menemani sehingga semuanya selamat. Elok sahaja mereka pulang kerana Haura sudah selamat melahirkan bayi dan kini keduanya sudah stabil.



Haura tersedar dari lena yang sangat panjang. Saat matanya dibuka, dia memerhati keadaan sekeliling. Dia kini berada di dalam wad hospital. Perut nya diraba. Kempis. Belum sempat dia memberontak, matanya terpaku akan tubuh kecil yang berada di cot bayi bersebelahan dengannya. Haura menarik nafas lega. Risau andai sesuatu berlaku pada anaknya itu.

Kelihatan suaminya sudah tertidur di sampingnya, kepala Carl dia usap lembut. Dia pasti Carl pasti letih menemani dia sejak dari pagi tadi. Dia cuba untuk bergerak tanpa mengejutkan Carl tetapi seluruh badannya terasa sakit. Dia kasihan melihat keadaan Carl yang tertido keletihan. Tadi dia benar-benar marah akan perbuatan Carl yang telah merahsiakan kematian Datuk Hamid dan adiknya Hayfa. Dia agak terkilan kerana tidak sempat menatap wajah mereka untuk kali yang terakhir. Namun apabila difikirkan kembali, untuk apa dia marahkan Carl sedangkan perkara itu pun sudah lama berlalu. Fokusnya kini hanya pada Carl dan kedua anak mereka. Pipi Carl diusap dengan hujung jari. Jarum dan air yang masuk ke dalam tubuhnya agak menyukarkan pergerakan tangannya.

Carl yang tersedar akan tindakan itu terus mengangkat kepala. Wajah Haura menyapa mata Carl. Senyuman yang dihadiahkan oleh Haura buat hatinya lega. Dia yakin Haura sudah melupakan perkara yang satu itu.

"Sayang, you awake... Abang minta maaf atas segala kesilapan abang terhadap Haura." Sayu kedengaran suara Carl. Matanya sudah bergenang dengan air mata. Dia perlukan keampunan dari Haura.

Haura tersenyum. Dia sudah melupakan semua itu. Perlahan pipi Carl disentuh.

"Haura pun nak minta maaf dekat abang. Haura dah sakitkan hati abang. I'm sorry..."

"Abang maafkan sayang and promise me that you wont do that again. Abang tak sanggup kehilangan sayang." Ketika Haura pengsan dia rasa separuh jiwanya pergi. Dia benar-benar takut. Dia masih belum mampu melepaskan Haura pergi.

"I promise sayang. Hanya maut yang akan memisahkan kita."

Tiba-tiba bunyi suara bayi menangis kedengaran. Kelam kabut Carl mengangkat bayi perempuan mereka. Nasib baik jururawat ada mengajar dia tadi. Dia terlupa bayi itu sepatutnya disusukan sejak tadi.

Takdir TERCIPTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang