Prolog

2.3K 32 5
                                    

AMARAN‼️

BACAAN MATANG⚠️
TIDAK SESUAI UNTUK PEMBACA DI BAWAH UMUR🔞
BAHASA KASAR/PASAR⚠️
PLOT SANTAI/ BACAAN RINGAN✅

KEPALA pasu bunga yang sudah pecah masih digenggam erat oleh Daizy Baseera. Dihujung pecahan pasu itu terdapat kesan darah. Darah milik Levent Haidar, lelaki melayu berdarah Turki. Lelaki itu bukanlah orang asing melainkan suami Daizy sendiri.

"Aku penat Levent..." luah Daizy Baseera begitu sayu. Beg pakaian sudah siap di sisinya.

"Jangan berani keluar dari rumah ni!" Tegas Levent memberi amaran. Dia sedang terduduk di hadapan sofa sambil menahan kesakitan. Dahinya koyak dan sedang memancutkan darah yang banyak akibat dipukul dengan pasu bunga kaca itu.

"Aku penat hidup dalam dunia kau. Aku muak dengan cemburu buta kau..." Daizy berdiri lemah di hadapan sofa.

     Dia benar-benar lelah selepas bergelut dengan Levent. Lelaki itu cuba untuk menahannya agar tidak keluar dari rumah. Apakan daya, di situlah kesabaran Daizy selama 2 tahun ini benar-benar teruji hingga akhirnya dia sanggup mencederakan suaminya sendiri.

Dahi Levent semakin berkerut menahan kesakitan. Walaupun selepas dicederakan, dia masih mampu menahan diri agar tidak naik tangan pada isterinya.

Dia benar-benar sayang pada Daizy Baseera. Namun, sikap cemburu buta dan obsesinya pada isteri sendiri telah memicu pertengkaran itu. Dua tahun Daizy terpaksa bersabar dengan sikap suaminya.

"Is it a crime for loving you?" Soal Levent, masih tenang. Dia boleh sahaja bangkit dan melawan isterinya. Tetapi, dia memilih tenang. Tidak mahu isterinya semakin nekad.

"Tak cukupkah apa yang aku korbankan untuk kau selama ni?!" Daizy kembali beremosi.

"Aku ikut ke mana pun kau pergi! Aku turut bila kau halang aku untuk bergaul, berkawan dengan orang lain! Aku ikut semua telunjuk kau! But still..." Daizy menekup wajah dengan sebelah tangannya. Kini, wajahnya dikotori dengan darah milik Levent.

"Apa pun aku buat, kau masih anggap aku curang. Kau masih tuduh aku menggatal dengan lelaki di luar sana. Aku dah tak ada sesiapa selain kau, Levent. Kau sendiri yang kutip aku dari rumah anak yatim tu. Jangankan mak ayah, sahabat pun aku tak ada," luah Daizy teresak-esak.

Levent memejam mata seketika. Dia sedar akan perbuatannya. Namun, dia juga tidak mampu menahan emosi serta cemburunya saat melihat sang isteri rapat dengan lelaki lain.

"Aku cintakan kau, Levent. I love you so much. But this is too much," ungkap Daizy semakin kecewa.

"Lepaskan aku..." Daizy benar-benar nekad kali ini. Perceraian adalah jakan yang terbaik.

"You know I won't," balas Levent.

"I don't give a fuck! Let me go!" Bentak Daizy.

Saat itu juga Levent bangkit dari duduknya. Dan serentak itu Daizy mengacukan kembali pecahan pasu bunga itu ke arah Levent.

"Jangan berani dekat. Aku tak akan teragak-agak untuk lukakan kau... lagi," kata Daizy memberi amaran.

Levent tetap melangkah. Sedikit pun tidak tergugat dengan ancaman isterinya.

"Aku bagi kau segala-galanya, Daizy. Harta, kemewahan, kasih sayang. Semuanya cukup. Aku tak pernah jentik pun tubuh kau. I never hurt you," tutur Levent seiring kaki melangkah.

Daizy terpaksa berundur setiap kali suaminya mendekat. Hingga akhirnya, belakang tubuh menyentuh dinding rumah.

"I said stop, Levent!" Bentak Daizy. Kedua-dua tangannya sudah menggenggam pecahan pasu bunga itu.

"I'd rather die than let you go," tegas Levent.

"Baik! Kalau macam tu, biar saya yang mati!" Daizy bertindak meletak serpihan kaca itu di lehernya. Serta merta langkah Levent terhenti.

"Don't you dare, Daizy Baseera!" Bergema suara Levent di segenap ruang tamu rumah itu.

"Lebih baik kau bunuh aku, Daizy. If you kill yourself, we both die! Kau tahu kan yang aku tak boleh hidup tanpa kau!"Air mata Levent mulai mengalir. Dia lebih rela mati daripada melihat Daizy melukakan diri sendiri.

"Fuck off!" Teriak Daizy. Serentak itu Levent meluru ke arah isterinya dan spontan, Daizy mengacu kembali pecahan kaca tersebut ke arah suaminya.

Sebaik tubuh mereka bersatu, keadaan menjadi hening seketika. Mata kedua-dua pasangan itu sedang bertaut antara satu sama lain. Daizy kini terlopong dengan mata yang terbuntang. Manakala Levent sedang berkerut dahi menahan kesakitan. Tidak lama itu, darah milik Levent mulai menitik di atas lantai.

Perlahan-lahan, Levent berundur ke belakang. Saat itu juga serpihan kaca yang tertancap di perutnya jatuh di atas lantai.

"Sa, sayang..." panggil Levent sambil menahan sakit.

Daizy masih terkaku di tempatnya berdiri. Tidak sangka dia sanggup menikam suaminya sendiri.

"Levent..." panggil Daizy. Dia menyesal atas tindakannya yang membabi buta. Dia mulai sedar kecederaan suaminya bukanlah sedikit jika dilihat dari darah yang sedang menitik. Tangannya juga sudah lencun dengan darah milik Levent.

Disebabkan panik, Daizy bertindak melarikan diri dari rumah. Dia takut dan bimbang jika Levent menyumbat dirinya ke dalam penjara. Dia sudah tidak punya sesiapa di dunia ini. Maka, dia tidak mahu menghabiskan sisa hidupnya di penjara.

"Daizy Baseera!" Panggil Levent. Dia masih gagah berdiri walaupun darah sudah mengalir laju dari luka tusukan di perutnya.

Tanpa pedulikan panggilan suaminya, Daizy berlari menuju ke dapur dan terus keluar dari rumah melalui pintu belakang. Pagar yang tidak terkunci menjadi peluang untuk Daizy melarikan diri dari perkarangan rumah mewah itu.

*****

Kali ni genre Dark Romance. Aku bagi korang prolog dulu. Nanti siap edit baru I publish bab 1.

Atau korang nak Islamic Love Story? Ada. Kalau korang nak, aku unpublish Othello. HAHAHAHAHAHA😌

Othello (Morbid Jealousy) COMPLETEDWhere stories live. Discover now