Anak haram

370 24 7
                                    

DI atas katil, Levent termenung jauh memikirkan perletakan jawatannya dari syarikat. Dia tidak mempunyai pilihan lain selain keluar dari syarikat itu dan menyerahkan jawatannya kepada Daizy. Ada pun pilihan yang ditawarkan oleh Dato Ahmed, adalah sebagai COO, yakni sebagai eksekutif bawahan. Mana mungkin dia mahu bekerja dibawah arahan Daizy. Sudah pasti bakal menjatuhkan air mukanya nanti.

     Sudahnya, dengan penuh rasa angkuh dia meletak jawatan tersebut. Namun, perkara itu belum diketahui Zila. Dia tidak tahu bagaimana cara untuk berterus terang tentangnya. Apatah lagi tentang kembalinya Daizy dalam syarikat.

     "Sayang," panggil Zila yang baru keluar dari bilik air.

     "Awak tak masukkan lagi duit yang saya minta tu kan?" Tanya Zila sambil berjalan menuju ke meja solek.

     "Belum lagi," balas Levent mendatar. Ini lagi satu masalah yang membebani fikirannya. Bukan bermaksud berkira, namun perbelanjaan Zila sudah lebih dari sepatutnya. Mulai saat ini dia harus mengawal pengeluaran sebelum menemui pekerjaan baharu.

     Walaupun simpanannya masih banyak, dia tetap harus bersedia dengan segala kemungkinan. Rumah, kereta, saham dalam syarikat dan sebagainya semua atas nama isteri pertamanya.

    "Sayang. Saya nak duit tu esok pagi. Pastikan awak transfer malam ni."

     "10 ribu tu. Awak nak buat apa?" Tanya Levent kedengaran kesal.

     "Nak beli baranglah."

     "Barang apa mahal macam tu?"

     "Nak berkira? Gaji awak tak luak pun kalau setakat 10 ribu. Simpanan awak pun ada. Bapa awak tu bos. Takkan dengan bini sendiri nak berkira," perli Zila.

     "Bukan nak berkira. Nafkah saya dah bagi. Tak pernah kurang pun. 5 ribu sebulan habis macam tu aje. Dan sekarang awak minta 10 ribu." Levent benar-benar tak habis fikir ke mana duit itu dibelanjakan.

     "Nafkah duit awak bagi. Nafkah batin bila nak bagi?" Zila bangkit sambil mencekak pinggang.

     "Selagi awak tak sentuh saya. Selagi tu saya tak akan berhenti minta duit," katanya dan terus naik ke tempat tidur. Setelah baring, dia palingkan tubuh membelakangi suaminya.

     Levent cuba sabarkan hati. Mana mungkin menyentuh wanita itu tanpa rela. Dia benar-benar tak sanggup.

DUA MINGGU KEMUDIAN...

Daizy berdiri di hadapan cermin solek dengan lengkap berkemeja putih yang dipadankan dengan blazer serta skirt paras lutut. Rambut yang sudah dipotong paras bahu itu dirapikan sekali lagi sebelum mengenakan jepit rambut berbentuk bunga daisy.

Wajah juga didandan sedikit tidak seperti biasanya. Mudah-mudahan dalat menutupi wajah yang pucat dan tak bermaya. Setelah menenangkan diri dengan bacaan doa, barulah Daizy turun ke bawah. Sebentar lagi mereka akan bergerak ke pejabat.

Sewaktu menuruni tangga, Dato Ahmed sudah menunggu di bawah. Untuk seketika, mata bagai tak berkedip melihat menantunya yang lebih bersemangat dari biasanya.

"Wow! You look so stunning, honey," puji Dato Ahmed.

"Adalah, make up sikit-sikit," balas Daizy dengan senyuman malu.

"Nope. You are drop-dead gorgeous!" Bahu menantunya ditepuk lembut sebaik wanita itu tiba di sisinya.

"Kalau macam ni, daddy tak tanggung kalau Levent jatuh hati semula," bisik Dato Ahmed.

"Is that gonna happen?" Tanya Daizy diiringi tawa hambar.

Dato Ahmed jongket bahu sambil mencebik. Jika perkara itu benar-benar berlaku, bukankah ianya satu perkara yang baik?

Othello (Morbid Jealousy) COMPLETEDWhere stories live. Discover now