WAJAH ceria isterinya yang sedang duduk di hadapan meja solek ditatap lama. Terdengar jelas di telinga Levent nyanyian perlahan isterinya sambil meratakan losyen di tubuh.
Entah kenapa, nyanyian itu seperti melambangkan hati isterinya yang sedang berbunga-bunga. Adakah kerana kedekatan Daizy dengan Azwan?
Mata Levent semakin tajam merenung belakang isterinya. Telinga pula mulai bingit mendengar nyanyian itu. Akhirnya, Levent bangun dari katil lalu mendekati isterinya. Losyen dituang sedikit di atas tapak tangan kemudian ikut meratakan losyen di bahu isterinya yang terdedah.
Daizy hanya melemparkan senyuman manis sebaik mata mereka bertentangan melalui pantulan cermin. Langsung tidak tahu apa yang sedang bermain di fikiran suaminya.
"Macam mana kerja tadi? Okey?" Soal Levent. Tangannya masih lembut menyapu losyen di bahu mulus isterinya.
"Okey. Mestilah okey. Seronok tau dapat kerja," kata Daizy begitu senang. Senyuman lebar tak lekang dari bibirnya.
Levent mengangguk perlahan sambil mengetap bibir menahan sakit hati. Segembira itukah isterinya dapat bekerja? Atau ada penyebab lain?
"Tapi, tu lah. It's daunting task. Untung ada Wati, Azwan," beritahu Daizy begitu bersyukur.
"Lately, saya selalu nampak awak dengan Azwan." Akhirnya Levent memecahkan ruyung.
Tangan Daizy berhenti dari menyapu losyen. Matanya perlahan-lahan bergerak menatap suaminya dari pantulan cermin.
"Dia tolong saya buat kerja kalau Wati busy. Kitorang tengah buat penutupan akaun untuk bulan ni," jelas Daizy, perlahan.
"Oh." Levent mengangguk perlahan. Dia cuba untuk tidak beremosi walaupun dadanya sudah mulai berombak menahan marah.
Daizy segera melemparkan senyuman sebaik melihat suaminya tidak memperbesar perkara itu.
Levent akhirnya tersenyum sambil meratakan kembali losyen di bahu isterinya. Dia harus berusaha menahan cemburunya agar tidak terluah. Apatah lagi yang dilakukan isterinya hanyalah sebatas kerja. Tidak mungkin wanita itu mencuranginya.
HAMPIR 6 bulan Daizy bekerja di pejabat yang sama, dia semakin rapat dengan staf di situ memandangkan dirinya memang seorang yang peramah. Tidak kira umur dan jantina, Daizy bergaul dengan semua staf di situ.
Jika suaminya bekerja di luar, Daizy akan berehat bersama staf yang lain samada di dalam pejabat atau pun di restoran. Walaupun kebanyakan staf segan kerana status Daizy sebagai isteri Levent, mereka semua terpaksa akur jika Daizy mengajak untuk berkumpul bersama.
"Korang cakap aje nak makan dekat mana. Saya belanja," kata Daizy kepada beberapa orang staf lelaki dan wanita yang masih duduk di meja masing-masing. Waktu makan tengah hari sudah tiba dan masing-masing sudah bersiap untuk keluar dari pejabat.
"Tak apalah, Cik Daizy. Kami seganlah. Asyik-asyik, Cik Daizy aje yang belanja. Nanti apa kata Encik Levent?" Kata Wati serba salah. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain.
"Nak kata apa pulak? Bukan pakai duit bos korang. Ni duit bini bos," kata Daizy seraya menggoyang-goyangkan keningnya.
Akhirnya mereka semua akur untuk makan bersama Daizy. Pun begitu, mereka benar-benar terharu dengan kemurahan hati Daizy. Tidak lokek langsung membelanjakan duitnya untuk mereka semua.
SUASANA di meja makan agak riuh dengan suara mereka semua. Mereka juga terpaksa menggabung dua meja sekaligus agar dapat duduk bersama-sama. Beberapa minit kemudian, pesanan mereka pun tiba di atas meja satu persatu. Setelah semuanya terhidang barulah mereka makan bersama-sama.
YOU ARE READING
Othello (Morbid Jealousy) COMPLETED
RomanceDaizy Baseera dan Levent Haidar adalah dua insan dari latar belakang yang berbeza. Bertemu pertama kalinya di rumah anak yatim My Hope, tempat Daizy Baseera membesar. Di usia 25 tahun, Levent sudah mulai tertarik pada Daizy yang saat itu baru berus...