Tak ingin kembali

376 23 1
                                    

SOSOK yang sedang duduk di hujung katil itu bingkas berdiri sebaik Daizy melompat turun dari katil.

"Kau siapa?!" Tanya Daizy. Dia segera membuka lampu.

      Alangkah terkejutnya dia saat melihat yang berada di dalam bilik itu adalah seorang lelaki.

"Kau siapa?! Macam mana kau boleh masuk?!" Marah Daizy. Matanya mulai mencari sesuatu yang boleh dijadikan senjata.

"Aku... aku kawan... Zila," kata lelaki itu sedikit tergagap.

"Kau buat apa dalam bilik ni?! Hah?! Kau nak mencuri?!" Akhirnya Daizy mencapai sebatang penyapu kemudian dihala ke arah lelaki itu.

"Tak! Erm... Zila suruh aku ambil barang dia yang tertinggal," kata lelaki itu.

     Belum semoat Daizy bertanya lebih, lelaki itu lebih dulu berlari keluar dari bilik tersebut.

Daizy segera mengunci pintu kemudian bersandar di situ. Cuba menenangkan dada yang berombak laju. Setelah perasaanha reda, barulah dia kembali ke tempat tidur. Disebabkan kejadian tadi, Daizy tak dapat lelapkan mata. Jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi, ada berbaki 4 jam lagi sebelum dia bersiap untuk ke pejabat.

Fikirannya mulai tak tenang selepas apa yang lelaki itu katakan. Mustahil Zila membenarkan lelaki lain masuk ke dalam bilik itu sedangkan tahu dirinya ada di situ.

"Tak mungkin. Tapi, macam mana dia boleh masuk kalau tak ada kunci?" Daizy mulai tak sedap hati. Haruskah dia curiga? Kini, dia teringat kembali kata-kata Muzammil.

"Tak! Tak mungkin! Zila tak akan buat macam tu. Dia tak pernah bawa lelaki masuk dalam bilik ni." Daizy cuba sedapkan hati sendiri dan akhirnya, dia lebih memilih mempercayai Zila. Wanita yang sentiasa ada sewaktu susah dan senangnya.

Tepat pukul 7 pagi Daizy mula bersiap untuk ke pejabat. Seperti biasa, Zila belum pulang dari kerja. Tentunya kerja lebih masa lagi. Setelah mengunci pintu, ianya dimasukkan ke dalam beg. Serentak itu juga dia terlihat kotak cincin yang seharusnya dipulangkan kepada Muzammil.

"Aduh! Lupa pula nak pulangkan cincin ni," bisiknya sendiri. Setibanya di bawah, kelihatan kereta yang sangat dia kenali sedang terparkir di sisi bangunan. Belum sempat melarikan diri, Muzammil lebih dulu keluar dari kereta. Lelaki itu melambai sambil mendekatinya.

"Dia lagi," desis Daizy sambil mengeluh panjang.

"Dah siap? Jomlah," ajak Muzammil.

"Tak apa, tuan. Saya naik bas. Banyak dekat depan tu." Daizy muncungkan bibir ke arah perhentian bas tidak jauh dari situ.

"Awak ni suka sangat susahkan diri, kan? Dah ada orang nak tolong, terima jelah. Tak baik tolak pertolongan orang. Itu namanya tolak rezeki."

     "Tuan ni, nak dicakap bodoh tak jugak. Bijak sampai boleh jadi CEO. Tapi benda simple yang saya cakap pun tuan tak boleh nak faham?" Sindir Daizy.

     Muzammil akhirnya tergelak kecil. Sedikit pun tak kecil hati dengan kata-kata wanita itu. Daizy pula mengeluh berat. Sekasar apa pun bahasanya, Muzammil tetap tersenyum dan tertawa.

     Saat ingin mahu beredar, baru teringat akan cincin yang seharusnya dipulangkan.

"Oh ya. Saya lupa nak pulangkan cincin ni semalam." Tangannya mulai mengorek isi beg kemudian mengeluarkan kotak cincin baldu biru tersebut.

     Kedengaran Muzammil mengeluh pendek sebaik melihat kotak cincin tersebut.

     "Daizy, tu pun untuk awak juga. Mari sini." Tangannya mengambil kotak cincin dari tangan Daizy kemudian dibuka. Setelah mengeluarkan cincin, tangan Daizy pula diraih untuk menyarung cincin tersebut.

Othello (Morbid Jealousy) COMPLETEDWhere stories live. Discover now