SEMENJAK kejadian itu, Daizy mengelak untuk bersua muka dengan Muzammil walaupun mereka berada di bawah satu bumbung. Hanya akan bertemu atas urusan kerja sahaja. Zila pula tak henti-henti bertanya tentang Muzammil. Pertemuan mereka tempoh hari membuatkan Zila tak lena tidur. Sayang jika lelaki sekacak dan sekaya Muzammil tidak dimanfaatkan.
"Daizy, bagilah number phone dia. Aku janji aku tak akan bagitahu sesiapa kau yang bagi aku. Sumpah!" Zila angkat tangan tanda bersumpah.
"Tak boleh, Zila. Aku takut nanti kedapatan pulak. Lagi pun aku tak percayalah dia tu. Even dia bos aku, aku risau kalau dia gunakan kau. Biasalah orang kaya ni, kau fahamlah perangai diorang macam mana," ujar Daizy, bimbang. Tidak mahu Zila dipergunakan oleh lelaki seperti Muzammil.
Zila pula mengeluh panjang. Dia tidak peduli jika Muzammil mahu pergunakan dirinya asalkan dia juga dapat manfaatnya.
"Jangan risau, aku tahu jaga diri. Kau tak kesian dekat aku, Daizy? Manalah tahu boleh buat laki, tak perlulah aku nak kerja macam ni sampai tua." Zila tayang wajah sedih. Berharap agar Daizy terpancing dengannya.
Daizy pula mulai rasa bersalah. Sejujurnya dia juga berharap agar Zila berhenti dari pekerjaannya. Tapi, tidak mungkin juga membiarkan Zila menjadi perosak hubungan Muzammil bersama tunangnya.
"Sorry, Zila. Aku tak boleh bagi. Lagi pun itu privasi dia. Aku risau kalau tunang dia dapat tahu," ujar Daizy, resah. Berharap agar Zila faham akan kebimbangannya.
"Aku tidur dulu, Zila." Daizy sudah bersedia untuk tidur.
Zila hanya menayang senyuman hambar. Sakit hatinya kerana tidak berjaya mendapatkan nombor telefon Muzammil. Namun, dia tidak akan berhenti di situ. Akan memastikan bahawa Muzammil sedar akan kewujudannya.
WALAUPUN keadaan sekeliling hiruk pikuk, Levent dan Alfie masih dengan perbualan mereka.
Daizy. Itulah topik perbualan mereka.
"Aku terpaksa langgar arahan daddy kau. Aku tak boleh diam dan tunggu Daizy balik. Aku kena buat cara aku sendiri untuk cari dia," kata Alfie, tegas.
Levent angguk dengan wajah serius. Genap setahun Daizy pergi, tiada langsung khabar yang sampai kepada mereka.
"Bonda dah tak tenang. Dia tahu aku sorokkan sesuatu. Dia dapat agak ada sesuatu yang berlaku pada Daizy."
"So, apa kau nak buat?" Soal Levent.
"Entahlah. Aku buntu. Aku tak nak Daizy makin jauh. Apa yang aku boleh nampak sekarang ni, dia memang nak jauhkan diri dari semua orang. Dari aku, dari bonda."
"Dari dulu lagi Daizy memang macam ni. Dia tak nak kami nampak kesedihan dan kesusahan dia. Dia akan munculkan diri kalau dia dah rasa okey," sambung Alfie lagi.
"Habis tu kenapa dia tak munculkan diri sekarang?" Soal Levent.
"Itu tandanya, luka yang kau buat bukannya kecil. Daizy betul-betul kecewa," tekan Alfie.
Levent kembali diam. Walaupun rasa bersalah, dia tidak mahu mempamer riak itu di hadapan Alfie."Apa yang pasti sekarang ni, Daizy nak jauhkan diri dari kau. Jadi, kau tak payah sibuk nak cari dia. Kau duduk diam-diam sampai aku jumpa dia," tegas Alfie.
Levent tegakkan duduk. Tak setuju dengan kata-kata Alfie.
"No. Aku kena cari dia juga. Aku kena buktikan yang aku masih perlukan dia. Takkan aku nak biar kau jumpa dia dulu. No," balas Levent.
Kini, ketegangan mulai terasa. Sudah menjadi kebiasaan setiap kali mereka bertemu untuk berbincang soal Daizy. Di akhir perbualan, pasti mereka akan bertegang urat.
YOU ARE READING
Othello (Morbid Jealousy) COMPLETED
RomanceDaizy Baseera dan Levent Haidar adalah dua insan dari latar belakang yang berbeza. Bertemu pertama kalinya di rumah anak yatim My Hope, tempat Daizy Baseera membesar. Di usia 25 tahun, Levent sudah mulai tertarik pada Daizy yang saat itu baru berus...