"AWAK tak sihat, sayang." Levent merapat kemudian menyentuh dahi isterinya. Langsung tak peduli pada pipinya yang mulai merah selepas ditampar sebentar tadi.
"Keluar! Tolonglah keluar!" Daizy mendorong tubuh suaminya hingga melepasi pintu.
"No! Awak tak sihat!" Peluh di dahi isterinya dikesat dengan tapak tangannya.
Setelah membuka kasut, Levent meluru masuk dan terus menutup pintu kemudian dikunci. Daizy mulai meronta-ronta. Dia tidak tahu apa yang sedang terjadi pada dirinya. Entah kenapa keinginan itu semakin memuncak.
Levent pula berusaha menenangkan isterinya. Dia tidak bahawa isterinya sedang berperang dengan nafsu sendiri.
"Keluar! Aku tak nak tengok muka kau!" Bentak Daizy. Tangannya sudah berada dalam genggaman suaminya kerana dia cuba untuk memukul lelaki itu.
"What's wrong with you?!" Levent semakin bimbang melihat tingkah isterinya."Lepaslah!" Dengan sekuat tenaga, tangan direntap dari genggaman suaminya. Tanpa pedulikan lelaki itu, Daizy lanjut membuka satu persatu butang kemeja yang dipakai.
"Awak ni dah kenapa?!" Diperhati sahaja perbuatan isterinya penuh kehairanan. Sewaktu wanita itu ingin menanggalkan baju, dia segera menahannya.
"Daizy! Stop it!"
Sekelip mata, Daizy mencengkam leher baju suaminya. Mata lelaki itu direnung tajam dengan nafas yang turun naik.
"Tolong aku..." suara Daizy bertukar sayu.
"Why?!" Soal Levent mulai panik.
Daizy telan liur sambil merenung mata suaminya. Dia malu. Malu untuk menyuarakan keinginannya.
"Why?..." belum sempat Levent habiskan soalan, mulutnya dikunci oleh bibir Daizy. Terbulat matanya angkara tindakan isterinya yang di luar kawalan.
"Emph!" Levent cuba menolak namun Daizy semakin menekan. Tangannya mulai menjalar di belakang kepala suaminya kemudian mencengkam rambut lelaki itu. Sambil bercumbu, tubuh suaminya didorong hingga mereka sama-sama jatuh di atas tilam."Daizy! Sudah!" Walaupun rindu, dia tidak mahu mengambil kesempatan ke atas isterinya. Ini bukan kemahuan isterinya memandangkan wanita itu belum memaafkan dirinya. Dia tahu, sesuatu sedang terjadi pada Daizy.
"Daizy! Awak sedar tak ni?!" Saat ini Daizy sudah duduk di atas perut suaminya.
"Shut up!" Dagu suaminya dicengkam kuat.
"Kau nak sangat, kan?! Kau tak payah nak acah-acah menolak! Ini yang kau nak selama ni, kan?!" Kini, butang kemeja suaminya pula mulai dibuka.
"Jangan, Daizy! Awak sedar tak apa yang awak buat ni?!" Tangan isterinya ditahan dari terus menbuka butang bajunya.
"If you keep doing this, I won't stop too," kata Levent memberi amaran.
Daizy tak peduli, dia terus membuka butang baju suaminya sehingga butang terakhir.
"Sayang! Jangan!" Levent terpaksa menahan kerana isterinya benar-benar nekad.
"Just do it," kata Daizy sebelum kembali membenam bibirnya ke bibir suaminya.
Levent pejam mata. Sejujurnya dia rindu pada ciuman itu. Walau apapun yang terjadi nanti, mereka berdua masih suami isteri yang sah. Maka tiada apa yang perlu dirisaukan.
Dengan sekali pusing, kini Daizy sudah berada di bawah tubuh suaminya. Levent tak mampu lagi menolak jika isterinya yang lebih dulu bertindak.
"BODOH! BODOH!" Maki Zila. Rambutnya digenggam kuat sambil mendengus kasar. Berang kerana rancangan tidak berjaya.
YOU ARE READING
Othello (Morbid Jealousy) COMPLETED
RomanceDaizy Baseera dan Levent Haidar adalah dua insan dari latar belakang yang berbeza. Bertemu pertama kalinya di rumah anak yatim My Hope, tempat Daizy Baseera membesar. Di usia 25 tahun, Levent sudah mulai tertarik pada Daizy yang saat itu baru berus...