SEPERTI yang dijanjikan, Levent bersedia untuk menghantar isterinya pulang ke rumah Dato Ahmed.
"Sayang, okey tak ni? Nak buang air ke?" Soal Levent saat mereka baru memasuki lif. Sedari tadi dia memerhati cara berjalan isterinya yang agak aneh."Taklah. Cuma... rasa tak selesa." Daizy menayang senyuman kelat.
"Tak selesa? Sejuk?" Dia sudah bersedia mahu menanggalkan jaket untuk isterinya.
"Bukan. Erm..." Daizy menggaru kepala sambil mengepit rapat kedua-dua belah pahanya.
Levent semakin hairan melihat tingkah isterinya. Lama wajah isterinya ditenung sebelum akhirnya Levent mengetap bibir menahan tawa. Dan akhirnya, tawanya terlepas sebaik mengerti maksud isterinya.
"Sorrylah sayang. Saya rindu sangat dengan awak. Sebab itulah terlajak 'main' semalam," katanya lagi dengan tawa yang masih tersisa.
Daizy pula sudah menekup wajah menahan malu.
"Nasiblah awak kata penat semalam. Kalau tak, mesti dah 4 round," usik Levent lagi. Serta merta, lengannya berbunyi sebaik ditampar oleh isterinya.
"Ish! Malulah kalau orang dengar!" Marah Daizy. Pasti menjadi aib jika didengari oleh sesiapa.
"Patutlah pinggang saya jammed," kata Daizy lagi seraya menjeling tajam.
"Sorry, sayang. Sorry!" Kedua-dua belah pipi isterinya dicubit manja. Sebaik lif terbuka, mereka pun bersama-sama menuju ke tempat letak kereta. Harus segera beredar dari situ sebelum Dato Ahmed menyedari ketiadaan Daizy di rumah.
KEDUA-duanya tunduk merenung lantai sambil berpegangan tangan. Tingkah mereka berdua tak ubah seperti anak kecil yang sedang dimarahi oleh orang tua mereka. Masakan tidak, ketiadaan Daizy di dalam bilik sudah dilaporkan oleh Mak Iti sebentar tadi sewaktu ingin mengejutkan Daizy untuk solat subuh.
"Kenapalah keluar tak bagi daddy dulu? Daddy dah panik tahu tak? Sikit lagi daddy nak call polis." Anak dan menantunya ditatap silih berganti.
"Levent. Kalau ya pun, bagitahulah daddy yang kamu nak ambil isteri kamu. Jangan bawa lari macam tu. Ni mesti Daizy yang panjat pagar, kan?" Tidak terbayang jika menantunya jatuh akibat memanjat pagar setinggi hampir 4 meter itu.
"Tapi daddy, Daizy mahir panjat pagar. Katanya dah biasa waktu sekolah dulu," seloroh Levent sengaja mahu mengusik isteri. Spontan, siku Daizy mengenai perutnya.
"Awak!" Daizy membuntangkan mata agar suaminya berhenti bergurau.
"Dah, dah. Korang berdua ni dah macam budak-budak. Nasiblah dah besar panjang. Kalau tak, memang sorang-sorang kena piat telinga," kata Dato Ahmed dengan wajah kesalnya.
"Pergi mandi, lepas tu kita solat sama-sama," arah Dato Ahmed kemudian beredar dari situ.
Sebaik kelibat orang tua itu tidak kelihatan, tawa mereka berdua terus bergema serentak. Mujurlah Dato Ahmed tidak memperbesar masalah tersebut.
Pagi itu, selesai sahaja sarapan, Levent dan Daizy meminta diri untuk pulang. Dato Ahmed berasa lega kerana kedua-dua pasangan itu sudah mulai akur kembali.
Setibanya di rumah, mereka berdua disambut oleh Edsel dan Edna yang sedang menunggu di hadapan pintu rumah. Riak wajah Daizy mulai berubah. Bukankah hubungan mereka sudah membaik? Kenapa Edsel dan Edna masih ada di sini?
"Wait. Sayang jangan salah faham dulu." Levent lebih dulu berbicara saat menyedari riak wajah isterinya.
"Edsel dan Edna tak akan awasi sayang lagi. Cuma..." isterinya dibawa mendekati Edsel dan Edna.
YOU ARE READING
Othello (Morbid Jealousy) COMPLETED
RomansaDaizy Baseera dan Levent Haidar adalah dua insan dari latar belakang yang berbeza. Bertemu pertama kalinya di rumah anak yatim My Hope, tempat Daizy Baseera membesar. Di usia 25 tahun, Levent sudah mulai tertarik pada Daizy yang saat itu baru berus...