DAIZY melangkah perlahan dengan mata yang tak lari dari menatap suami Zila yang juga merupakan suaminya sendiri.
"Awak. Awak buat apa dekat sini?" Tanya Levent hampir tak berkedip.
Daizy juga sama. Hampir tak percaya dengan apa yang dilihat saat ini. Suaminya sedang mengenakan baju melayu dan baru sahaja melafazkan akad nikah pada temannya sendiri.
Kini, matanya perlahan-lahan memandang Zila yang sedang berdiri di atas mini pelamin. Wajahnya tenang tanpa senyuman atau rasa bersalah sekalipun.
"Zila..." panggil Daizy. Dia mahukan penjelasan namun mulutnya bagaikan terkunci untuk menuntut sebarang penjelasan dari wanita itu.
"Thanks, Daizy. Sebab sudi datang. Aku sangka kau tak datang tadi," kata Zila seraya turun dari pelamin kemudian mendekati Daizy. Levent masih berdiri di tempatnya seraya memerhati kedua-dua isterinya.
"Pergilah makan dulu. Semuanya dah terhidang," pelawa Zila. Saat ingin meraih tangan Daizy, wanita itu mengelak.
"Zila..." anak mata Daizy bergerak-gerak merenung mata Zila.
"Kita cakap dekat dalam," bisik Zila. Dia tidak mahu tetamu yang datang mengetahui perkara sebenar.
Dia lebih dulu menuju ke bilik sebelum diikuti oleh Daizy. Wanita itu sempat menatap suaminya dengan mata yang berkaca-kaca. Sakit sungguh diperlakukan seperti itu.
Sebaik mereka masuk ke dalam bilik, Zila terus menutup pintu.
Untuk seketika, tiada apa yang keluar dari mulut mereka melainkan renungan sesama sendiri. Hampir beberapa saat berbalas tatapan, barulah Zila mengeluh pendek.
"Aku tahu. Kau marah sekarang ni," katanya tanpa rasa bersalah langsung.
"Kau... kau kawin dengan suami aku?" Tanya Daizy mahukan kepastian. Mungkin saja suaminya sengaja duduk di situ hanya sebagai saksi atau apalah. Dia cuma berusaha untuk sedapkan hati sendiri.
"Alhamdulillah. Kami dah selamat diijab kabul," balas Zila begitu tenang sekali.
"Zila... dia suami aku, Zila," tutur Daizy mulai sebak. Air mata mulai deras membasahi pipi.
"Sekarang ni, dia pun suami aku jugak," balas Zila tak mahu kalah.
"Zila, kau sedar tak apa kau buat ni?" Daizy masih cuba untuk tenang. Dia tidak mahu membuat keributan di majlis temannya sendiri. Walaupun temannya sudah merampas suaminya.
Di ruang tamu, Mak Esah segera mendekati Levent. Dia tidak mengerti apa yang sedang terjadi. Mujur sahaja tetamu tidak menyedari apa yang sedang berlaku sebentar tadi.
"Kejap, ya mak cik," kata Levent dan terus menuju ke bilik yang dimasuki oleh Zila dan Daizy.Sebaik pintu dikuak, serentak kedua-dua wanita itu memandangnya.
"Sayang, masuklah," panggil Zila. Dia segera menarik Levent masuk ke dalam biliknya.
"Aku harap kau terima semua ni, Daizy. Dah jodoh aku dengan Levent," tutur Zila tanpa memikirkan betapa sakitnya seorang Daizy diperlakukan sebegini.
"Jodoh?" Daizy ketap bibir seketika.
"Dia suami aku, Zila. Kau tahu dia suami aku. Kenapa buat aku macam ni? Aku anggap kau kawan baik aku selama ni." Daizy tak habis fikir. Di mana silapnya sehingga Zila mengkhianatinya.
Levent belum mampu berkata apa-apa. Masih tak percaya dengan kehadiran isterinya.
"Inikah urusan penting yang awak cakapkan tu?" Tanya Daizy pada suaminya pula.
YOU ARE READING
Othello (Morbid Jealousy) COMPLETED
RomanceDaizy Baseera dan Levent Haidar adalah dua insan dari latar belakang yang berbeza. Bertemu pertama kalinya di rumah anak yatim My Hope, tempat Daizy Baseera membesar. Di usia 25 tahun, Levent sudah mulai tertarik pada Daizy yang saat itu baru berus...