AMARAN‼️
BACAAN MATANG⚠️
TIDAK SESUAI UNTUK PEMBACA DI BAWAH UMUR🔞
BAHASA KASAR/PASAR⚠️
PLOT SANTAI/ BACAAN RINGAN✅TEPAT pukul 12 tengah hari, Daizy bertolak menuju ke rumah kebajikan My Hope. Setibanya di situ, dia disambut meriah oleh penghuni rumah itu. Rupanya, Bonda Zainah sudah membuat persiapan untuk menyambut kedatangan Daizy.
"Selamat pengantin baru, Kak Daizy Baseera!" Ucapan seremtak dari kanak-kanak yang ada di situ. Serentak itu mereka meluru ke arah Daizy kemudian memeluk wanita itu.
"Terima kasih, sayang!" Daizy mengelus satu persatu kepala anak-anak yatim tersebut. Dia melihat dirinya di dalam mata setiap anak-anak itu.
"Dah, dah. Pegi makan. Bagi Kak Izy rehat dulu." Bonda Zainah terpaksa mencelah. Kasihan melihat Daizy dikerumuni mereka semua.
Sebaik kanak-kanak itu bersurai barulah Daizy mendatangi Bonda Zainah. Dia segera memeluk wanita tua itu. Baru sahaja mereka bertemu sewaktu pernikahan kelmarin, rasa rindunya sudah seberat ini.
Ibu Ratih dan Ibu Salwa juga datang dan terus memeluk mereka berdua. Hampir beberapa saat, esakan mereka mulai kedengaran.
"Ibu rasa lain sangat lepas Izy keluar dari sini. Tak ada lagi yang usik ibu," tutur Ibu Ratih, sayu.
"Betul. Tak ada lagi yang kejutkan budak-budak tu bangun subuh pakai speaker." Ibu Salwa juga mencelah.
Maka, semakin pecahlah tangisan mereka.
"Janganlah cakap macam tu. Izy tak ke mana pun. Ada aje dekat sini. Bonda dengan ibu pun boleh datang rumah Izy bila-bila masa aje."
Pelukan dilepaskan kemudian bersama-sama menuju ke taman mini yang terletak di luar rumah.
Mereka mulai rancak berbual untuk melepas rindu. Selepas ini pasti jarang untuk mereka bertemu memandangkan Daizy juga sudah punya keluarga sendiri."Kalau ada apa-apa yang kurang, bonda jangan segan nak bagitahu saya, tau," pesan Daizy.
"Ibu, kalau nak beli barang mentah ke apa, kalau tak ada orang hantar, terus call saya. Jangan malu," pesannya pada kedua-dua ibunya.
"Izy, kami tak nak susahkan Izy lagi. Cukuplah selama ni Izy berkorban untuk rumah ni. Inilah masa untuk Izy hidup bahagia dengan suami," tutur Bonda Zainah, sayu.
Kasihan melihat Daizy yang tidak habis-habis memikirkan rumah yang bukan tanggungjawabnya.
"Tak apa, bonda. Dulu, saya usaha sendiri untuk tolong bonda dengan ibu. Sekarang ni, saya dah dapat nafkah dari Levent. Lebih dari cukup kalau nak dibelanjakan untuk diri saya sendiri," jelas Daizy.
"Saya nak kongsi dengan adik-adik saya," tambah Daizy lagi.
Ketiga-tiga wanita tua itu berpandangan sesama sendiri. Tidak menyangka dengan keikhlasan dan kemurahan hati Daizy.
Suara jeritan kanak-kanak menyentak mereka berempat.
"Hah! Dah mulalah tu." Ibu Salwa bersuara.
"Korang berboraklah dulu. Kami nak tengok budak-budak tu dulu. Karang ada yang jadi superman dekat atas meja makan tu," seloroh Ibu Ratih kemudian beredar bersama ibu Salwa.
"Apa perasaan bila dah jadi isteri? Seronok?" Soal Bonda Zainah sengaja mengusik.
Daizy tersipu malu. Teringat kembali layanan manja dan penuh kasih sayang dari Levent.
"Tengok senyuman Izy tu pun bonda dah tahu. Syukurlah kalau Izy bahagia," tuturnya ikut tumpang gembira.
"Alfie tu, entah bila dia nak kawin. Umur pun dah nak masuk 25 tahun. Tak ada sorang perempuan pun yang dia bawa jumpa bonda," luah Bunda Zainah, sayu.
YOU ARE READING
Othello (Morbid Jealousy) COMPLETED
RomanceDaizy Baseera dan Levent Haidar adalah dua insan dari latar belakang yang berbeza. Bertemu pertama kalinya di rumah anak yatim My Hope, tempat Daizy Baseera membesar. Di usia 25 tahun, Levent sudah mulai tertarik pada Daizy yang saat itu baru berus...