PINTU yang dibuka oleh Zila lantas menyedarkan Daizy dari tidurnya. Saat mengerling jam di dinding, ianya sudah menunjukkan pukul 7 pagi.
"Baru balik?" Tanya Daizy dalam keadaan mamai.
"Sorry. Kau terkejut ke?" Zila serba salah kerana sudah membuat Daizy terbangun dari tidur.
"Tak apalah. Aku memang nak bangun juga. Nasiblah kau buka pintu. Kalau tak, confirm aku terlajar tidur." Daizy mulai bangun dari tempat tidur lalu mencapai tuala.
Untuk seketika, hidungnya terhidu bau alkohol yang sangat kuat. Sememangnya sudah menjadi kebiasaan Zila pulang dalam keadaan berbau minuman keras. Namun kali ini baunya terlalu kuat.
"Kau minum juga, Zila?" Tanya Daizy takut-takut. Bimbang pertanyaannya menyinggung perasaan Zila. Setahu dirinya, Zila tak meneguk minuman itu. Dia hanya menemani pelanggan sahaja.
"Er... tak. Costumer tumpahkan air dekat baju aku. Sebab tu lah berbau. Kuat sangat ke bau dia?" Tanya Zila lalu tersengih sumbang.
Daizy mengangguk dengan senyuman nipisnya. Terbit rasa syukur kerana Zila tidak meneguk air haram tersebut.
ZILA yang sedang tertidur pulas dikerling sekilas. Tidurnya masih dengan pakaian yang dipakai semalam tanpa membersihkan diri. Daizy sudah faham dengan keadaan Zila. Lelah bekerja semalaman membuatkan wanita itu memilih untuk memanfaatkan masa tidurnya yang terganggu.
Semenjak Daizy mulai bekerja, mereka berdua sudah jarang berbual panjng. Bertemu pun sewaktu masing-masing sedang bersiap untuk ke tempat kerja atau pun sewaktu pulang dari kerja.
Setelah bersiap, Daizy keluar dari bilik dengan perlahan-lahan. Tidak mahu menganggu m Zila yamg semakin lena. Dengan menaiki kenderaan awam, Daizy berangkat ke pejabat yang jaraknya sekitar 20 minit perjalanan.
Disebabkan menaiki kenderaan awam, Daizy mengambil keputusan untuk bergerak awal. Bimbang jika dia terlepas bas ataupun tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Kerana itulah, dia selalu menjadi staf pertama yang tiba di pejabat.
"Semenjak Cik Daizy kerja dekat sini, mak cik pun dah ada kawan tiap pagi," tegur Mak Ina, yang bertanggungjawab menjaga kebersihan pejabat itu.
"Eh, Mak Ina. Awal sampai hari ni," sahut Daizy. Mereka bersama-sama menapak masuk ke dalam lif.
Belum pun sempat lif tertutup, kelihatan tangan seseorang pantas menahan lif tersebut sehingga terbuka kembali.
"Eh, Tuan Muzammil. Awalnya sampai. Tak pernah masuk awal macam ni," tegur Mak Ina. Daizy pula segera berundur ke belakang bagi memberi ruang kepada Muzammil. Sebenarnya, ruangan lif tersebut sangatlah luas. Hanya Daizy yang agak kekok berdiri dekat dengan atasannya.
"Ya, Mak Ina. Ada kerja nak kena settle sebelum meeting."
Mak Ina segera menekan butang lif bernombor 1. Dia akan memulai kerjanya dari tingkat itu.
"Tingkat 5, kan?" Soalnya seraya menekan butang bernombor 5. Daizy dan Muzammil mengangguk serentak. Sememangnya Daizy bekerja di bawah jabatan yang sama dengan Muzammil.
Sebaik Mak Ina keluar dari lif. Keadaan kembali sunyi.
"Macam mana kerja dekat sini? Okey?" Soal Muzammil tiba-tiba.
"Er, okey," jawab Daizy seraya mengerking sekilas dengan senyuman nipisnya. Sepanjang dua minggu bekerja, ini merupakan kali pertama dia bertemu dan bersua muka dengan Muzammil. Lelaki itu terlalu sibuk sehingga jarang berada di dalam pejabat.
"Saya dengar, awak ada tolong bahagian akauntan semalam. Betul?" Tanya Muzammil lagi.
Daizy menelan liur pekat. Sebenarnya bukan niatnya mahu mencampuri urusan pekerja yang kain. Kebetulan dia berada di situ kemudian terdengar masalah tersebutz
YOU ARE READING
Othello (Morbid Jealousy) COMPLETED
RomanceDaizy Baseera dan Levent Haidar adalah dua insan dari latar belakang yang berbeza. Bertemu pertama kalinya di rumah anak yatim My Hope, tempat Daizy Baseera membesar. Di usia 25 tahun, Levent sudah mulai tertarik pada Daizy yang saat itu baru berus...