Mengalah

399 17 0
                                    

SUASANA di meja makan begitu sunyi. Sudah tiga hari berlalu semenjak pertengkaran itu, Daizy belum mahu berbicara dengan suaminya. Dia benar-benar sakit hati dengan perbuatan lelaki itu. Bibirnya juga meninggalkan kesan melecet akibat ciuman paksa dari suaminya.

Walaupun marah, Daizy tetap menjalankan tugas sebagai isteri di rumah. Makan minum lelaki itu tetap disediakan.

Levent bukan tidak tahu punca isterinya bersikap sedemikian. Akan tetapi, dia juga buntu. Sukar untuk dia menahan rasa cemburu dalam hatinya. Luka yang terdapat di bibir isterinya bukanlah disengajakan. Dia hanya mahu menunjukkan kuasanya keatas wanita itu.

Daizy lebih dahulu berdiri setelah menghabiskan sarapan paginya. Pinggan yang sudah kosong itu dibawa ke singki untuk dicuci. Levent hanya memerhati isterinya sebelum ikut berdiri kemudian menuju ke singki.

     Belum sempat suaminya berbicara, Daizy lebih dulu mengambil pinggan kosong dari tangan suaminya kemudian dicuci. Sedikit pun tak menghiraukan lelaki itu.

Levent hanya mampu mengeluh panjang. Kali ini, isterinya benar-benar melancarkan perang dingin. Itu membuatkan Levent semakin tak keruan. Dia tidak biasa didiamkan seperti ini. Dia semakin rindu mahu mendengar suara manja dan gelak tawa isterinya.

     Selesai mencuci pinggan, Daizy segera palingkan tubuh untuk beredar.

     "Sayang," panggil Levent, sayu.

     Daizy masih mengunci mulut. Tatapan matanya begitu kosong menatap suaminya.

     "Sayang, please. Jangan diam macam ni. Saya tak bolehlah." Kedua-dua tangan isterinya digenggam lembut.

     "Okay, fine. Saya minta maaf. Saya yang salah sebab fikir yang bukan-bukan. Saya tahu yang awak tak akan khianati saya." Tangan Levent mulai naik menyentuh pipi isterinya.

     "Sayang, say something. Saya rasa awak dah makin menjauh walaupun kita tinggal dalam satu rumah." Mata Levent mulai merah. Dia tidak lagi mampu menahan sebak di dada.

      Daizy segera larikan pandangan. Tersentuh hatinya melihat wajah sayu suaminya. Namun, dia juga harus memberi pengajaran kepada Levent agar tidak mengulangi perbuatannya.

"Awak tahu tak perbuatan awak membahayakan rumah tangga kita?" Daizy akhirnya bersuara.

"Apa yang awak fikirkan tu semuanya salah. Awak cuma terlalu ikutkan perasaan. Awak jadi overthingking, Levent."

"Kalau ada benda yang awak tak puas hati, terus cakap dengan saya. Jangan biarkan fikiran negatif kuasai awak."

Levent memejam mata seketika. Dia sedar akan kesilapannya yang selalu bertindak mengikut perasaan.

"Saya sayangkan awak, Daizy. Saya tak nak kehilangan awak," tutur Levent begitu sayu.

"Tapi, perbuatan awak ni akan buat awak kehilangan saya," balas Daizy.

Levent menggeleng laju. Tidak sanggup membayangkan perkara itu berlaku.

"Please. For the sake of our marriage. Kawal ego dan emosi awak."

"Saya kawin dengan awak bukan untuk setahun dua. I wanna build a happy family with you. Saya nak bahagia dengan awak bersama anak-anak kita nanti. I can't wait for that moment. But..."

     Daizy mengesat air mata yang mengalir.

     "Kalau ujian sekecil ini pun awak tak mampu nak hadap... saya minta maaf awal-awal kalau saya lebih dulu menyerah. Kalau awak pun tak mampu nak selesaikan masalah ni, apatah lagi saya."

Othello (Morbid Jealousy) COMPLETEDWhere stories live. Discover now