AIR MATA yang mengalir diseka perlahan sambil memerhati Zila yang sedang tertunduk merenung jari jemari sendiri.
"Zila, banyak lagi kerja halal kau boleh cari. Kenapa kerja macam ni jugak yang kau pilih?" Soal Daizy. Sesekali kedengaran esakannya terkeluar dari bibir. Semakin sedih saat melihat pakaian yang dipakai oleh Zila sangatlah mencolok mata. Bukan sahaja seksi malahana ianya sendat sehingga menampakkan lekuk tubuhnya.
"Aku dah cuba, Daizy. Apa jelah kerja yang layak untuk orang yang tak ada pelajaran macam aku? Kerja ni aje yang boleh bagi aku kesenangan. Lagi pun ini bukan kerja yang macam ku fikir. Kerja aku ni cuma temankan pelanggan minum. Tu aje," tutur Zila tanpa mengangkat wajah.
"Zila, please. Kau cuba lagi. Kali ni kita sama-sama cari kerja." Daizy masih cuba memujuk. Tidak mahu Zila meneruskan pekerjaan itu.
"Tak, Daizy. Aku tak boleh patah balik selepas setuju dengan syarat diorang." Zila mula mendekati Daizy kemudian meraih tangan wanita itu.
"Kau jaga diri baik-baik, tau. Aku lewat balik malam ni. Mungkin sebelum subuh baru aku dapat balik. Tengoklah berapa costumer yang aku dapat." Suara Zila seolah tersekat di kerongkong. Tidak sangka bahawa dia akan terjebak dalam pekerjaan seperti ini."Zila! Please!" Kini, Daizy pula mengenggam tangan Zila. Serentak itu mereka menoleh ke arah sebuah van yang baru berhenti di hujung lorong.
"Sorry, Daizy. Aku kena pergi. Diorang dah datang nak jemput aku." Tangan Daizy dilepas perlahan kemudian menolak wanita itu sehingga berlindung disebalik tembok. Dia tidak mahu Daizy dilihat oleh mereka.
"Jangan kemana-mana. Jangan ikut sesiapa pun kalau orang tu ajak kau ikut diorang. Tunggu dekat sini sampai aku balik. Kalau ada apa-apa, kau jerit aje. Diorang yang lain mesti akan terbangun juga. Faham?" Pesan Zila. Semenjak menyetujui pekerjaan itu, dia mulai bimbang akan nasib Daizy. Berharap agar orang suruhan Lady Lala tidak mengetahui kewujudan Daizy di situ.
ENAM bulan berlalu, Zila sudah mampu menyewa bilik. Walau pun hanya sebuah bilik, itu sudah memadai untuk ditempati bersama Daizy. Seperti janjinya, kesenangan yang diperoleh hasil daripada kerja menemani dan menghibur pelanggan tidak lupa dikongsi bersama Daizy.
Daizy pula sudah mulai akur pada Zila. Dia tidak lagi mampu menasihati wanita itu. Kesenangan yang diperoleh membuatkan Zila semakin tenggelam dalam pekerjaan itu. Tiada lagi rasa bersalah dalam hatinya. Yang ada, dia mahu mencari lebih ramai pelanggan agar bayarannya dinaikkan.
Malam itu, Zila sudah bersiap seperti biasa untuk memulai kerjanya. Di hujung katil, Daizy duduk memerhati Zila yang sedang bersiap di hadapan cermin. Seperti biasa, pakaian Zila tidak ada yang sempurna. Semuanya terdedah dan menampakkan kulit tubuhnya.
"Zila, aku nak pinjam baju kau esok, boleh tak?" Soal Daizy.
"Kau nak pergi mana?" Zila berpaling memandang Daizy.
"Aku ada interview esok."
"Interview? Sejak bila kau cari kerja?"
"Minggu lepas aku ada hantar resume dekat satu syarikat ni waktu kau tengah overtime sampai pagi."
"Kerja apa?"
"Admin. Itu aje yang ada kosong."
Zila akhirnya duduk di sisi Daizy sambil tersenyum nipis.
"Untung kau, kan. Berpelajaran, ada pengalaman kerja. Nak cari kerja halal pun senang," ucap Zila, ikut gembira.
"Insha Allah. Bolehlah aku tolong kau bayar apa yang patut.
YOU ARE READING
Othello (Morbid Jealousy) COMPLETED
RomanceDaizy Baseera dan Levent Haidar adalah dua insan dari latar belakang yang berbeza. Bertemu pertama kalinya di rumah anak yatim My Hope, tempat Daizy Baseera membesar. Di usia 25 tahun, Levent sudah mulai tertarik pada Daizy yang saat itu baru berus...