Paksa

601 16 6
                                    

"JANGAN, Levent! Saya tak nak!" Daizy berundur ke belakang saat suaminya mulai naik ke atas katil. Mana mungkin dia mahu bersatu tubuh jika dalam keadaan terpaksa.

    "Kau tahu kan, berdosa bila tolak ajakan suami," kata Levent sengaja memperingati isterinya.

     "Aku tahu! Tapi... bukan macam ni caranya." Daizy semakin ketakutan.

     "Cara macam mana?" Soal Levent semakin menghampiri isterinya. Sekelip mata, kedua-dua belah kaki isterinya ditarik sehingga wanita itu terlentang di atas katil. Dengan pantas, Levent naik ke atas tubuh isterinya kemudian menekan kedua-dua belah tangan isterinya ke permukaan katil.

     "Aku ada dalam rumah, dalam bilik ni dan depan mata kau!... tapi kau masih berani nak sambut call lelaki lain?! Kau siap keluar pula dari bilik ni semata-mata nak sorokkan perbualan kau dengan dia!" Tengking Levent.

     "Apa yang aku buat selama ni sikit pun tak buat kau takut?! Kau tak ambil pengajaran langsung, Daizy!"

     "Apa lagi yang patut aku buat supaya kau dengar cakap aku?!" Tangan isterinya semakin dicengkam kuat. Kalau ikutkan hati, dia ingin menghukum isterinya. Tetapi apakan daya, rasa sayang masih melebihi rasa benci.

     Air mata Daizy sudah jatuh membasahi rambut hingga permukaan cadar katil. Dia tidak mampu melawan kata-kata suaminya. Ditambah lagi wajah bengis lelaki itu sungguh menggerunkan sekali.

     "Awak... dah tak cintakan saya... lagi?" Soal Daizy, tersekat-sekat. Dengan perasaan kecewa, dia palingkan wajah ke sisi. Disebabkan perbuatan suaminya sekarang, dia tidak lagi melihat cinta di mata lelaki itu.

Levent terpempan seketika. Baru tersedar akan dirinya yang kini sudah melebihi batas. Dia sudah menyakiti tubuh isterinya. Levent akhirnha bangun dari tubuh Daizy kemudian duduk di hujung katil. Kedua-dua tangan naik memegang kepala.

Daizy sudah menangis teresak-esak sambil menutup wajah dengan kedua-dua tangannya. Entah bila semua itu akan berakhir. Dia mahukan perkahwinan mereka seperti mula-mula dahulu, dipenuhi dengan kebahagiaan dan gelak tawa.

"Tolonglah..." tutur Levent perlahan sambil memejam mata. Antara marah dan simpati, semuanya sudah bercampur aduk.

"Saya bagi awak segalanya, Daizy. Apa lagi yang tak cukup sampaikan awak kena layan lelaki lain dekat luar sana?" Soal Levent seraya menoleh seketika melihat isterinya yang semakin tenggelam dalam tangisan.

"Segalanya, Daizy. Segalanya-galanga saya bagi untuk awak. Rumah ni tak cukup besar? Atau layanan saya selama ni tak memuaskan? Duit nafkah yang saya bagi tu tak cukup?" Levent terus mempersoalkan semua itu. Sedangkan punca masalah bukanlah datang daripada itu semua melainkan daripada sikap cemburu butanya.

Perlahan-lahan Daizy bangun dari baringnya kemudian pergi duduk di hujung katil membelakangi suaminya.

"Selagi awak tak sedar kesilapan awak... masalah ni tak akan pernah selesai," tutur Daizy seraya bangun dari katil kemudian berganjak dari situ.

     Saat dia melepasi Levent, lelaki itu bangkit dari duduk dan terus menahannya. Lengan Daizy digenggam erat.

     "Awak nak apa sebenarnya? Awak nak rosakkan rumah tangga kita? Susah sangatkah nak jujur? Susah sangat nak setia? Awak nak lelaki yang macam mana lagi?" Soal Levent bertubi-tubi.

Daizy menggeleng perlahan dengan air mata yang semakin lebat.

"Saya tak ada lelaki lain, Levent. Tolonglah percaya. Awak nak saya buat apa lagi? Awak nak saya terjun dari rumah ni? Kalau itu yang awak nak... saya akan buat..." Daizy terdiam sejenak seraya menarik nafas dalam.

Othello (Morbid Jealousy) COMPLETEDWhere stories live. Discover now