Membawa diri

1.9K 28 7
                                    

AMARAH Levent semakin menggila. Melihat Edsel yang terbaring tak melawan sedikit pun tak memuaskan hati Levent. Dia kembali menaiki tubuh Edsel kemudian melepaskan tumbukan bertubi-tubi.

     "Levent! Sudah!" Daizy terpaksa menurunkan kepala Edna ke atas lantai kemudian pergi menghalang suaminya.

     "Sudahlah! Ya Allah!" Tubuh suaminya cuba ditarik namun dia tidak berjaya. Sesekali tangan membetulkan tali gaun mandi yang semakin longgar.

     Tidak lama itu, Levent bangun dari tubuh Edsel kemudian berdiri berhadapan isterinya.

     "Kau!..." leher gaun mandi yang dipakai isterinya dicengkam kuat.

     "Kau nak buat apa dengan dia tadi?" Anak mata isterinya ditenung tajam.

     "Tak! Kami tak buat apa-apa! Dia cuma tolong saya betulkan pili. Itu aje!" Tangan suaminya cuba dilepas namun tak berjaya.

     "Betulkan pili sambil berpeluk-peluk? Kau fikir aku bodoh ke apa?!" Leher gaun mandi yang dipakai isterinya ditarik sehingga dada mereka bertemu.

     "Kau mesti sedih sebab aku muncul sebelum sempat korang beraksi, kan?" Mata Levent semakin merah. Tidak tercapai dek akal jika dia menyaksikan isterinya menggauli lelaki lain.

     "Levent! Sampai hati awak fikir macam tu!" Tubuh suaminya ditolak kasar namun sedikit pun lelaki itu tak beralih.

     "Kau nak sangat? Kau dah sangap sangat sampai tak boleh tunggu aku balik?!" Kini, tangan Levent mulai mencengkam kuat leher gaun tidur yang dipakai isterinya.

     Daizy mulai panik, dia sudah dapat membaca apa yang suaminya ingin lakukan.

     "Jangan!" Daizy pantas menepis tangan suaminya.

     "Buka! Kau nak sangat dengan dia kan?! Kau buatlah! Buat depan aku!" Serta merta, gaun mandi yang dipakai Daizy mulai terkoyak di hadapan sebaik ianya direntap kasar. Mujur Daizy sempat menahan daripada mendedahkan dadanya.

    Edsel menelan liur melihat perbuatan majikannya.

"B... bos!..." Edsel cuba bangun namun tak berdaya. Dia semakin lemah selepas ditumbuk bertubi-tubi. Sebelah matanya sudah membengkak. Mulut dan hidungnya juga mulai mengeluarkan darah.

"See, dia pun nak." Mata Levent melirik tajam ke arah Edsel.

"Buka!" Tengking Levent.

Daizy menggeleng laju. Kedua-dua tangan naik menutup bahagian dada.

"Kau buka sekarang! Kau tak payah nak berlagak!" Sekelip mata, Levent menarik kasar gaun tidur tersebut hingga terkoyak lebih lebar. Serta merta bahu dan belakang isterinya mulai terdedah. Mujur tangan Daizy masih erat menutup bahagian dadanya.

Edsel pantas palingkan wajah seraya menutup mata.

"Sudah!" Tengking Daizy. Dengan sekuat tenaga tangan dihayun menampar suaminya.

Untuk seketika, suasana bertukar hening sebaik bunyi tamparan itu bergema.

"Cukuplah! Cukup!" Bentak Daizy.

"Tak! Belum cukup!" Levent kini meluru ke arah Edsel kemudian menarik lelaki itu berdiri.

"Kau memang tak kenang budi! Aku kutip kau dari tepi jalan lepas kau kena belasah sebab mencuri, aku bagi kau makan sedap-sedap, tapi ini yang kau balas? Bini bos sendiri kau nak try?!"

Edna yang masih terduduk mulai bangun perlahan-lahan.

"Bos..." Edna cuba menghalang. Tidak sampai hati melihat rakan kerja merangkap teman baiknya disakiti.

Othello (Morbid Jealousy) COMPLETEDWhere stories live. Discover now