"Zila!" Daizy semakin kesal. Zila sedikit pun tak menujukkan penyesalan atas perbuatannya.
"Kau dah nak kawin, Zila! Kenapa sampai jadi macam ni?!" Marah Daizy.
"Sudahlah, Daizy. Hidup kau pun tak betul, jangan nak urus hidup aku!" Balas Zila, sinis.
"Aku tak urus hidup kau, Zila! Kau kawan aku! Dah tentu aku risaukan kau!"
"Kau cakap sekarang. Siapa yang buat? Biar aku pergi jumpa orang tu! Dia kena tanggungjawab!" Tegas Daizy.
Zila telan liur. Anak matanya bergerak-gerak saat ditenung tajam oleh Daizy.
"Dahlah, Daizy. Biar aku tanggung semua. Aku dah nak kawin. Jadi, masalah ni akan selesai." Kit ujian kehamilan dibuang semula ke dalam tong sampah.
"Zila! Kau tak boleh biarkan lelaki tu lepas macam tu aje!"
"Cakap! Siapa lelaki tu!" Tekan Daizy.
"Dahlah, Daizy!" Zila rimas terus-terus ditekan oleh Daizy.
"Tak! Aku tak akan berhenti sampai kau cakap siapa lelaki tu!" Daizy tetap berkeras.
"Kau nak tahu sangat siapa lelaki?" Mata Daizy ditentang tajam.
"Lelaki tu... bakal suami aku sendiri. Puas?"
Daizy terundur lemah. Sangat terpempan dengan pengakuan Zila. Suasana menjadi hening seketika di antara mereka. Daizy masih berdiri di tempatnya manakala Zila menuju ke tempat tidurnya.
"Dahlah, Daizy. Kau tak payah nak serabut. Kami dah nak kawin. Patutnya kau bersyukur yang lelaki tu nak bertanggungjawab," katanya begitu tenang sekali.
"Dua minggu lagi kami dah nak nikah. Nanti aku hantar location pada kau," sambungnya lagi seraya labuhkan punggung di atas katil.
"Mak dengan ayah kau dah tahu?" Tanya Daizy.
"Diorang tak perlu tahu. Asalkan aku kawin, itu dah cukup."
Daizy kembali senyap. Apa lagi yang mampu dia lakukan jika Zila sudah berkata begitu.
SEMINGGU kemudian, Zila sudah mulai mengemas pakaiannya. Setelah menikah nanti, dia akan tinggal bersama suaminya. Tidak perlu lagi tinggal di dalam bilik sempit itu.
Daizy turut membantu Zila mengemas barangannya. Walaupun sedih, dia tetap bersyukur kerana wanita itu bakal menjadi isteri orang. Kegembiraan di wajah Zila jelas menunjukkan wanita itu bahagia atas pilihannya.
"Lepas ni jaranglah kita berjumpa, kan. Kau dah kawin, mesti sibuk jaga suami kau," usik Daizy.
"Hm, tu lah. Aku memang jarang datang sini dah lepas ni. Atau pun mungkin tak datang langsung sebab rumah bakal suami aku jauh dari sini."
"Tak apa, Zila. Aku faham." Daizy angguk tanda mengerti akan keadaan mereka selepas ini.
"Lepas ni mesti kau sunyi, kan Daizy. Tinggal sini sendiri. Makan, tidur semuanya kena buat sendiri. Suami kau pun dah tak datang sini dah," kata Zila sambil melipat pakaiannya.
Daizy angkat wajah memandang Zila. Agak hairan dengan bicara wanita itu.
"Bila kau nak urus cerai?" Tanya Zila lagi. Tangannya semakin rancak melipat pakaian.
"Cerai?" Daizy kerut dahi. Makin tak senang dengan soalan dari Zila.
Suasana hening seketika sebelum akhirnya Zila sedar akan kata-katanya.
YOU ARE READING
Othello (Morbid Jealousy) COMPLETED
RomanceDaizy Baseera dan Levent Haidar adalah dua insan dari latar belakang yang berbeza. Bertemu pertama kalinya di rumah anak yatim My Hope, tempat Daizy Baseera membesar. Di usia 25 tahun, Levent sudah mulai tertarik pada Daizy yang saat itu baru berus...