SEBAIK cadar dan selimut ditukar kepada yang baru, Daizy pun pergi membersihkan diri. Saat ingin menukar pakaian yang dibawa oleh suaminya, Daizy terdiam sejenak.
"Dia ni memang buang tebiat ke apa? Baju macam ni jugak yang dia bawa!" Rungut Daizy saat mengangkat gaun tidur satin berwarna hitam serta kardigan yang dibawa oleh suaminya.
Dengan dengusan kecilnya, Daizy segera memakai pakaian tersebut. Levent saat itu berada di bilik Alfie dan sedang berbual bersama lelaki itu.
"Dah berapa lama rumah ni didirikan?" Soal Levent yamg sedang duduk di sofa berangkai dua yang ada di situ. Matanya memerhati ruangan bilik Alfie.
"Sebelum aku lahir lagi, rumah ni memang dah dibina oleh arwah ayah. Bonda cakap, ayah memang suka dengan anak-anak yatim," jelas Alfie yang sedang duduk di hadapan meja solek.
"So, ayah jumpa Daizy dekat mana?" Tanya Levent ingin tahu. Daizy tak pernah bercerita tentang dirinya.
"Bukan jumpa, ahli keluarga dia yang bawa masuk sini sebaik orang tua dia meninggal. Ahli keluarga dia masing-masing tak nak jaga. Mak dengan ayah dia dua-dua anak tunggal. Sedara mara yang lain pula ada keluarga sendiri," jelas Alfie.
Levent terdiam sejenak. Tidak sangka wanita yang dinikahi rupanya dibuang oleh ahli keluarga sendiri. Levent mulai teringat kembali bagaimana layanannya terhadap Daizy selama ini. Namun baginya, semua yang dia lakukan hanya untuk mempertahankan rumah tangga mereka. Dia tidak mahu isterinya terus menjalin hubungan dengan lelaki lain.
"So, selama tinggal dekat sini, Daizy pernah bercinta?" Soal Levent.
"Tak pernah. Kalau suka tu aku tak tahulah. Sebab dia memang tak pernah cerita. Tapi kalau bercinta, aku boleh jamin yang dia memang tak pernah bercinta," jelas Alfie begitu yakin.
"Kalau yang suka dia tu memang ramailah. Ada yang siap datang rumah jumpa aku dengan bonda," kata Alfie lalu tertawa kecil.
"Tapi aku memang tak bagi restu. Daizy masa tu muda lagi. Masih belajar. Aku nak pastikan yang dia kejar cita-cita dia." Alfie mulai mengelamun jauh.
"Bukan sebab kau pun suka dia?" Soal Levent tiba-tiba lantas menghentikan lamunan lelaki itu.
Alfie tertawa kecil seraya tegakkan duduk.
"Kalau aku jujur, risau pula kau cemburu nanti," gurau Alfie.
Levent masih mampu mengekalkan senyuman di bibir walaupun hatinya sudah mulai membara.
"Sayang tu memang ada. Tapi semua tu sebelum korang kawin. Sekarang ni aku kena anggap dia macam adik jelah," jelas Alfie selamba.
"Kena? So, maksudnya kau masih ada perasaan dekat dia?" Levent sengaja menduga.
Alfie senyap seketika. Sengaja menjeda perbualan mereka.
"Kau kena faham yang kami membesar dalam rumah yang sama. Suka duka, gelak tawa semuanya kami kongsi bersama. Rasa cinta tu memang ada, tapi dah tak boleh tandingi rasa sayang sebagai adik," luah Alfie sejujurnya.
"Kau bertuah, Levent. Kau cinta pertama dia. Dan Daizy pun bertuah sebab dapat hidup bahagia dengan cinta pertama dia."
YOU ARE READING
Othello (Morbid Jealousy) COMPLETED
RomanceDaizy Baseera dan Levent Haidar adalah dua insan dari latar belakang yang berbeza. Bertemu pertama kalinya di rumah anak yatim My Hope, tempat Daizy Baseera membesar. Di usia 25 tahun, Levent sudah mulai tertarik pada Daizy yang saat itu baru berus...