DAIZY menggeliat kecil sebelum membuka mata perlahan-lahan. Cahaya samar lampu tidur yang terdapat di tepi katil sedikit mengganggu tidurnya. Entah kenapa tubuhnya terasa begitu lemah. Kepala juga terasa berat sekali.
Saat ingin bangun, baru Daizy sedari bajunya sudah ditukar ke gaun tidur. Tidak lain, pasti suaminya yang menukarkan baju untuknya. Spontan, teringat kembali pertengkaran mereka sebelum dia tidak sedarkan diri.
Dengan cermat, Daizy duduk lalu bersandar pada kepala katil. Selimut ditarik hingga menutupi tubuhnya. Terasa sejuk sekali bilik itu ditambah lagi dengan pendingim hawa yang dipasang.
Beberapa saat kemudian, pintu bilik terbuka. Levent menapak masuk sambil menatang dulang berisi sepinggan bubur ayam serta segelas air putih.
"Sayang dah bangun?" Soal Levent begitu lembut. Dulang yang dibawa diletak di atas meja kemudian pergi yduduk di sebelah isterinya.
Daizy masih senyap. Kejadian sebelum pengsan tadi masih segar diingatannya.
"Awak demam. Mesti gara-gara berhujan tadi," kata Levent lagi.
Daizy mengeluh pendek seraya menjeling suaminya. Gara-gara lelaki itulah dia ditimpa sakit begini.
"Makan bubur dulu. Lepas ni makan ubat." Mangkuk berisi bubur diangkat kemudian dibawa mendekati isterinya. Bubur tersebut mulai dikaut dengan sudu kemudian ditiup seketika sebelum dibawa mendekati bibir isterinya.
Tanpa membantah, Daizy membuka mulut. Menghidu aroma bubur ayam tersebut membuatkan laparnya mulai terasa. Tidak sampai beberapa minit, bubur tersebut habis dimakan. Setelah itu barulah Daizy menelan ubat yang dibawa sekali oleh suaminya.
"Feeling better?" Soal Levent begitu tenang bagaikan tiada apa yang berlaku sebelum ini.
"What do you expect?" Soal Daizy mendatar. Demam yang melanda tidak sebanding dengan sakit hatinya.
"It's your fault, too," balas Levent, tenang. Dalam keadaan begini pun dia masih tidak mahu mengakui kesalahannya.
Daizy tergelak kecil sebelum menggigit bibir bawahnya. Cuba menahan sebak dan amarah yang mulai menyerang dada.
"Seriously, Levent? Susah sangat ke nak mengaku yang awak silap? Tuduhan tak berasas awak selama ni semuanya tak betul!" Daizy mulai beremosi.
"No. Saya cuma tak jumpa lagi bukti yang awak sembunyikan selama ini," balas Levent tanpa sedikit pun rasa bersalah.
"Enough. Saya nak tidur." Daizy menarik semula selimut sambil baringkan tubuh.
"Good night," ucap Levent. Dia turut merapikan selimut isterinya. Setelah menghadiahkan ciuman di dahi isterinya barulah Levent keluar dari situ. Daizy pula kembali terlelap. Demam yang melanda membuatkan dirinya cepat mengantuk.
SAAT ingin palingkan tubuh, Daizy terhenti seketika. Perutnya terasa senak akibat ditindih oleh tangan suaminya. Kaki juga tidak dapat digerakkan kerana sudah menjadi bantal peluk lelaki itu.
Walaupun mereka berdua masih bertengkar, Levent tak pernah mengabaikan dirinya. Pelukan dan belaian tidak pernah dilupakan oleh lelaki itu. Daizy semakin buntu dan bingung. Dia ingin marah dan menghambur rasa sakit hatinya. Namun perbuatan Levent selalu berjaya membuatkan hasratnya terkubur.
Perlahan-lahan, Daizy menolak tangan Levent yang melingkar di atas perutnya. Setelah itu, dia bangun untuk mengalihkan kaki suaminya. Tidurnya benar-benar tidak selesai kerana terhimpit.
Baru hendak bangun dari katil, tangan suaminya sudah melingkar kembali di perutnya kemudian menarik dirinya hingga terbaring semula. Kaki pula kembali menindih kaki Daizy layaknya seperti bantal guling.
YOU ARE READING
Othello (Morbid Jealousy) COMPLETED
RomanceDaizy Baseera dan Levent Haidar adalah dua insan dari latar belakang yang berbeza. Bertemu pertama kalinya di rumah anak yatim My Hope, tempat Daizy Baseera membesar. Di usia 25 tahun, Levent sudah mulai tertarik pada Daizy yang saat itu baru berus...