WAJAH tenang menantunya ditatap penuh simpati. Tak sangka begitu kuat sekali wanita itu menahan diri dari tak meratapi perlakuan suaminya. Masih mampu berdiri tegak dan tersenyum di hadapan bapa mentuanya.
"Betul Daizy tak nak ikut daddy balik?" Tanya Dato Ahmed lagi.
Daizy angguk dengan senyuman nipis di bibir yang merekah.
"Bukan tak nak, tapi saya masih kerja lagi, " jelasnya pada Dato Ahmed.
"Daddy boleh minta tolong Muzammil."
Daizy geleng perlahan.
"Tak apa, daddy. Biarkan dia cuti dulu. Kesian dia nak honeymoon, nak kena fikir pasal saya pulak."
Dato Ahmed mengeluh pendek. Saat-saat seperti ini pun menantunya masih memikirkan orang lain.
"Daizy tak rindu bonda? Alfie dengan adik-adik yang lain, Daizy tak nak jumpa?" Dato Ahmed sengaja memancing perihal keluarganya, berharap agar Daizy berubah fikiran dan mahu mengikutinya.
"Insha Allah hujung bulan ni saya pergi jumpa diorang. Saya rindu jugak. Dah lama sangat tak jumpa," katanya masih cuba berlagak tenang. Pada hakikat, rindunya semakin membuak-buak untuk menemui mereka.
Dato Ahmed sudah kehabisan kata. Daizy masih tetap dengan keputusannya untuk tinggal di situ.
"Yalah, kalau Daizy dah cakap macam tu. Daddy pun tak boleh nak paksa," katanya kedengaran pasrah.
"Cuma daddy nak pesan, jangan jumpa Levent seorang diri. Kalau nak jumpa juga, bawa daddy sekali. Daddy tak nak dia sakitkan kamu lagi."
"Insha Allah."
Setelah bersalaman, barulah Dato Ahmed beredar dengan perasaan bersalah yang menggunung di dada.
Sepanjang perjalanan pulang, amarah semakin meluap-luap. Tidak sabar sekali mahu menemui anaknya dan menuntut penjelasan. Atau mungkin tangan dan kakinya lebih dulu menyapa anggota tubuh anaknya. Tidak pernah semarah ini pada anaknya. Perihal Zahara dulu pun dia masih boleh menahan emosi.
Spontan, teringat kembali sewaktu foto-foto jelik anaknya bersama wanita itu sampai pada pengetahuannya. Sunggah tak disangka anak berusia 17 tahun sudah berani seranjang dengan wanita. Entah dari mana anaknya mendapat pendedahan seperti itu.
"Kecil-kecil dah pandai buat hal tak senonoh! Apa nak jadi pada kamu ni, Levent?! Susah payah ayah besarkan kamu seorang diri! Ini yang kamu balas?! Tak kesiankan mommy dekat kubur tu?! Apa perasaan dia bila tahu pengorbanan dia melahirkan kamu dibalas tuba macam ni?!"
Dengan tangan yang bergetar. Dato Ahmed menghubungi anaknya. Dia mahu lelaki itu datang menemui di rumah pagi esok.
Sepertinya di arahkan, keesokan paginya Levent sudah bersedia untuk bergerak ke rumah Dato Ahmed. Saat itu, Zila masih tertidur pulas di tempat tidur. Teringat kembali pertengkaran mereka semalam kerana dirinya belum bersedia untuk bersatu tubuh. Rasa bersalah dan resah terus menghantui dirinya.
Tanpa pamit, Levent keluar dari bilik. Harus segera menemui Dato Ahmed sebelum masuk ke pejabat.
Setibanya di situ, orang tuanya sudah menunggu di ruang tamu. Wajahnya tegang tanpa secalit senyuman. Biasanya, kedatangannya pasti disambut dengan mesra.
Dato Ahmed segera berdiri sebaik melihat anaknya menapak ke ruang tamu. Tak tunggu lama, dia ikut berjalan ke arah anaknya.
PAK!
YOU ARE READING
Othello (Morbid Jealousy) COMPLETED
RomanceDaizy Baseera dan Levent Haidar adalah dua insan dari latar belakang yang berbeza. Bertemu pertama kalinya di rumah anak yatim My Hope, tempat Daizy Baseera membesar. Di usia 25 tahun, Levent sudah mulai tertarik pada Daizy yang saat itu baru berus...