Kebetulan?

299 19 1
                                    

"ARGH!"

     Suara teriakan yang datang dari ruangannya menyentak Muzammil yang sedang menikmati kopi di pantri. Dia segera menuju ke ruangannya bersama gelas berisi kopi ditangan. Baru tiba di hadapan pintu, ianya tiba-tiba terbuka.

     BUK!

    Tubuhnya terundur selangkah sebaik dilanggar oleh Daizy yang tiba-tiba meluru keluar. Akibatnya, gelas berisi kopi yang dipegang itu tumpah membasahi baju mereka berdua.

     "Ya Allah!" Ucap Muzammil akibat terperanjat.

     "Tu.... Tuan?!" Wajah Daizy pucat ketakutan.

     "Kenapa ni?! Berlari macam dikejar hantu?!" Tanya Muzammil begitu kesal.

     "Tengok ni, kan dah tumpah." Kedengaran keluhan panjang terzahir dari mulutnya.

     "Saya... saya takut. Saya ingatkan tuan tinggalkan saya sendiri dalam office," tutur Daizy ketakutan.

      "Ya Allah budak ni. Takkanlah saya nak tinggalkan awak sendiri?" Muzammil geleng kepala sambil mengeluh panjang.

     "Manalah saya tahu! Tuan biar saya tidur sampai ke malam dah kenapa? Patutnya tuan kejutkan saya!" Kini giliran Daizy pula marah. Tangannya menepis-nepis baju bahagian hadapan yang sudah basah kerana tumpahan kopi.

    "Awak tidur nyenyak sangat. Saya tak sampai hati nak kejutkan," kata Muzammil. Tali leher dilonggarkan sebelum dibuka. Dua butang hadapan kemeja juga mulai dibuka.

     "Hah, sekarang ni macam mana? Nak balik dengan baju basah macam ni?" Muzammil cekak pinggang bersama gelas serta tali pinggang di kiri dan kanannya.

    "Tak apalah, memang nak balik rumah juga, kan," balas Daizy.

     "Sorry," ucapnya. Rasa bersalah kerana telah mengotori baju kemeja yang dipakai Muzammil.

     "Awak tunggu sini kejap, saya pergi ambil baju dekat bawah untuk awak," kata Muzammil. Saat berpaling, Daizy menahannya.

     "Eh, tak payahlah, tuan. Alang-alang dah nak balik. Biarlah macam ni," tolak Daizy.

     "Duduk diam-diam. Saya pergi ambil baju," tekan Muzammil. Tanpa senyuman, dia beredar dari situ.

     Sementara menunggu Muzammil. Daizy membersihkan tumpahan kopi yang terdapat dibajunya. Sayang pula jika dibiarkan. Pasti meninggalkan kesan. Beberapa minit kemudian, Muzammil tiba bersama baju kemeja berwarna putih miliknya. Lelaki itu pula sudah siap menukar pakaiannya sebentar tadi.

Daizy pun segera menukar pakaiannya di dalam bilik air. Hanya skirt hitam yang masih dipakai memandangkan kesan kopi tidak terlihat. Sebaik keluar dari bilik air, Muzammil sedang menunggu di situ. Sebaik terlihat dirinya, lelaki itu kelihatan sedang menahan tawa. Tubuh Daizy diperhati dari atas hingga ke bawah.

    Daizy sedar, Muzammil sedang menertawakan dirinya. Baju yang dipakai terlalu besar sehingga melepasi punggungnya. Lengan baju itu pula sudah melepasi jari jemarinya menyebabkan tangannya tertutup sepenuhnya.

     "Itulah, waktu kecil tak nak makan banyak-banyak. Dah besar, tak cukup besar pulak. Nasiblah tak terbantut," usik Muzammil.

    Daizy sudah menayang wajah kesal. Tak puas hati kerana lelaki itu sudah menghina fizikalnya. Ianya dianggap body shaming.

     "Saya tak kecik! Tuan yang besar! Makan anak gajah ke apa waktu kecik?!" Perli Daizy.

Dengan jelingan tajam, dia melepasi Muzammil dan terus menuju ke meja kerja untuk mengambil beg tangannya. Setelah itu, mereka bersama-sama keluar dari pejabat.

Othello (Morbid Jealousy) COMPLETEDWhere stories live. Discover now