"Anna, jom keluar nak? Kita bukan selalu dapat cuti hari sama. Jom la weh. " Ucap Amila.
"Nak pergi mana? Penat la, aku nak tido.. "Balas Jannah sambil merebahkan diri diatas katil miliknya.
"Kau ni asyik malas je , jom la keluar. Mana tahu jumpa jodoh, kita dah 25 tahun tau. "Balas gadis Sarawak itu.
Dr. Amila Arisya, beragama kristen, 25 tahun, anak kelahiran Kuching, Sarawak. Amila dan Jannah berkenalan semasa mereka bersama - sama berlajar di medical school di USM.
"Gatal eh kau amboi biasa dia ni ! Cubit kang. " Balas Jannah sambil tertawa halus.
"Jom la Anna, aku bosan sebenarnya. "Ucap Amila, jujur.
"Kau tak penat ke Amila? Aku penat la, semalam aku shif malam aku baru balik tau pukul 5 pagi tadi. Bagi la aku rest sekejap ye.. "Ucap Jannah sambil menutup mukanya dengan bantal.
"Aku dah bagi kau rehat kan? Kau balik pukul 5 sekarang dah pukul 12 kira okay la tu, Bangun lah Nurjannah Auliya !! "Paksa Amila, sambil menepuk-nepuk badan milik Jannah.
"Iya aku bangun! Ha puas hati tak ? " Balas Jannah, serta merta bangun dari katil dan melangkah ke bilik air mereka untuk mandi.
"Apa nak jadi lah anak dara pukul 12 tengah hari baru bangun , baru nak mandi ish ish. "Omel Amila Arisya sendirian sambil tangannya bergerak mengemas katil Jannah yang berserabut.
••••
Amanjaya Mall
Sungai Petani, Kedah"Aku dah bosan tau tak asyik pusing cmart ni je, aku dah hafal setiap kedai dekat sini. " Ucap Jannah tidak puas hati kerana tidak dapat menyambung tidur nya.
"Habis tu kau nak pergi mana ? Nak pergi Alor Setar tapi kita ni dalam mode stanby , buat nya tiba-tiba kena oncall emergency ke apa masak kita nak patah balik sini. Sebab tu aku ajak kau datang sini aje. "Balas Amila sambil matanya masih tertumpu pada kedai yang menjual tudung dan jubah.
"Amboi mata tu, nak pergi usya-usya ke ? " Ucap Jannah yang memerhati gerak geri Amila sejak awal.
"Boleh ke aku nak tengok-tengok baju kat sana? Cantik la aku tengok kau pakai tudung, aku rasa nak cuba. " Balas Amila.
Sudah lama Amila menyatakan yang dia berminat mahu mengenali agama islam dengan lebih mendalam tetapi masanya masih belum tiba, insyaAllah pada masa yang tepat moga-moga Allah lembutkan hatinya untuk masuk islam dengan sendiri dan ikhlas dari hatinya.
"Nak tengok-tengok aje kan? Jom la aku teman. " Balas Jannah, sudah faham sangat dengan niat Amila kerana itu dia menurut saja dengan kemahuan gadis itu.
"Okay jom !! " Balas gadis itu mesra.
Jannah melihat dibahagian tudung, manakala Amila sedang melihat-lihat dibahagian jubah.
"Cantik nya tudung ni, warna biru cantik tapi warna putih pun cantik hm.. Tapi dah banyak warna putih kat rumah ke nak ambil je dua-dua ? Aish pening la. "Omel Jannah sendirian sambil kedua tangannya memegang hanger tudung yang berlainan warna dan corak.
"Warna biru cantik, sesuai dengan skin tone doktor. " Ucap seorang lelaki yang entah datang dari mana pun tidak tahu.
"Oh mak ang! " Ucap Jannah secara spontan, teguran secara mengejut membuatkan dirinya melatah.
"Amboi muda-muda dah melatah ye doktor Auliya.. "Ucap lelaki itu lagi..
"Sorry, siapa awak ya? Sorry saya cepat lupa orang. "Balas Jannah, apabila dia melihat wajah lelaki itu.
"Saya Ivan, saya dah pesan suruh doktor ingat nama saya sebelum ni kan? Sampai hati lupakan saya. " Ucap lelaki itu sambil memuncung kan bibir tanda protes.
"Ivan ? Sorry tak kenal. " Balas Jannah dan terus beredar menuju ke kaunter untuk membayar tudungnya. Akhirnya dia memilih kedua-dua tudung itu.
"Jual mahal, I like I like." Ucap lelaki bernama Ivan itu sambil tertawa halus.
"Anna, bayar kan aku punya sekali aku tak ada cash. "Ucap Amila sambil meletakkan dua helai baju abaya yang dipilih nya..
"Okay, nak apa-apa lagi tak? "Tanya Jannah ringkas.
"Nope, ini je. "Jawab Amila sambil menggeleng kan kepala nya.
Jannah hanya mengangguk kan kepala tanda faham dengan kenyataannya.
Selesai mereka membayar pakaian yang dibeli, Jannah dan Amila bergerak ke medan selera untuk mengisi perut.
"Aku oder makanan , kau tunggu sini nanti tak ada tempat pula sebab ramai orang ni. "Ucap Amila sambil kepalanya berlegar melihat keadaan sekeliling.
"Okay aku tunggu sini, aku nak clypot macam biasa. "Balas Jannah sambil menghulurkan beberapa keping duit cash kepada Amila.
"Okay aku pergi oder kejap, air aku oder macam biasa je la ye? "Ucapnya.
Jannah hanya mengangguk tanda setuju.
Ramai benar orang di medan selera itu, penuh orang di kerusi dan meja.Hari ini hari sabtu, memang ramai la, Cmart ni hari biasa pun ramai orang.
Setelah beberapa minit menunggu akhirnya makanan dan minuman mereka tiba.
Sedang elok mereka menikmati makanan dan minuman, tiba-tiba dua orang lelaki datang menyapa.
"Assalamualaikum, boleh kami tumpang duduk disini ? "Tanya salah seorang dari mereka.
"Walaikumsalam, aaa.."Belum sempat Jannah memberikan jawapan percakapan nya sudah dipotong Amila.
"Boleh, duduk la. Sila duduk. "Balas Amila sambil matanya sudah bersinar-sinar melihat mereka berdua.
Jannah hanya memberikan pandangan maut kepada Amila tetapi Amila hanya membalas dengan senyuman manis.
"Terima kasih. " Ucapnya ringkas.
Apabila Jannah mengangkat wajahnya untuk melihat empunya suara, dia terkejut dan terdiam seketika.
"Hai doktor Auliya. " Ucap lelaki itu. Ya lelaki yang bernama Ivan tadi dengan seorang kawannya.
"Saya kenalkan diri saya sekali lagi, saya Ivan dan ni Danny. "Tambah nya lagi.
"Oh haii, saya Amila dan kawan saya ni Anna. Eh tapi macam mana awak tahu nama dia Auliya ?" Tanya Amila mesra sambil matanya sudah melirik kearah Danny yang menundukkan pandangan memandang meja.
"Saya terjumpa dengan dia dekat hospital , tapi malangnya dia tak ingat saya. " Balas Ivan sambil menunjukkan riak sedih kerana Jannah tidak mengenali dirinya.
"Maaf, saya cepat lupa orang. "Ucap Jannah ringkas.
"Eh tak apa, saya suka kenal kan diri saya banyak-banyak kali supaya orang tak lupa lagi lepasni. Doktor Auliya dah kawin ke ?" Tanya Ivan jujur, nampak benar caranya mahu mengenali Jannah dengan lebih rapat.
"Qhal.. "Tegur Danny disebelahnya.
"Okay, saya keterlaluan. Saya minta maaf. "Ucapnya serta merta.
"Eh tak apa, Anna okay je kan? Aaa korang umur berapa ?" Tanya Amila mesra.
"Kami berdua 27 tahun, cik berdua pula?" Tanya Ivan.
"Oh kitorang baru 25 tahun. "Balas Amila.
"Ohh muda lagi, tapi kerjayanya hebat." Puji Danny.
"Tak ada la, kerjaya kami biasa ja. Korang pula apa kerjayanya ?" Tanya Amila, benar-benar sesi cari jodoh ni.
"Kami ten... "Ucapan Ivan terhenti apabila telefon miliknya berdering menandakan masuk panggilan.
"Maaf , saya jawab call sekejap." Ucapnya sopan. Ivan bangun dari kerusi dan mengambil sedikit jarak untuk menjawab panggilan itu.
Setelah beberapa saat panggilan tamat, Ivan memberikan isyarat pada Danny sebelum mereka bergegas meminta diri untuk pulang. Ada hal yang tak dapat dielakkan katanya.
Walaupun begitu, masih sempat Ivan meninggalkan nombor telefonnya pada kertas dan diberikan pada Jannah sebelum beredar.
YOU ARE READING
Takdir Kita ( OG )
Любовные романыAntara ego atau cinta ? Nurjannah Auliya, seorang gadis yang lahir dari keluarga broken home, dibesarkan dengan luka mendalam akibat kematian ayahnya yang meninggal dunia dalam tugas sebagai tentera. Trauma itu membuatnya membenci tentera dan segala...