WALAUPUN tipis, tetapi gadis itu masih meletakkan harapan yang tinggi untuk ibunya kembali sembuh seperti sedia kala.
Keputusan rawatan yang dilakukan keatas ibundanya mengatakan , ada beberapa saluran jantung yang tersumbat yang menyebabkan berlakunya serangan jantung pada hari kejadian.
Jujur, dia merasa gagal sebagai seorang anak kerana tidak tahu keadaan ibunya sendiri di rumah. Terlampau sibuk menguruskan hal sendiri , menguruskan hal pesakit di hospital sehingga dia lalai dan melupakan ibundanya yang sentiasa menunggu kepulangan dirinya.
"Ibu.. Kakak rindu ibu, bila ibu nak sedar? Ibu tak rindu kakak ke, ibu.. "Ucap gadis itu sambil menahan air matanya dari jatuh.
Puan Ratna ditempatkan di ICU kerana dipercayai koma akibat serangan jantung. Segala wayar alat penafasan masih setia di pasang pada badan wanita itu.
Dokter telah melakukan test pada ibu Jannah. Apabila mesin penafasan di perlahankan , maka detak jantung wanita itu akan turut menghilang sedikit demi sedikit. Hal ini diperkatakan bahawa puan Ratna harus bergantung pada mesin perfasan untuk terus hidup.
Sukar bagi Jannah untuk menerima kenyataan ini, dasyat ujian Allah padanya kalini. Allah menguji imannya menggunakan manusia yang paling dia hargai di dunia, jujur dia tak kuat untuk mengharungi segalanya sendirian.
Sekali sekala, puan Adibah dan Ivan akan datang melawat puan Ratna dan memberi sokongan serta nasihat kepada Jannah agar kekal cekal menghadapi segala ujian.
Ivan seperti biasa, masih setia mengusik Jannah. Ada saja akalnya mahu mengusik gadis itu, tetapi secara tidak lansung dengan usikkan lelaki itulah Jannah masih mampu senyum sehingga kesaat ini.
"Kakak pergi dulu ya, kakak nak sambung kerja nanti kakak habis shif kakak datang sini ya.. Kakak sayang ibu. "Ucap gadis itu lalu mencium lembut umbun-umbun ibundanya.
Walaupun berat dia tetap harus menjalani ujian ini dengan cekal. Sesungguhnya hanya pada Allah dia berserah, dia percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah nya. Sesungguhnya syurga Allah itu mahal harganya.
Dengan berat hati, dia meninggalkan ruangan ICU dan berlalu pergi ke ruangan kecemasan untuk menyambung tugasnya.
•••
"Jannah, saya nak cakap sikit dengan awak pasal ibu awak. "Ucap dokter Ikhmal secara tegas.
Jannah hanya mengangguk dan mengikuti langkah lelaki itu tanpa bersuara.
Setibanya di bilik peribadi dokter Ikhmal, lelaki itu menyerahkan satu file kepadanya.
Tanpa bersuara, Jannah melihat isi file tersebut. Sedang tekun membaca isinya, Jannah terkedu dan kehilangan akal fikiran.
"Saya tahu ini bukanlah keputusan yang mudah untuk awak lakukan tapi ini adalah jalan penyelesaian yang boleh kita lakukan. Ini semua adalah pendapat dari pakar-pakar cardiologi tentang keadaan ibu awak sekarang. "Ucap dokter Ikhmal, sebersalah.
"Kita tak boleh lakukan pembedahan meskipun kita mahu lakukannya, keadaan jantung ibu awak lemah jadi kita takut kalau kita lakukan pembedahan ianya akan menyebabkan tekanan pada jantung ibu awak dan akan menyebabkan berlakunya serangan jantung kali kedua. Tiada cara yang dapat kita lakukan selain hanya berharap pada keajaiban ilahi. "Ucap lelaki itu lagi, dia tahu sukar untuk Jannah menerima kenyataan ini tetapi dia harus memaksa gadis itu menerima realiti kehidupan.
"Lakukan pembedahan dan tutup alat penafasan ibu saya adalah hal yang sama, kedua-duanya akan menyebabkan kematian. Kenapa kejam sangat keputusan ni? "Ujar Jannah dengan nada suara yang mula meninggi.
"Saya faham awak tertekan sekarang, tapi ini adalah realiti yang awak tak mampu untuk ubah. Keadaan jantung ibu awak yang tak benarkan kita untuk lakukan sebarang rawatan lanjut. Saya tahu awak lebih faham keadaan ini memandangkan awak juga berlajar pekara yang sama. "Balas dokter Ikhmal, walaupun berat tetapi dia terpaksa menyatakan hal ini kepada Jannah.
"Saya belajar untuk jadi dokter dan ambil bidang ini sebab ibu saya! Apa gunanya kalau saya terus berkhidmat tetapi saya tak mampu nak selamatkan ibu saya sendiri dokter? "Ujar Jannah, nada suaranya naik meninggi.
"Saya percaya ibu saya masih mampu untuk sembuh seperti sedia kala, saya tak akan tutup alat pernafasan dia! Saya mohon pada dokter, tolong saya selamatkan ibu saya.. Saya merayu sebagai seorang anak, bukan sebagai seorang petugas kesihatan. Tolong la dokter, saya merayu.. "Rayu gadis itu sambil melutut dikaki dokter Ikhmal.
Jujur, dia hilang kawalan.
Dokter Ikhmal tak mampu membalas, dia juga turut melutut pada Jannah.
"Saya juga merayu pada awak Jannah, saya merayu agar awak kekal tabah kan kuat hadapi ujian ini. Saya berat hati nak sampaikan hal ini pada awak pada awalnya, tetapi biarla awak tahu hal ini dari saya. Sekurang-kurangnya saya boleh pujuk awak, Jannah. Saya minta maaf, saya tak dapat lakukan apa-apa untuk selamatkan ibu awak. "Ucap dokter Ikhmal, jujur.
"Adakah dokter nak cakap yang mak saya dah tiada harapan untuk hidup? "Ujar Jannah dingin, sambil air matanya masih mengalir laju di pipi.
"Saya minta maaf.. "Ucap dokter Ikhmal sambil menundukkan pandangannya ke lantai.
Jujur , dia juga tak sampai hati melihat keadaan Jannah sebegitu. Dia menganggap Jannah seperti adiknya sendiri sejak pertama kali Jannah mula berkhidmat dengan jabatan Cardiologi.
Tanpa balasan , Jannah menguatkan diri untuk kembali berdiri.
Jannah berjalan dalam keadaan longlai keluar dari bilik lelaki itu sambil air matanya masih setia mengalir.
Dokter Ikhmal masih setia melutut walaupun sudah ditinggalkan seorang diri disitu, dia juga sebak melihat 'adik perempuan" nya hacur.
Jannah berjalan kearah ruangan kecemasan tetapi dia takmampu tiba disitu, kaki nya tidak kuat dan dirinya jatuh terhempas di muka bumi.
Laluan yang menuju kearah ruangan kecemasan yang dipenuhi orang tidak lagi dia pedulikan.
Jannah memeluk tubuhnya sambil menangis, meraung sekuat hati. Jujur dia tak mampu menghadapi semua ini.
Padangan orang ramai masih tertumpu padanya, mereka tidak berani menegur malah hanya melihat gadis itu meraung seorang diri.
Tanpa bersuara, ada sepasang tangan yang mengelus kepalanya tanpa segan, tangan satu lagi turut menepuk perlahan bahagian belakang badannya yang berlapikkan baju scrub yang dipakainya.
Pekara itu membuatkan tangisan gadis itu makin kuat. Lagi dipujuk, lagi kuat tangisan gadis itu.
Setelah beberapa saat gadis itu menangis, akhirnya dia mengangkat kepala untuk melihat empunya badan yang memujuk. Terkejut, tetapi dia bersyukur Allah menghadirkan orang yang tepat buatnya untuk saat ini.
"Ivan... Saya tak kuat. "Ucapnya sayu sambil air matanya masih laju mengalir.
"Nangis lah lagi, tak apa saya ada. Saya tahu awak akan kuat lepas awak menangis. "Balas lelaki itu sambil tersenyum manis kearahnya.
Senyuman itu telah membuatkan tangisan Jannah semakin tenang.
"Saya ada dengan awak. "Ujar Ivan penuh makna.
Walaupun ringkas tetapi bagi Jannah, ianya cukup untuk dia meletakkan didalam fikiranya dia tidak keseorangan.
Allah hantar Ivan untuk dia kuatkan dirinya. Syukur terhadap ilahi.
"Saya harap awak adalah jawaban dari segala doa yang saya panjatkan, Qhalish Ivan. "Detik hati Jannah sambil memandang lelaki itu penuh rasa.

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Kita ( OG )
RomanceAntara ego atau cinta ? Nurjannah Auliya, seorang gadis yang lahir dari keluarga broken home, dibesarkan dengan luka mendalam akibat kematian ayahnya yang meninggal dunia dalam tugas sebagai tentera. Trauma itu membuatnya membenci tentera dan segala...