SEGAR rasanya dapat menghirup udara luar, angin meniup lembut tudung selendang mereka dengan pemandang laut tenang bertemankan langit yang cerah mengisi hari cuti mereka.
"Thank you Anna bawak aku bercuti dekat laut, dapat la aku merasa naik cruise. "Ucap Amila riang sambil mengambil foto pemandangan sekitar.
"Rugi la kalau simpan duit tapi tak guna. Apa salahnya bawak anak pungut macam kau bercuti kan? Aku dapat pahala baik dengan anak istimewa. "Balas Jannah selamba sambil tertawa kecil.
"Kau jangan sampai aku lempar kau masuk laut ni, baru menyesal hidup kau kang. Aku ni pun kira baik la sebab aku sudi bahagiakan anak yatim piatu macam kau. "Balas Amila selaras dia tertawa.
Jannah disisi nya juga turut tertawa besar, senjata makan tuan rupanya. Dia yang mula tetapi dia pula yang dibahan nya.
"Aku mengadu dekat Allah, kau jahat. Doa anak yatim piatu ni makbul tau, kau jangan buat main. "Ugut Jannah sambil tertawa, bergurau.
"Amboi kau guna cable besar, mentang-mentang parents kau dah tunggu depan pintu syurga bukan main laju kau nak mengadu ye. "Balas nya sambil membuat muka menyampah. Sikit-sikit mengadu, lemah la minah sorang ni.
"Jom la turun nak? Kita tengok apa-apa yang menarik dekat bawah pula. "Cadang Jannah sambil melihat kearah tingkat bawah. Ramai benar manusia disana.
Kapal persiaran ini besar , kira-kira boleh memuatkan seramai 300 orang dan keatas tak termasuk pekerja-pekerja mereka lagi. Penuh dengan manusia di atas kapal ini, walaupun harganya sedikit mahal tetapi berbaloi dengan layanan yang mereka berikan. Nak cuba sekali seumur hidup boleh la, kalau nak setiap bulan mahu miskin mereka.
Akhirnya setelah bersiap, mereka turun kebawah untuk melihat sekitar kapal. Punya seronok bermain permainan disitu, sehingga tak sedar hari semakin gelap. mereka memilih untuk naik ke bilik semula dan solat magrib terlebih dahulu.
••••
"Anna , kau tengok tu. "Ucap Amila sebaik sahaja mereka tiba di restoran kapal persiaran itu.
Amila menunjukkan kepada sekumpulan pegawai tentera yang sedang berkumpul dihadapan pentas utama kapal persiaran itu. Ada yang baju hijau, ada baju biru dan baju putih. Masing-masing nampak gah didalam suit yang dipakai, nampak seperti mereka semua pegawai tinggi dalam angkatan tentera.
Muka Nurjannah Auliya kembali mencuka seperti sedia kala. Amila yang sudah terbiasa dengan caranya yang sebegitu hanya mengendahkan reaksi gadis itu. Jannah tidak bersuara malah dia terus berjalan ke arah tempat makanan untuk mengambil beberapa makanan untuk dimakan.
"Kau tengok tu Anna, hensem do. Kalau dia pakai baju biasa hensem sikit, tapi bila pakai baju macam tu jadi hensem gila. "Ujar Amila sambil memerhati para pegawai tentera itu sambil tersenyum-senyum sendiri.
"Diam la, aku nak makan. Kau kalau nak menggatal pergi sorang-sorang jangan ajak aku. "Balas Jannah dingin sambil tangannya masih setia menyuap makanan kedalam mulutnya tanpa henti.
"Alaa kita dah last day kut dekat sini, bagi la aku peluang nak cuci mata. "Ujar Amila sambil pandangan nya masih tidak lepas dari para pegawai tentera itu.
Jannah hanya mengangguk tanpa bersuara, biarla kalau dah Amila suka apa yang boleh nak dibuat. Dia tiada hak ingin menghalang minat orang lain. Padangan Jannah masih setia di pinggan makanan nya, manisan yang rasanya sangat enak dan rupanya yang unik sangat menarik perhatiannya.
"Maaf kan kami, tapi boleh tak kalau kami nak minta gambar cik berdua? Ini untuk marketing restoran, maaf kalau mengganggu. "Ucap seorang perempuan kepada mereka dengan berpakaian lengkap seperti pelayan di hotel.
"Oh nak kami jadi duta ke? "Ujar Amila riang sambil tertawa malu.
"Iya , itupun kalau cik berdua sudi. "Balasnya penuh hormat.
"Boleh-boleh. "Ucap Amila mesra, Jannah juga turut mengangguk tanda setuju dengan pemintaan gadis itu.
"Baik, tengok sini ya"
"Satu..Dua..Tiga... Senyum." Ucapnya mesra sambil tersenyum manis kearah mereka.Gadis itu datang mendekat untuk menunjukkan gambar yang diambilnya tadi kepada mereka.
"Cantiknya!! "Ucap Amila teruja, mudah terhibur benar perempuan ni.
"Terima kasih ya cik berdua, maaf mengganggu. "Balas nya sambil tersenyum manis.
Jannah dan Amila hanya mengangguk dan menguntum senyuman apabila hadis itu meminta diri mahu menyambung tugasnya semula.
"Dokter!! Siapa dokter disini tolong!! "Satu suara jeritan terbit dari hujung penjuru restoran membuat Jannah dan Amila hilang selera makan. Mereka saling berpandangan sebelum Amila mengangguk tanda faham dengan isyarat dari Jannah.
"Kau pergi tengok dulu, aku pergi cari first aid. "Ucap Jannah sebelum berlari ke kaunter pertanyaan kapal persiaran itu.
Amila mengangguk dan dia juga turut berlari kearah suara yang didengar di penjuru restoran.
"Allah"
Tiada ucapan yang mampu dia ucapkan apabila yang tiba disitu. Tiada pesakit, seperti yang dibayangkan. Yang ada hanyalah pistol, pisau dan tiga orang lelaki yang betutup likup sedang memandang tepat kearahnya sambil mengajukan parang tajam kearahnya tanpa belas kasihan.
Dirinya buntu , taktahu apa yang harus dilakukannya ketika ini. Mahu lari kah, mahu berdiam diri kah , dia taktahu. Dirinya seperti dipaku dan tak mampu berbuat apa-apa. Dia hanya berharap agar Jannah tidak akan datang kesitu dan menambah masalah.
Manakala keadaan Jannah berbeza. Sebaik sahaja dia mendapatkan first aid dari petugas kapal persiaran tersebut dia mahu berlari menuju ke arah Amila tetapi langkah nya disekat seorang lelaki.
Lelaki bertutup likup, berpakaian serba hitam. Sudah la malam, pakai pula serba hitam buang tebiat ke apa? Pelbagai persoalan tiba didalam lubuk fikiran Jannah saat ini.
"Kenapa ni? Tepi la, kalau ada orang mati sebab lambat selamat kan macam mana? "Ucap Jannah lantang mahu melawan lelaki bertutup likup itu.
Lelaki itu hanya menggelengkan kepala tidak bersuara, malah tangannya laju menarik Jannah agar menjauh dari ruangan restoran tersebut. Walaupun Jannah meronta takmahu, dia tetap memaksa.
"Jangan halang saya boleh tak?! Tepi lah! "Bentak Jannah. Bisu ke apa dia ni orang bercakap lansung tak diendahkannya, dia dua je kalau tak bisu mungkin pekak.
Jannah tetap melawan sehingga akhirnya dirinya terlepas dari genggaman lelaki itu. Dia berlari laju, masuk kedalam ruangan restoran mahu mencari Amila dan memberikan first aid tersebut.
Alangkah malangnya nasib dia, pekara pertama yang dia lihat sebaik sahaja dia masuk kedalam ruangan itu ialah Amila. Amila yang telah dipeluk dari belakang dengan seorang lelaki bertutup likup bersamaan dengan parang tajam yang dihala kan di leher gadis itu membuatkan Jannah terdiam, terpaku. Melihatkan ada lagi dua sosok lelaki dibelakang mereka yang dilengkapi pistol , pisau dan senjata lain membuatkan tiada sorang pun berani mendekati Amila buat masa sekarang.
"Amila, tolong bertahan.. "

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Kita ( OG )
RomansaAntara ego atau cinta ? Nurjannah Auliya, seorang gadis yang lahir dari keluarga broken home, dibesarkan dengan luka mendalam akibat kematian ayahnya yang meninggal dunia dalam tugas sebagai tentera. Trauma itu membuatnya membenci tentera dan segala...