27- TK

13 2 0
                                    

IVAN berdiam diri sejak dokter Hannah memberitahunya tentang kematian adiknya. Dirinya hancur lebur sama seperti keadaan Jannah sewaktu hilang ibunya.

Ivan berdiam diri di tempat duduk di hadapan unit forensik. Air matanya mengalir tanpa disedari nya, mengingatkan pesan akhir dari adiknya membuatkan dia rasa lebih perit. Mengapa? Mengapa kau buat aku macam ni Sya? Sanggup kau gadaikam nyawa untuk lelaki yang langsung tak fikirkan diri kau, Allahuakhbar. Pelbagai persoalan muncul di fikirannya saat ni, bantu la dirinya ya Allah.

Oleh kerana gadis itu menghembuskan nafas di malam hari, mereka mengambil keputusan untuk menguruskan jenazah nya pagi besok selepas Subuh. Umi dan abahnya masih berada diatas jalan , dia masih belum mampu memberitahu mereka tentang kematian adiknya. Memikirkan bagaimana reaksi umi dan abah nya jika dapat tahu membuatkan dia lebih serabut. Dia takut akan kehilangan.

"Izinkan saya jadi Ibu susuan untuk Zaryan Ridwan.. " Ucap Jannah, serta merta Ivan tersedar dan mengesat air matanya menggunakan lengan baju.

"Jangan campur hal saya. Saya akan uruskan semuanya sendiri, tak perlu susah kan diri awak, "ujar Ivan masih dingin.

"Macam mana awak nak uruskan ? Awak nak bagi dia susu formula? Atau awak nak kawin untuk berikan dia ibu? Awak pergi berlayar tiga bulan , balik sini dua minggu. Macam mana awak nak jaga dia? "Tanya Jannah tegas, sesungguhnya dia penat melihat sikap Ivan yang dingin kepadanya.

"Habis awak tu dokter. Lagi sibuk dari saya. "Balas Ivan selamba sambil membuang pandangan kearah lain.

"Saya akan resign kalau perlu. Saya tak takut hilang kerja, tapi saya takut kalau saya hilang Zaryan, "ujar Jannah bersungguhan.

"Saya dah deal dengan dokter pakar Obgyn , saya akan ambil suntikan horman dan saya akan buat surat rasmi sebagai penjaga Zaryan. Saya nak Zaryan jadi anak saya yang sah. "Ujar gadis itu lagi. Kini suaranya ditegaskan tanda dia serius dengan ucapannya.

"Tak perlu Nurjannah Auliya. Jangan campur hal saya. "Balas Ivan lemah.

"Saya akan campur! Qiesya beri amanah pada saya untuk jaga anak dia. Kalau awak nak saya bayar, saya akan bayar. Cakap sahaja berapa jumlah yang awak nak untuk izinkan saya jadi penjaga sah Zaryan Ridwan. "Ujar Jannah dengan nada suara mula meninggi.

"Kenapa awak sanggup nak sakit kan diri awak, penat kan badan awak untuk seseorang yang tak ada kaitan darah pun dengan awak Auliya. Kenapa? "Ujar Ivan dingin, kini mereka bertentang mata.

Dua saat..Empat saat, lima saat. Kini kelopak mata Ivan mula bertakung air mata. Mukanya yang mula kemerahan akibat menahan tangisan jelas terpancar.

"Amanah. Allah berikan Zaryan untuk kita, bermakna Allah berikan amanah kepada kita. Allah tak akan uji kita jika kita tak mampu. Saya tahu kita mampu mengharungi pekara ni sama-sama. Saya tak kisah nak berpenat lelah jaga Zaryan sementara awak bertugas di laut menjaga perairan negara. Ya saya masih belum terima kerjaya awak sepenuhnya tapi, beri lah saya masa dan peluang. Kalau semua ini adalah pekara yang saya benci sebelum ni, tetapi untuk awak saya sanggup. Saya sanggup korban diri, penat lelah saya penat lagi awak. Saya cinta kan awak Ivan. "Jujur Jannah panjang lebar. Kini dia juga turut mengalirkan air mata.

Ivan terdiam, pandangannya turun ke lantai. Perlahan-lahan tangisannya mula terdengar, teresak-esak dia menangis. Meraup mukanya sendiri, menekup muka nya dengan tapak tangan kononya ingin menyorokkan tangisan.

"Tak salah nak menangis bila kita kecewa atau gagal dengan diri sendiri. Tapi jangan lama - lama sedihnya Komander. Banyak lagi nyawa yang perlu awak selamatkan di sempadan perairan kita. "Ucap Jannah sambil menepuk perlahan belakang Ivan mahu memujuk.

Terdengar tawa halus dari Ivan dalam tangisan. Jannah sengaja menggunakan dialog yang sama diucapkan Ivan seperti awal perkenalan mereka di koridor hospital.

Jannah juga tersenyum sendiri mengingatkan pertemuan awal mereka. Tak sangka lelaki yang mengusiknya itu kini berada disisinya menjadi penguat semangat nya dalam menghadapi segala ujian.

"Semoga awak terus kuat menghadapi segala ujian yang mendatang , Leftenan Komander Muhammad Qhalish Ivan. "Omel hati Jannah. Pandangannya masih tertumpu pada Ivan yang masih melayan perasaan.

Semoga kita terus kuat dalam apa jua keadaan. InshaAllah.

•••

Kira-kira jam 2 pagi baru umi dan abah Ivan tiba di hospital. Mereka terus menuju ke unit forensik setelah mengetahui berita kematian anak perempuan mereka. Puan Adibah dan Encik Zaidi mengetahui nya dari pihak jururawat yang bertugas. Setelah tiba mereka terus menuju ke wad persalinan alangkah terkejutnya mereka apabila dimaklumkan bahawa anak mereka telah meninggal dunia sejurus menyusu kan cucu pertama mereka.

Puan Adibah hampir rebah akibat terkejut, wanita itu menangis teresak-esak sebaik sahaja mendengar kabar itu. Setelah beberapa minit baru la mereka meneruskan langkah menuju ke unit forensik seperti yang diberitahu oleh jururawat tersebut.

Setibanya mereka di unit forensik, mereka melihat satu sosok yang amat dikenali. Seorang lelaki berbadan tegap, sedang berdiri di hadapan pintu unit forensik itu bersendirian.

"Qhal.. Anak umi. "Panggil Puan Adibah sebaik sahaja mereka tiba di situ.

Ivan menoleh kebelakang, pandanganya redup. Lelaki itu menyambut kehadiran ibu bapa nya dengan senyuman tawar.

"Umi, abah.. "Ucap Ivan suram. Terbit wajahnya yang sebersalah.

Puan Adibah terus memeluk tubuh anak lelaki nya erat. Ivan juga begitu. Dalam suasana hiba, ibundanya melepaskan tangisan didalam dakapan anak lelaki nya. Melabuhkan kepala di dada lebar milik anak lelaki nya, melepaskan segala tangisan yang dipendam. Setelah beberapa saat , pandangan Ivan beralih kepada abah nya yang bersedirian di hujung penjuru.

"Umi duduk sini ya, Qhal pergi dekat abah kejap. "Ujar nya mesra sambil tersenyum manis kepada uminya.

Wanita itu hanya menuruti arahan, dia lebuhkan punggung setelah lama berdiri.

Ivan pergi kearah abah nya, mereka saling berpandangan tanpa bersuara. Ivan menayang kan senyuman mesra pada abahnya.

Dengan tiba-tiba , Encik Zaidi menampar kuat pipi kanan Ivan. Puan Adibah juga turut terkejut. Pedih pipi kanannya, terasa sedikit kebas di hujung bibir setelah ditampar tentera pencen itu.

"Kenapa tak beritahu kami sejujur nya? Kenapa simpan sendiri? Kamu juga manusia biasa, tak perlu sentiasa tunjuk kuat di hadapan kami. Abah ada..Abah ada kalau Qhal nak luah kan rasa yang terbuku di hati. Qhal anak abah, selamanya Qhal tetap anak pertama yang beri abah dan umi gelaran ibu dan ayah. Qhal tak beseorangan, Qhal ada abah dan umi. "Ujar Encik Zaidi sambil air matanya mengalir laju membasahi pipi.

Perlahan-lahan lelaki itu manarik tubuh anak lelaki nya dan dipeluk erat. Serta merta tangisan Ivan meletus kembali, dia juga hancur. Perlahan tangan Encik Zaidi menepuk-nepuk belakang Ivan tanda memujuk.

Lelaki juga seorang anak, mereka juga manusia biasa yang tidak sempurna. Mereka juga memerlukan kasih sayang dari ibu dan bapa, walaupun dari zahir mereka nampak teguh dan cekal tetapi pada batin nya mereka tidak kurang manja nya dengan anak perempuan.

Allah tak akan menguji hamba nya melainkan mereka mampu.

Takdir Kita ( OG ) Where stories live. Discover now