SEJURUS selepas makan malam, Ivan dan ahli kumpulannya mendapat panggilan dari orang atasan agar mereka melaporkan diri di kem tentera terdekat dengan kadar segera.
Kelam kabut semuanya mengemas baju dan bag untuk dimasukkan ke dalam bonet kereta masing-masing. Selepas selesai bersalaman, masing-masing setiap sorang dari mereka mencium Zaryan Ridwan terlebih dahulu sebelum meminta diri.
"Saya minta maaf, cuti saya selepas ni kita pergi tempah baju nikah ye? "Ucap Ivan sebersalah.
Jannah hanya mengangguk lemah, bersetuju dengan ucapan lelaki itu.
"Baba pergi dulu, Ayan jaga mama baik-baik okay? Sayang anak baba sorang ni.. "Ucap Ivan sambil mencium pipi gebu anak lelakinya.
Melihatkan wajah Jannah yang sudah berubah , Ivan menjadi sebersalah. Mahu atau tidak, dia tetap harus pergi. Tiada pilihan yang dapat dipilih buat masa sekarang.
"Jaga diri, jangan lupa makan. "Ucap Jannah sambil pandangannya turun ke lantai, menahan tangisan.
"Awak pun, jangan kerja kuat sangat. Jaga diri tu sama, kalau ada apa-apa bagitahu pada saya atau umi dan abah. "Balas Ivan mesra sambil tersenyum manis.
Jannah hanya mengangguk lemah. Ivan sempat mengusap lembut kepala Jannah yang berlapikkan tudung sebelum dia berlalu pergi. Lambaian terakhir mereka , sebelum tayar kereta mula bergolek menuju ke Kem Tentera Udara di Subang.
Jannah melepaskan nafas berat, mula otaknya memikirkan pelbagai pekara negetif.
"Jangan difikirkan sangat, mari masuk. Rehat kan diri. "Ucap uminya , memujuk gadis itu.
"Iya umi.. "Balas nya sambil mengangguk kepala.
Mereka masing-masing masuk kedalam rumah dan berehat. Zaryan sudah tertido selepas menyusu, Jannah juga turut berehat selepas anak kecil nya tertido.
Sedang elok dia melihat telefon bimbit nya , tiba-tiba panggilan dari Amila masuk. Telefonnya berdering, dia menjawab panggilan itu.
"Assalamualaikum ye Amila ku sayang? "Ujar nya sebaik sahaja dia mengangkat panggilan itu.
"Walaikumussalam.. So how bro? Ade cerita best-best tak kau dekat Melaka tu? "Tanya nya kembali.
"Okay je , fine-fine semuanya. Eh by the way kau tahu tak ustaz kau pun ada dekat sini. Diorang berempat datang sini, lepak sekejap. "Balas Jannah mesra.
"Serius lah?! Danny ada dekat sana ke? Weh rugi nya aku tak minta cuti and ikut kau pergi Melaka... Alaa!! "Rungutnya..
Terdengar dari suara saja , boleh mengetahui reaksi wajahnya bagaimana. Pasti dia sangat menyesal, kalau tak dah dapat jumpa cinta hati.
"Iyaa, satu geng alam semula jadi tu ada . Tapi diorang dah gerak balik tadii.. "Balas Jannah sambil tertawa kecil.
"Alamak semua abang-abang paskal ada ke? Bestnya holiday kau kalini Anna.. Menyesal tak ikut kau, hm.. "Ucap nya suram, terdengar dari hujung suaranya dia merengek.
"Best tu bolela , tapi banyak benda bodo je diorang tu buat. Tapi sepanjang diorang ada, boleh la aku rehat sekejap. Diorang tu masing-masing berebut nak jaga si Ayan tu kau tahu tak. "Balasnya bersahaja.
"Mesti Danny vibes bapak-bapak sangat kann, eee hensem nya!! "Ujar Amila bersungguhan.
"Iyolah Amila, dia la terpaling bapak-bapak dekat sini. Dia imam kan solat magrib hari ni. "Ucap Jannah, menceritakan hal-hal yang berlaku sepanjang disini.
"Hm bestnya.. Aku baru dapat rehat dekat sini, patient ramai sangat. Aku kena oncall hari ini, bosannya kau tak ada. "Balasnya , merengek di talian.
YOU ARE READING
Takdir Kita ( OG )
RomanceAntara ego atau cinta ? Nurjannah Auliya, seorang gadis yang lahir dari keluarga broken home, dibesarkan dengan luka mendalam akibat kematian ayahnya yang meninggal dunia dalam tugas sebagai tentera. Trauma itu membuatnya membenci tentera dan segala...