SETELAH beberapa jam menunggu di luar, akhirnya seorang dokter keluar dari dewan persalinan dan menuju kearah Jannah dan Ivan.
"Dokter Hannah, macam mana dengan Qiesya? " Ujar Jannah terlebih dahulu.
Dokter Hannah menghembuskan nafas berat sebelum dia berbicara. Pandangan nya redup, muka yang sebersalah membuatkan Jannah serta merta mengetahui isi dari ucapan yang bakal wanita itu ucapkan.
"Alhamdulilah , Cik Qiesya selamat bersalin anak lelaki. "Ucap Dokter Hannah sambil tersenyum.
"Alhamdulilah, terima kasih dokter. Kalau macam tu adik saya macam mana? Dia okay ke? "Ujar Ivan mesra sambil menghela nafas lega. Syukur apabila mendengar adiknya selamat melahirkan bayi lelaki, pasti comel seperti ibunya.
"Berat untuk saya ucapkan, saya harap Encik dapat terima dengan hati yang terbuka. "Ujar dokter wanita itu sebersalah.
"Keadaan Cik Qiesya amat la merisaukan buat masa sekarang. Cik Qiesya kehilangan banyak darah sehingga dia harus di tidur kan, tetapi dia mempunyai permintaan akhir sebelum itu. "Ujar dokter Hannah lagi.
"Permintaan apa ya? Boleh saya tahu? "Tanya Ivan tergesa-gesa. Wajah nya jelas menunjukkan dia gelisah saat ini.
"Cik Qiesya minta mahu susukan bayi nya sebelum ditidur kan. Seperti yang kami telah bincang kan, selepas bayi diazankan kami akan terus bawa bayi kepada ibunya untuk disusukan. Boleh encik Azan kan bayi Cik Qiesya ? "Ujar dokter wanita itu lagi. Jelas suaranya menunjukkan dia berasa sebak atas kejadian ini, sedaya upaya dokter wanita itu menyorokkan kesedihannya.
"Boleh, saya akan azan kan baby dia. "Ucap Ivan sambil mengangguk laju tanda setuju.
"Baik, kalau macam tu encik boleh pergi ke bilik yang telah disediakan ya. Selepas nurse bersihkan baby Cik Qiesya , encik boleh azan kan baby. "Ucap Dokter Hannah sambil tersenyum tawar.
Mereka mengangguk sekali lagi tanda faham. Jannah terus menawarkan diri untuk menunjukkan bilik tersebut, mereka berdua bergegas ke bilik tersebut untuk mengazankan bayi Qiesya.
Sebaik sahaja mereka tiba di bilik itu , Ivan diarahkan untuk mengazankan bayi itu terlebih dahulu seperti yang diajarkan oleh ajaran Islam. Jannah turut menyertai lelaki itu untuk mengazankan bayi Qiesya.
Bayi kecil itu elok terletak di lengan sasa milik Ivan, masih tidur lena. Pipi bulatnya yang sedikit kemerahan dicium lembut oleh Ivan sebelum dia memulakan bacaan Azan.
"Allah hu akbar, Allah hu akbar.
Allah hu akbar, Allah hu akbar.
Ash hadu Allah ilaha ilallah, Ash hadu Allah ilaha ilallah.
Ash hadu ana muhamada rasulallah, Ash hadu ana muhamada rasulallah.
Haya Alass Salah, Haya Alass Salah.
Haya alal falah, Haya alal falah.
Allah hu akbar, Allah hu akbar.
La ilah ila Allah. " Azan merdu terbit dari bibir Ivan membuatkan Jannah terkesima melihat kejadian itu.Tanpa lelaki itu sedari, Jannah telah mengambil rakaman video sewaktu dirinya mengazan kan bayi itu. Alunan merdu azan ialah pemulaan bagi setiap umat islam yang dilahirkan didunia. Lahir diazan kan ayah, meninggal dunia di solatkan dengan cermat. Indahnya pemulaan dan pengakhiran seorang muslim di dunia.
"Sini. "Ucap Ivan sepatah. Serta merta Jannah tersedar dari lamunan nya.
Perlahan-lahan Jannah melangkah mendekati lelaki itu. Setibanya dia, lelaki itu menghulurkan bayi kecil itu padanya.
"Kiss him. "Ucap nya dingin sambil menghulurkan bayi itu pada Jannah.
Tanpa segan, Jannah menyambut huluran itu dengan senyuman mesra. Terlentok elok bayi kecil itu didalam pelukan Jannah, sebesar lengan aje ukurannya. Comel molek aje kata orang kita.
"Assalamualaikum hensem.. "Ucap Jannah lemah lembut sambil tersenyum kearah bayi kecil yang berada didalam dakapannya.
Jannah melihat kearah Ivan memberi isyarat tanda mahu mencium bayi kecil itu. Ivan mengangguk perlahan. Setelah itu baru la Jannah berani mahu mencium pipi gebu bayi itu.
"Untung la baru lahir orang dah puji hensem. Saya yang dah besar panjang ni tak nak pulak puji. "Ujar Ivan tiba-tiba.
Jannah menoleh sebelum dia melepaskan tawanya. Itu pun nak cemburu haih.
"Awak cemburu ke? Tak kan la dengan baby yang belum sehari ni pun nak cemburu? "Ujar Jannah sambil tertawa kecil melihatkan gelagat Ivan.
Ivan hanya mencebik tanda protes. Jannah hanya tersenyum, sesungguhnya dia bangga melihat sisi Ivan yang masih utuh dan tabah dalam menghadapi segala ujian yang datang. Semoga lelaki itu terus tabah dalam menghadapi segala ujian yang bakal mendatang, insyaAllah.
••••
"Sya minta maaf bang. "Ucap Qiesya sebaik sahaja Ivan menyerahkan bayi itu padanya.
Elok terletak bayi itu berada didalam dakapan ibunya, hangat. Bayi itu masih lena tertidur.
"Benda dah jadi, tiada apa pun boleh diubah jika Allah berkehendak. "Balas Ivan sambil membuang pandangan ke arah luar tingkap.
Gadis itu menyelak sedikit baju nya , mahu memberikan susu pada bayi kecil itu. Walaupun dirinya dalam keadaan lemah, dia tetap gagah kan diri mahu menyusukan bayi nya buat pertama kali.
"Jaga kan Zaryan Ridwan untuk Sya ye abang. Semoga dengan asbab Ridwan nama malaikat penjaga pintu syurga, baby ni pun dapat tarik ibu dia masuk syurga sekali. "Ucap Qiesya lemah sambil mengalirkan air mata.
"Anak kau, pandai-pandai la kau jaga. "Ucap Ivan dingin, jujur sebenarnya dia juga sedang menahan air mata.
"Dokter.. Tolong jaga..Jagakan Zaryan Ridwan untuk say..Saya ya? "Ucap Qiesya lemah sambil tersekat-sekat akibat menangis.
Jannah mengangguk perlahan sambil mengusap lembut kepala Qiesya Ivani , memberikan semangat.
"Awak kena janji, awak kuat. Saya akan jaga kan anak awak sampai awak sedar dan sihat kembali. Selepas itu, awak kena jaga sendiri ya. "Balas Jannah mesra.
Sedaya upaya memberikan semangat agar gadis itu kekal tabah menghadapi segala ujian.
Qiesya tidak menjawab , dia malah bersandar sambil memberikan susu pada anaknya. Menutup matanya perlahan seakan-akan ingin berehat, lengannya masih utuh mendakap bayi itu.
Melihat kan Qiesya menghembus nafas berat dalam tidurnya, Jannah mula menekan tombol kecemasan agar dokter dan jururawat lain datang melihat kondisi Qiesya Ivani.
"Sya..Sya.. Jangan tutup mata, Sya kena kuat. "Ucap Jannah sambil tangan nya merayap ingin merasakan nadi gadis itu yang semakin menghilang.
Melihat graf di mesin mula menurun menandakan degupan jantung gadis itu mulai hilang perlahan-lahan.
Setiba nya dokter Hannah dan beberapa jururawat yang lain untuk memeriksa keadaan Qiesya Ivani. Ivan diarahkan keluar kerana mereka mahu melakukan rawatan lanjut. Bayi itu turut mereka pisahkan dari ibunya, diletakkan di katil kecilnya dan ditolak ke bilik bayi.
Ivan masih kekal menunggu di luar dewan persalinan, menunggu kabar baik yang bakal tiba dari petugas kesihatan..
Tiba sahaja dokter Hannah dan Jannah di sisinya. Mereka masing-masing melepaskan nafas berat sebelum mulai berbicara. Jannah di samping sudah mengalirkan air mata , tidak lagi dapat menahan air matanya dari meletus.
"Maaf, kami gagal selamatkan ibu nya. "Ucap dokter Hannah sebak.
Ivan terdiam, terkaku tanpa bicara. Dia hanya meraup wajahnya sambil menahan air mata.
Jujur, dia juga hancur pada zahir dan batinya.
"Qiesya Ivani, aku minta maaf gagal jadi abang yang terbaik untuk kau. "Omel hati Ivan.
Qiesya Ivani.

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Kita ( OG )
RomanceAntara ego atau cinta ? Nurjannah Auliya, seorang gadis yang lahir dari keluarga broken home, dibesarkan dengan luka mendalam akibat kematian ayahnya yang meninggal dunia dalam tugas sebagai tentera. Trauma itu membuatnya membenci tentera dan segala...