Sebulan yang lalu, Jannah dan Amila ditempatkan di bahagian rawatan kecemasan buat sementara waktu kerana kekurangan doktor di bahagian itu.
Jannah dan Amila berlari mendapatkan katil yang keluar dari dalam ambulans, yang menempatkan seorang lelaki kemalangan.
"Sorang saja kah mangsa nya?"Tanya Jannah untuk kepastian.
"Dua, seorang kratikal. Seorang lagi cedera ringan." Balas petugas yang keluar dari ambulans tersebut.
Mangsa cedera ringan diletakkan di atas kerusi roda untuk diberikan rawatan lanjut dan pesakit itu diuruskan oleh Amila.
Mereka bergegas mengeluarkan mangsa yang sudah pengsan dan terbaring tidak sedsrkan diri di atas katil. Alangkah terkejutnya dia apabila mangsa kratikal itu adalah seseorang yang dikenalinya.
Tiada kata-kata yang keluar dari mulut Jannah apabila melihat mangsa kedua.
Tangannya memegang kemas sisi katil, kaki yang berlari anak untuk melajukan pergerakan demi hendak menyelamatkan mangsa kedua itu.
"Tolong lah sedar, tolong lah Ivan.. "Rayu Jannah sambil menahan air matanya dari jatuh.
Sedih,takut,perasaannya bercampur baur ketika ini.
Rawatan diberikan dengan sangat pantas yang menyebabkan Ivan dapat diselamatkan. Kehilangan banyak darah amat merisiko kan nyawa Ivan, jika lambat sedikit pasti dia sudah tidak dapat diselamatkan.
"Ivan.. Ivan tolong lah sedar." Rayu Jannah lagi. Jururawat dan doktor-doktor yang lain sudah memandang nya hairan kerana Jannah mengenali mangsa tersebut.
"Ivan bangun la, awak cakap awak nak berkenalan dengan saya. Saya dah ingat nama awak, tolong lah sedar sekarang.. "Rayu gadis itu lagi, jika Ivan tidak dapat menyedarkan diri kemungkinan besar Ivan akan koma. Jannah cuba sedaya upaya untuk mengelakkan pekara itu dari terjadi.
"Anna! "Panggil Amila separuh jerit. Amila yang baru tiba di red zone melihat keadaan Jannah yang sudah menangis teresak-esak membuatkan dirinya juga sedikit rapuh.
"Anna.. Sabar Anna, Ivan akan sedar percayala kata aku. "Ucap Amila sedaya upaya menenangkan sahabatnya.
Pandangan Jannah masih tertumpu pada Ivan, hati masih berharap agar lelaki itu sedar.
"Arghh.. Sakit."Bunyi yang dikeluarkan oleh Ivan membuatkan Jannah lega.
"Ivan.. Awak sedar tak awak dekat mana sekarang?"Tanya Jannah untuk kepastian.
"Dekat rumah awak ke? "Balas Ivan bersahaja sambil tersenyum menahan sakit.
"Hospital lah! "Ucap Jannah secara tidak langsung tangannya juga menampar kuat perut Ivan.
Ivan memgerang kesakitan tetapi tidak dipedulikan gadis itu.
"Tengah nak separuh mati pun gatal, ish! "Tambah nya lagi. Amila di samping nya sedikit terkejut dengan balasan dari Jannah.
"Oh ingat dekat rumah awak.. "Balas Ivan sambil tersenyum, walaupun muka nya dibasahi darah tetap boleh dilihat dari hujung bibirnya bahawa dia tersenyum melihat gelagat Jannah.
"Diam la Ivan! "Ucap Jannah sambil memalingkan muka, takut kalau-kalau Ivan nampak air mata nya jatuh.
"Patient stabil, tolong uruskan urusan dia untuk dihantar ke wad untuk pemantauan. Lagi satu, bawa dia pergi xray tangan, rasanya macam retak tu. Saya kena pergi dulu, ada op lepas ini." Arah Jannah pada doktor-doktor pelatih disitu.
"Baik doktor Jannah. "Balas mereka sopan.
Jannah sempat memandang wajah Ivan yang sedang menahan kesakitan sebelum kakinya melangkah pergi ke OR ( Operating Room ).
***
Sebaik sahaja operasi yang dijalan kan selesai, Jannah bergegas ke wad Kenangan 8 tempat dimana Ivan di masukkan.
"Kak Ifaa, maaf ganggu. Saya nak tanya, patient nama Ivan katil nonbor berapa? "Tanya Jannah kepada salah seorang jururawat yang bertugas.
"Muhammad Qhalish Ivan ke doktor?" Tanya jururawat itu kembali untuk kepastian.
"Iya, katilnya dimana? "Tanya Jannah lagi.
"Katil nombor PS08, dalam bilik aircond. "Balas jururawat itu mesra.
"Terima kasih, kak. "Ucap Jannah ringkas sebelum kakinya bergegas ke arah yang diberi tahu.
Tiba sahaja di hadapan katil PS08 itu terlihat bahawa Ivan sedang tidur dengan tangan kanannya yang sudah siap disimen.
Lega rasa hati Jannah apabila melihat keadaan Ivan baik-baik sahaja. Alhamdulilah, Allah permudahkan segalanya.
"Kenapa saya kena jumpa awak semula dalam keadaan macam ni Ivan? Rasa nak gugur jantung saya, tolonglah jangan buat macam ni lagi.. "Ucap Jannah dengan nada suara yang perlahan, cukup untuk dirinya sendiri yang dengar.
"Saya tak minta saya terlibat dalam kemalangan jalan raya dr. Auliya. "Balas nya bersahaja.
Jannah terdiam, dia fikirkan Ivan tidur rupanya buat-buat tidur.
"Saya tak cakap pun awak minta, saya cuma terkejut dengan kejadian hari ini." Ucap Jannah membela diri.
"Iya dr.Auliya, saya minta maaf saya janji lepas ini saya datang bawa makanan dengan pinangan sekali boleh? "Balas Ivan, sempat lagi bergurau.
"Amboi gatal ye Encik Muhammad Qhalish Ivan. "Ucap Jannah ringkas.
"Eh mana tahu nama penuh saya? Doktor stalk saya eh? "Balas Ivan hairan.
"Nurse dekat depan bagitahu. "Balas Jannah sambil melihat luka-luka kecil pada badan Ivan.
"Alaa tak jadi rahsia dah. Nama penuh doktor apa? "Tanya nya sambil tersenyum manis kearah Jannah.
"Nurjannah Auliya binti Ahmad Azman. "Balas Jannah sambil matanya masih setia melihat luka-luka Ivan.
"Muka saya tak cukup hensem ke sampai doktor lagi sanggup pandang luka-luka saya, hm? "Tanya nya bersahaja.
"Saya doktor, bukan isteri awak yang kena pandang muka awak 24jam. "Balas Jannah dingin, geram dengan perangai Ivan yang tak ubah seperti kanak-kanak tak matang.
"Doktor berminat tak nak jadi isteri saya? Saya berminat nak jadi suami doktor. Nanti saya boleh bagitahu kawan-kawan saya, isteri aku doktor. "Jawabnya, petah berkata-kata. Tak mahu kalah dengan omongan pedas dari Jannah.
Jannah tidak menjawab malah hanya memberikan jelingan tajam pada lelaki itu.
"Untung juga kan saya excident, boleh jumpa doktor dekat sini. "Ucapnya lagi.
"Ewah sedap mulut, kalau saya tahu aku memang niat nak mati lebih baik saya tak payah nak susah-susah rawat awak tadi. Biar je mengelupur sampai mati. "Balas Jannah jujur.
Dia tak bermaksud untuk meminta Allah pendekkan hayat Ivan, tetapi dia cuma geram dengan perangai Ivan yang tak pernah serius.
"Saya tak mati lagipun doktor dah menangis basah tudung, kalau saya mati tadi silap-silap banjir hospital ni. "Balas Ivan tenang, sambil tertawa melihat Janna yang semakin naik darah disitu.
"Banyak main kan awak ni, susah betul nak tengok awak serius. "Rungut Jannah, iya dia kalah dalam pentempuran mulut. Dia sudah tak mampu nak marah atau bebel pada Ivan yang suka bergurau itu.
"Cantiknya awak Auliya.. "Ucap Ivan bersahaja sambil matanya merenung kearah wajah Jannah yang semakin memerah akibat malu.
"Diam lah Ivan. Dah lewat tidur la, selamat malam. "Balas gadis itu kemudian cepat-cepat melangkah pergi dari situ.
Jujur, dia malu apabila dipuji begitu setelah sekian lama tiada orang yang memuji nya begitu ikhlas seperti Ivan.
Ivan memanggilnya Auliya, sama seperti arwah ayah nya. Arwah ayah nya memanggil dia dengan nama yang sama, walaupun ibundanya memanggil dia dengan panggilan manja, Anna.
Salam rindu buat ayah, dari Auliya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Kita ( OG )
RomantizmAntara ego atau cinta ? Nurjannah Auliya, seorang gadis yang lahir dari keluarga broken home, dibesarkan dengan luka mendalam akibat kematian ayahnya yang meninggal dunia dalam tugas sebagai tentera. Trauma itu membuatnya membenci tentera dan segala...