33-TK

8 1 0
                                    

MEMANDANGKAN harini mereka semua cuti, mereka bercadang untuk keluar beriadah dan membeli barangan rumah.

"Umi, mana Ayan? "Tanya Jannah mesra. Baru sekejap saja ditinggalkan sudah hilang budak kecil tu.

"Qhal ambil tadi, dia bawa masuk bilik dia. Pergi la tengok. "Balas Puan Adibah sambil tersenyum.

"Oh dekat baba dia.. Patutla senyap je , tak ada bunyi nak meragam. "Ucap Jannah sambil menganggukkan kepala.

Zaryan kalau dah duduk dengan baba nya memang tak mahu lepas, suka sangat dia.

Jannah meminta diri terlebih dahulu, katanya mahu memeriksa Zaryan. Gadis itu bergerak kearah bilik Ivan di tingkat dua rumah itu.

Puan Adibah hanya mengangguk tanda setuju dan tersenyum manis.

Selepas beberapa saat , gadis itu tiba dihadapan bilik jejaka itu. Diketuknya beberapa kali , memberi isyarat dia mahu masuk. Namun tiada balasan yang dia perolehi.

Sesudah nye dia membuat keputusan untuk masuk sahaja setelah lama menunggu. Perlahan-lahan dia menolak pintu itu , mahu mencari kelibat anak kecilnya. Tetapi lain yang mahu dilihat, lain pula yang dapat dilihat.

" Widih..Spek gapura kabupaten. "Ucap Jannah secara spontan.

Serta merta gadis itu tekedu melihatkan Ivan yang tidak berbaju sedang mendukung Zaryan dibahu nya.

"Nak apa sayang ku? Dah puas tengok? "Tanya nya selamba sambil meletakkan Zaryan di atas katil.

Tangannya laju mencapai baju t-shirt dan disarungkan ke badan.

Jannah masih terdiam, matanya masih tidak lepas dari memandang tubuh lelaki itu walaupun dia sudah berbaju.

"Mama awak gatal la Ayan.. "Ujar lelaki itu sambil mencuit lembut pipi anak lelakinya.

"Saya datang nak ambil Ayan, nak bagi dia susu sebelum keluar. "Balas Jannah cemas. Cuba mengawal diri agar kekal tenang.

"Saya dah mandi kan Ayan, lepas awak bagi susu nanti panggil saya. "Ucap nya sambil tertawa kecil.

Dia menyerahkan Zaryan Ridwan pada Jannah dan dia berlalu pergi terlebih dahulu.

Jannah hanya menerima hulurannya tanpa membantah. Sebaliknya dia hanya tersenyum nakal melihatkan Ivan yang sudah pergi.

"Hot sangat baba awak ni Ayan. Mama suka.. "Ucap Jannah perlahan kepada anak kecil didalam dakapannya.

Gadis itu hanya tertawa halus melihatkan perangai gatal dirinya sendiri. Dia berlalu pergi dan masuk ke biliknya untuk memberikan susu pada Zaryan terlebih dahulu.  

••••

Mereka memutuskan untuk pergi ke pasaraya terlebih dahulu, ingin membeli kelengkapan rumah yang sudah habis.

Troli ditolak oleh Jannah mengikuti sahaja langkah umi dan abah nya. Zaryan yang sudah elok terletak dibahu Ivan tidak diganggu. Zaryan kalau ada babanya , tak mahu sudah dengan orang lain.

"Awak nak apa ambil aje. Keperluan Ayan pun kalau dah habis beli terus. Senang alang-alang saya ada. "Ucap Ivan tiba-tiba.

Mereka jalan beriringan, mereka hanya mengikuti langkah umi dan abah nya yang berada dihadapan.

"Susu ada lagi , nestum pun ada lagi. Pampers je yang dah nak habis. "Balas Jannah sambil memikirkan apa lagi yang harus dibeli.

Takdir Kita ( OG ) Where stories live. Discover now