22- TK

18 3 0
                                    

MASA berjalan dengan pantas. Tahu-tahu hari ini sudah hari ketiga Jannah dan Amila berada di wad untuk pemantauan. Hari ini mereka telah dibenar kan pulang kerana keadaan mereka telah bertambah baik . Memandang kan mereka bekerja sebagai dokter, jadi mereka dibenarkan pulang lebih awal kerana pihak perubatan pasti mereka dapat menjaga diri mereka sendiri dengan teliti.

"Anna, kau marah kan Ivan lagi ke? Setiap hari dia datang sini tau tengok kau. Kesian la dekat dia. "Ujar Amila bersahaja. Sesungguhnya dia juga tak sampai hati melihatkan Ivan yang beria memohon maaf pada Jannah tanpa lelah.

Sekali sekala ada juga dia nasihatkan Jannah agar memafkan Ivan tetapi gadis itu masih tetap dengan pendiriannya. Ego menunggung. Bukan sahaja Ivan, malah Danny pun turut terkena tempiasnya. Keras benar hati wanita bernama Nurjannah Auliya ini.

Jannah mendiamkan diri , langsung tak dihiraukan ucapan Amila.

"Dah siap ke ? Jom la, akak Nisa dah sampai tu. Diorang tunggu dekat lobi. "Ucap Amila mengubah topik pembicaraan.

"Okay, lepas bayar bil kita gerak. "Balas Jannah ringkas sebelum melangkah kaki keluar dari wad itu tanpa menunggu Amila yang telah berlari anak mengejar langkahnya.

"Sabar la gila. "Ucapan Amila langsung tak dipedulinya.

Akibat kemalangan ini, mereka diberikan tambahan cuti dari hospital tempat mereka bekerja. Memandang kan mereka masih di Sabah jadi mereka meminta tolong sepupu Amila yang bekerja di Sabah mengambil mereka di hospital. Walaupun berpuluh kali Danny dan Ivan menawarkan bantuan , berpuluh kali juga Jannah menolaknya. Pada akhirnya mereka akur membiarkan gadis itu membuat keputusan.

Selesai mereka memhuat pembayaran, mereka terus menuju ke lobi hospital untuk menemui kakak sepupu Amila. Sedang elok mereka berkenalan dengan sepupu Amila di lobi hospital tiba-tiba nama Jannah disebut kuat dan jelas.

"Nurjannah Auliya! "Ucap lelaki itu tanpa segan sambil berlari anak kearahnya.

Melihat sahaja sosok tubuh lelaki itu datang mendekat, laju-laju Jannah bergerak mahu melangkah pergi.

"Sekejap, tunggu la saya Auliya. Saya nak cakap sikit aje , tolong lah! "Rayu nya tanpa segan. Malangnya rayuannya tidak diendahkan.

"Nurjannah Auliya binti Ahmad Azman, saya mintak maaf. "Ucapnya kuat dan jelas. Akhirnya Jannah menghentikan langkah nya untuk melihat empunya suara.

Dirinya tersentak apabila dia melihat lelaki itu telah sedia melutut di belakangnya tanpa segan. Lelaki itu masih setia berbaju loreng bewarna hijau, loreng bercorak lama bersama dengan layout hitam masih terikat kemas di bahu kanan, beret ungu digengam kemas ditangan kanannya menandakan dia bergegas dari kem tempat kerjanya untuk kesini.

"Saya minta maaf Auliya, saya janji saya tak akan rahsia kan apa-apa pun daripada awak lepasni. Tolong beri kan saya peluang untuk ada dalam hati awak sekali lagi, tolong la saya merayu pada awak Auliya. Depan anak-anak buah saya, saya sumpah saya tak akan khianati kepercayaan awak lagi lepasni. Saya betul-betul minta maaf, saya tak ada niat nak sakitkan hati awak selama ni. Tolong , maaf kan saya. "Rayunya bersama air mata yang mengalir. Dia tak lagi memikirkan martabat nya, baginya jika dengan cara melutut ini dapat buat gadis itu kembali padanya, dia sanggup. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk gadis itu.

Jannah tercegang melihat kesungguhan lelaki itu, dirinya seperti hilang kata-kata apabila melihat lelaki itu berbaju loreng penuh dihadapannya. Rupa Ivan sekarang seperti arwah ayah nya lapan tahun lalu.

"Seragam tentera terletak elok pada awak Ivan. Awak sesuai dengan seragam tentera. "Omel hati nya sambil merenung kedalam anak mata lelaki itu.

"Pergi la Ivan, aku tak sesuai untuk kau yang sanggup berkorban apa jua demi lencana didada kau. Seragam tentera terletak elok pada kau, kau sesuai jadi tentera. Kau cuma tak sesuai dengan aku, aku minta maaf sebab buatkan kau memilih antara aku atau tentera. Aku dah sedia tahu jawapan kau, lepaskan aku pergi. Aku tak sesuai dengan kau. "Ujar Jannah berat hati. Dia tak mampu , apabila melihat air mata Ivan laju mengalir jujur dirinya juga hancur.

"Kalau awak rasa dengan pergi tinggalkan saya a..Awak akan bahagia awak sangat penting kan diri Auliya. Mungkin awak akan bahagia, tapi saya tak. Macam mana saya nak bahagia kalau bahagia saya tu awak? Saya merayu, bagi saya satu pe..Peluang lagi untuk buktikan cinta saya pada awak. "Ucap nya tersekat-sekat akibat menahan tangisan.

"Pergi la Ivan.. "Ujar Jannah ringkas sebelum langkahnya diteruskan. Tanpa belas kasihan, dia meninggalkan Ivan dalam keadaan lelaki itu masih setia melutut kepadanya.

Amila yang hanya mampu melihat mengejar langkah gadis itu yang semakin jauh. Bukan sahaja Ivan malah Amila juga turut mengalirkan air mata melihatkan keadaan itu. Danny mendekati Ivan yang masih lagi melutut walaupun Jannah sudah pergi meninggalkan dirinya sendirian.

"Qhal.. Kita tak boleh paksa orang untuk tetap dengan kita, dah la Qhal. "Ucap Danny sambil menyentuh bahu lelaki itu.

Ivan tidak manjawab, dia terus berdiri dan melangkah ke kereta mereka diikuti Danny dari belakang. Hancur lebur dirinya sekarang, maruahnya ibarat dipijak-pijak gadis itu, pemohonan maafnya tidak diendahkan malah dia ditinggal melutut sendirian. Keras benar dinding yang dibina gadis itu selama lapan tahun ni. Allahualhbar.

Sepanjang perjalanan pulang ke kem , tiada sepatah kata yang diucapkan oleh Danny atau Aryan mahupun Ivan. Hanya suara radio yang mengisi kesunyian didalam kereta.

Setibanya di kem mereka sejurus isyak. Selepas solat isyak ditunaikan, Ivan menghilangkan diri tanpa berita.  Sebelum dia keluar, Aryan menanyakan kemana tujuannya, dia hanya menjawab mahu mengambil angin dan beredar.

Sehingga pukul 12 malam Ivan masih tidak tiba di bilik bujang mereka. Danny dan Aryan mengambil pilihan untuk keluar mencari dia kerana telefon nya ditinggalkan di katil jadi mereka tidak dapat menghubungi nya.

Kira-kira 20 minit mereka mencari barulah mereka terserempak dengannya di jalan sedang berjogging. Pangkalan TLDM Kota Kinabalu yang terkenal dengan keluasanya menjadi tempat mereka bekerja.

"Oi kau, pergi mana dari lepas isyak tak nampak bayang. "Tegur Aryan sambil berlari anak kearah Ivan.

"Jogging." Hanya sepatah jawapan yang terbit dari Ivan.

"Kau jogging dari lepas isyak tadi sampai sekarang ke? Dah berapa lap kau pusing? Gilo-gilo. "Balas Aryan terkesima dengan jawapan yang diberikan lelaki itu.

"10. "Ucap nya bersahaja. Sebelum meneruskan lariannya dan meninggalkan mereka.

"Biar la dia Yan, biar kaki dia hancur malam ni. Jom balik bilik, pandai la dia jaga diri. "Ujar Danny menyampah dengan sikap Ivan yang terbawa emosi.

"Bro kalau dia kena culik ke jerung makan dia ke hantu datang ke macam mana?  " Ucap Aryan bimbang akan keadaan Ivan.

"Dia kalau tengah emosi macam tu , jerung datang nak makan dia pun jerung tu patah balik. Entah dia yang kena makan dengan jerung atau jerung yang kena makan dengan dia pun kita tak tahu lagi. "Balas Danny selamba sambil berlari anak menuju ke bilik bujang mereka semula.

Aryan hanya mengikuti langkah Danny sambil tertawa kecil mendengarkan ucapan lelaki itu sebentar tadi. Tabah la wahai hati, sesungguhnya setiap kesukaran pasti ada kemudahannya.

Takdir Kita ( OG ) Where stories live. Discover now