7- TK

42 5 0
                                    

SEDAR tidak sedar, sudah seminggu berlalu sejak Ivan keluar dari hospital. Keadaan nya sudah stabil dan telah dibenarkan pulang pada Isnin lepas. Tanpa meninggalkan apa-apa pesanan pada Jannah, tahu-tahu katil yang didudukinya sudah kosong.

"Jannah, kau tak rasa ke yang Ivan tu saja nak permainkan perasaan kau? Iye la kan, dia beria dengan kau last-last blah macam tu je. Aku rasa dia saja nak ghosting kau ni Anna. "Ucap Amila memeriahkan suasana yang suram.

"Hm, maybe la kan. Tapi dia nampak baik, tak kan dia nak permainkan perasaan aku macam tu je ye tak? "Balas Jannah cuba menafikan nya.

"Baik la sebab nak gunakan kau untuk hilangkan bosan dia. Jangan la kau nak percaya sangat lelaki zaman sekarang ni, semua nya baik ada makna aje tau. "Ucap Amila lagi, dia sedih sebenarnya apabila lihat perasaan sahabat baik nya itu dipermainkan.

"Aku nampak sangat ke macam tagih kasih sayang dari dia, Amila? "Tanya Jannah tiba-tiba.

"Tagih tu tak, tapi entah la. Kalau hati dah suka, buruk depan mata pun tak nampak dah kan? Cumanya aku tak sangka dia blah macam tu je tanpa bagi nombor telefon ke username ig ke, tak sangka la kan dia macam tu. " Balas Amila mengatakan apa yang dirasainya.

"Hm aku pun tak sangka sebenarnya. "Balas Jannah yang kehilangan kata-kata.

"Tak apa la Anna , mungkin betul kata orang yang kita ni tak ditakdirkan untuk merasai alam percintaan ni. Seharian menghadap hospital, bila je masa kita nak bercinta ? Silap-silap kang, tengah dating pun teringatkan pesakit yang kratikal. "Ucap Amila sambil tertawa membayangkan pekara yang belum berlaku.

"Betul la tu, jom la kita pergi periksa pesakit dekat zon kuning. Kalau aku duduk sini mengenangkan Ivan tak ada guna nya pun. "Balas Jannah, pasrah.

"Betul, aku sokong apa kau yang kata. So now, jom! "Ucap Amila bersemangat sambil menarik lembut tangan Jannah sebelum meneruskan tugas mereka.

                              ****

"Qhal, bila pulak temu janji kamu untuk buka balutan simen dekat tangan kamu tu? "Ujar Adibah Suhaila, ibu lelaki itu.

"Lusa umi,, tapi Qhal ingat nak follow up temujanji dekat Lumut aje la senang sikit. "Balas lelaki itu.

"Habis tu yang lusa ni nak pergi ke tidak? "Tanya wanita itu lagi.

"Pergi umi, kenapa umi nak teman ke? "Tanya nya semula.

"Boleh juga, umi free lusa. Biar umi teman kan ye? "Ucap wanita itu.

"Iya umi, lusa nanti pagi-pagi kita siap kita pergi hospital ye. Qhal nak naik atas mandi dulu. "Balas lelaki itu sebelum beredar dari ruangan dapur meninggalkan ibundanya sendirian.

Selang beberapa minit, sosok seorang lelaki tiba di ruangan dapur menggantikan si anak yang sudah membawa diri.

"Termenung jauh fikir kan apa Diba? "Ujar Encik Zaidi, suami Puan Adibah.

"Saya teringat kan anak murid saya bang, anak kepada kawan abang dulu. "Balas wanita separuh umur itu sayu.

"Anak murid awak yang mana satu ni Diba, awak bukan nya mengajar 10 orang aje dalam setahun. Cuba sebutkan nama. "Jawab lelaki itu lemah lembut.

"Anak kawan abang, Auliya. Dia anak murid saya dulu, saya pernah mengajar dia biologi waktu dia tingkatan 5. "Ucap nya, sayu.

"Oh Auliya, anak Man ye? "Tanya nya lagi untuk kepastian.

"Iya abang, anak arwah Man. Apa la nasib dia sekarang ya, sebak saya tengok waktu dia dapat tahu ayah dia meninggal kena pulak hari nya waktu ambil keputusan SPM memang meraung la budak tu. Saya pun banjir juga air mata tengok dia macam tu. "Ucap Puan Adibah mengingatkan memori pahit beberapa tahun lepas.

"Itu bahagian dia, kita esok-esok tak tahu pula macam mana. Saya pun rindu juga dengan dia, baik budak nya sopan santun lagi. Kalau awak ada jumpa dia , kirim kan salam saya pada dia lama saya tak jenguk kubur arwah ayah dia. "Balas lelaki itu, turut mendukung perasaan isteri tersayang.

"Iyela bang, saya harap dapat la jumpa dia sebelum kita balik Melaka. Saya dengar dia dengan mak nya pindah kesini selepas kematian arwah Man. "Ucap Wanita itu. Dia amat berharap agar dapat dipertemukan dengan gadis itu semula, rindu tak terkata pada gadis yang merupakan pelajar cemerlangnya dahulu.

"Iye la anje abang, carila selagi awak larat. Abang sentiasa sokong isteri abang dalam semua pekara, abang doakan semoga Allah permudahkan niat baik awak ye anje. "Balas Encik Zaidi, mengusik isterinya.

"Macam-macam lah abang, itu yang saya kata perangai kuat mengusik abang ni dah turun dekat anak kita tu ha si Qhalish Ivan. Menyampah la saya dengan anak beranak ni. "Ucap Puan Adibah sebelum meneruskan tugasannya di singki dapur.

"Biar abang tolong ye, anje abang nak masak apa hari ni? "Tanya lelaki itu, tak puas lagi mengusik isterinya dengan panggilan manja itu.

"Diam la abang sebelum udang ni saya sumbat dalam mulut abang, apa tak dapat. Abang pergi tengok tv lagi bagus dari kacau saya dekat dapur ni. "Balas wanita itu, menyampah dengan sikap suaminya.

Anak lelaki nya pun saling tidak tumpah dengan suaminya, suka mengusik dia sampai naik darah tingginya.

"Abang nak tolong anje abang dekat dapur, apa salah nya kan.. "Ucap Encik Zaidi lemah lembut.

Puan Adibah tidak menjawab malah hanya tawa mereka yang memeriahkan ruangan dapur. Walaupun sudah melebihi 20 tahun usia perkahwinan, tetapi manisnya masih tidak hilang dari hari pertama pernikahan.

Sedar tidak sedar, ada sepasang mata lain yang memerhati kemesraan mereka di dapur. Senang hati seorang anak apabila melihat kemesraan ibu bapa nya yang tidak pudar dimakan waktu.

Anak-anak yang baik permulaan nya dari didikan ibu bapa di rumah, segala perbuatan dirumah akan dicontohi mereka sehingga besar. Ianya menunjukkan betapa pentingnya pendidikan asas dirumah bagi menentukan akhlak anak-anak yang sedang membesar.

Takdir Kita ( OG ) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang