21- TK

45 2 0
                                    

"Semoga kita berjumpa lagi di masa yang lebih baik di masa depan. Saya akan menantikan kepulangan awak kesini. "

MASA yang lebih baik itu hanyalah penipuan semata. Perjanjian dan ucapan yang diucapkan lelaki itu bohong semata. Perjumpaan mereka semula langsung tidak baik malah amat menyakitkan.

"Saya tak ada niat pun nak tipu awak, Auliya. "Ujar lelaki itu sebersalah.

"Kau tahu apa yang aku benci selama ni, sampai hati kau Ivan. Aku benci kau, Leftenan Komander Muhammad Qhalish Ivan. "Balasnya dingin.

"Auliya, dengar dulu saya explain. "Rayunya sebersalah. Sedaya upaya meminta simpati agar gadis itu memberinya peluang untuk berterus terang.

"Keluar, aku tak nak tengok muka kau. Semak. "Balas nya dingin. Dalam nada suara yang tegas, gadis itu berkata sambil memalingkan mukanya kearah dinding hospital.

BEBERAPA JAM SEBELUM.

Sebaik sahaja helikopter mendarat dengan selamat, pasukan perubatan kecemasan terus memberikan rawatan awal kepada Jannah dan beberapa orang awam lain yang tercedera.

Sebelum kapal persiaran itu karam sepenuhnya, Amila dan beberapa orang anggota tentera yang tersisa terpaksa terjun kedalam laut dalam demi menyelamatkan diri. Sewaktu kapal persiaran itu meletup, mereka sudah pun berada di atas bot kecemasan TLDM. Mereka selamat , tiada kematian dilaporkan dalam kemalangan itu.

Kira-kira seramai 350 orang penumpang termasuklah para pekerja kapal persiaran itu selamat , 38 orang cedera ringan dan 22 orang lagi menerima kecederaan serius termasuklah Jannah dan Amila.

Amila dan Jannah ditempatkan di wad bagi pemerhatian sementara tubuh mereka masih berada dalam keadaan lemah. Sejurus para anggota tentera tiba di darat, Ivan tidak menunggu lama dia mengambil keputusan untuk terus bergerak ke hospital untuk melihat keadaan Jannah.

Alangkah kecewanya dia apabila Jannah langsung tidak mahu melihat wajahnya walaupun satu saat. Sebegitu benci nya Jannah pada Ivan dan tentera.

"Keluar, aku tak nak tengok muka kau. Semak. "

Kata-kata itu masih terngiang-ngiang didalam fikiran Ivan. Apakah salahnya sehingga Jannah membencinya sebegitu rupa? Adakah salahnya kerana dia adalah seorang anggota tentera? Allahuakhbar.

"Saya yang selamat kan awak Auliya, saya tentera laut yang awak benci selama ni yang selamatkan nyawa awak. Kenapa awak benci sangat dengan tentera, allahuakhbar. Bantu aku ya Allah, kuatkan la aku ya Allah. "Omel lelaki itu sendirian diluar wad Nurjannah Auliya.

Tubuhnya jatuh terduduk di bumi, memeluk tubuhnya sendiri sambil menahan tangisan. Memikirkan apakah dosa nya sehingga Allah mengujinya seberat ini. Dia tak mampu, dia benar-benar tak mampu kali ini.

"Qhal, kita balik dulu. Nanti besok kita datang lagi. "Ucap Danny setelah sekian lama berdiam diri.

Luka toresan pisau di pipi lelaki itu langsung tidak dipedulikan. Darah sehingga membeku tidak dibersihkan, baju tshirt hitam nya yang basah lembab tidak dihiraukan. Sebegitu pentingnya seorang Nurjannah Auliya pada Muhammad Qhalish Ivan.

Ivam masih berdiam diri, tidak dihiraukan ucapan Danny dan ahli kumpulannya yang lain. Baginya keadaan Jannah adalah pekara paling penting buatnya di masa kini.

"Qhal, kita balik dulu. Besok kita datang semula. "Ucap Aryan, kawan sekerja Ivan dan Danny.

"Korang balik dulu, nanti aku balik sendiri. "Balas Ivan dingin setelah sekian lama berdiam diri.

"Tuan jangan macam ni, luka tuan tu tak dibersihkan. Baju tuan pun basah, nanti sakit pula. "Kini giliran anak buahnya yang bernama Shah pula bersuara.

"Qhal, jom la balik dulu. "Ucap Danny lagi, sedaya upaya memujuk lelaki itu.

Ivan hanya menggelengkan kepala tanda tidak mahu. Masih berdegil tak mahu menerima nasihat mereka.

"Kalau macam tu kami pergi dulu, nanti kau call la kalau ada apa-apa. "Ucap Aryan akhirnya akur dengan sikap Ivan.

Ivan hanya mengangguk malas sebelum beredar masuk semula kedalam wad Jannah dan meninggalkan mereka di luar.

Mereka semua mengambil keputusan untuk pulang ke kem dahulu. Bukan senang nak pujuk Ivan, jika A katanya maka A lah. Tiada lagi pilihan yang dapat dibuat.

••••

Melihat saja sosok tubuh Ivan tiba dihadapan Jannah, gadis itu terus memalingkan muka memandang kearah dinding. Ivan akur dengan sikapnya.

"Saya tahu awak marah kan saya sebab awak rasa awak dikhianati selama ni, tapi tolong la dengar dulu penjelasan saya. "Ucap Ivan bersungguh mahu memujuk.

"Saya minta maaf kalau awak rasa saya tipu awak selama ni, saya tak ada niat langsung nak tipu awak Auliya. Jauh dari sudut hati saya nak buat awak macam tu. Ya saya memang tak pernah jujur soal kerja saya sebab saya tahu awak akan jadi macam ni, macam sekarang ni. Disebabkan trauma kematian ayah awak, awak jadi benci dengan askar. Saya tahu awak tak akan terima kalau saya beritahu awak dari awal. Saya minta maaf, Nurjannah Auliya. "Ucap Ivan panjang lebar.

Malangnya Jannah masih mendiamkan diri sambil mengesat airmata nya sendiri. Jujur dirinya juga rapuh, dia tak pernah sangka sesuatu yang dia benci selama ini telah menjadi salah satu penguat semangatnya. Dia akur, dia penting kan diri dan dia bodoh kerana terlalu ikutkan perasaan.

"Kenapa kau tipu aku? Kalau dari awal kau jujur dengan aku kau seorang tentera, aku tak kan letak perasaan pada kau macam sekarang ni. Kau tahu aku benci tentera tapi kau langsung tak cakap apa-apa. Kenapa Ivan kenapa! Aku kecewa dengan kau, aku betul-betul tak sangka kau tipu aku hidup-hidup selama ni. "Ujar gadis itu dingin, nada suaranya naik satu oktaf menandakan dirinya amat berang sekarang.

"Saya tak pernah tipu awak Auliya, saya mengaku selama ni saya takut kalau saya beritahu awak pekara sebenar awak akan buang saya dari hidup awak. Saya takut, takut sangat Auliya. Saya dah anggap awak lebih dari seorang kawan , saya minta maaf. "Ucap nya jujur, sambil mengesat air matanya sendiri.

Ivan menangis ? Ya dia menangis, menangis kerana takut dibuang dari hidup gadis itu.

"Pergi la Ivan, aku tak nak tengok muka kau lagi. "Balas gadis itu, masih tetap dengan pendiriannya.

"Saya yang selamat kan awak Auliya , awak masih hidup sekarang adalah asbab tentera yang awak benci selama ni yang selamatkan awak. Awak kena tahu benda tu. "Ujar Ivan tegas, dirinya ibarat dicabar. Dia jujur emosi nya juga terganggu saat ini.

"Aku tak suruh pun kau selamat aku. "Ucap Jannah penuh makna. Ringkas ucapannya tapi makna dari ucapan itu berjaya membuatkan hati Qhalish Ivan tersentap.

Ivan terdiam, tiada lagi kata-kata yang mampu dia ucapkan saat ini.

"Keluar." Satu patah ucapan Jannah yang membuatkan pendirian Ivan akhirnya hancur lebur.

Dengan berat hati, dia melangkah keluar dari wad itu seperti yang gadis itu arahkan. Dia jujur, dia kalah dengan wanita itu. Wanita yang menjadi penguat semangat nya kini membuang nya tanpa simpati.

Walaupun berat, dia tetap melangkah kan kaki menuju ke kereta untuk pulang ke kem. Air matanya tidak henti mengalir sepanjang perjalanan, ada ketikanya dia menjerit sendirian melepaskan perasaan akibat kesedihan yang dipendam seorang diri.

Mampukah dia kuatkan diri demi mengejarkan cinta Nurjannah Auliya? Mampu kah dia?

Takdir Kita ( OG ) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang