15- TK

11 3 0
                                    

SEGALA urusan pengebumian selesai. Pengurusan pengebumian jenazah ibunda Nurjannah Auliya di uruskan sepenuhnya oleh pihak hospital. Kini gadis itu tinggal sendirian di bumi yang luas ini, tiada lagi ibu, tiada lagi ayah untuk bergantung hidup.

"Anna, kita balik ya.. Dah 40 minit kita duduk sini, kau tak makan lagi dari pagi.. "Ucap Amila sayu.

Sejak dari gadis itu mengumumkan kematian ibundanya , sehingga kini dia tidak menitiskan setitik pun air mata. Tiada keluhan, tiada lagi ucapan yang dapat dia ucapkan.

Hanya terdiam dan memaparkan wajah yang tiada reaksi. Hancur, dirinya hancur lebur.

Keluarga Ivan dan Danny turut berada di situ untuk menemani Jannah, hampa perasaan mereka melihat anak gadis itu hancur di umur yang sangat muda. Allahuakhbar.

"Auliya.. Kita balik ya nak? Hari dah nak malam, kamu pun kena rehat sayang.. "Pujuk Puan Adibah sambil mengusap lembut tubuh gadis itu.

Namun tiada balasan darinya, dia masih terdiam tanpa reaksi. Dirinya nampak seperti hancur, tiada hala tuju.

"Jom balik, jangan nak buat perangai sangat Nurjannah Auliya. "Ujar Ivan setelah sekian lama berdiam diri.

Danny dan Amila yang berada disitu hairan melihat ucapan lelaki itu. Ucapannya dengan nada yang dingin, lansung tak difikirkan kesedihan yang melanda gadis itu.

"Qhal.. "Tegur halus dari Danny, tak dihiraukan lelaki itu.

"Tunggu sampai esok malam pun ibu awak tak hidup balik la Nurjannah Auliya. Bangun, jom balik. "Ucapnya dingin sambil menarik lembut baju Jannah dibahagian lengan. Amila memandangnya hairan namun tidak bertindak sebaliknya hanya melihat.

Masih tiada balasan dari Jannah, gadis itu masih setia duduk disamping kubur ibunya yang masih merah. Tangan gadis itu menyapu halus di tanah kubur ibunya, dia benar-benar hilang kawalan.

"Auliya.."Rayu Puan Adibah.

"Mari kita balik ya nak.. "Tambah wanita itu lagi.

Sedaya upaya , Puan Adibah dan Amila memujuk Jannah agar pulang. Jannah yang mereka kenal pasti akan meraung, menangis teresak-esak apabila hal sebegini berlaku tetapi malangnya hari ini tiada setitik pun air mata nya jatuh, tiada raungan dari gadis itu. Semangat nya ikut 'pergi' mengikuti ibunya.

"Nurjannah Auliya, sampai bila awak nak tunggu sini? Awak yang umumkan kematian ibu awak, jadi apa lagi yang awak harapkan? "Ujar Ivan dingin, bedesup menusuk kedalam hati. Ucapannya benar-benar mengejutkan seluruh ahli keluarga. Ivan bukan orang yang begini.

"Ya.. Saya yang bunuh ibu saya kan? Awak nak cakap yang..Saya bunuh ibu saya kan? "Gadis itu menjawab. Setelah sekian lama berdiam diri, akhirnya dia bersuara. Dirinya terasa dipancing apabila Ivan berkata begitu.

"Ya.. Awak yang bunuh ibu awak dengan keadaan awak yang macam ni. Awak ingat Puan Ratna nak tengok awak macam ni ke selepas dia meninggal ? Awak bukan saja dah gagal jadi dokter, tapi awak gagal jadi seorang anak yang berbakti pada ibu awak. Kesedihan awak yang melampau sehingga macam ni, tak menunjukkan awak tu anak yang solehah pun. Malah ditunjukkan lagi awak tu kurang iman didada. "Ujar Ivan lantang.

Jujur kali ini ucapanya sangat menusuk ke dalam hati. Jannah yang sedaya upaya menahan tangisan akhirnya gagal, empangannya pecah. Air mata nya mula mengalir, membasahi seluruh wajah mulur gadis itu. Amila disisi, tak mampu berkata-kata dia hanya mampu memeluk tubuh gadis itu untuk memberi semangat.

"Balik."Ucap Ivan sepatah sebelum dia beredar meninggalkan mereka di situ.

Danny dan Encik Zaidi mengikuti langkah Ivan untuk beredar dahulu meninggalkan mereka. Mahu memberi ruang pada Jannah untuk melepaskan kesedihan yang dipendam.

"Qhal, aku tahu niat kau baik tapi ucapan kau kasar. Kau tak boleh cakap macam tu, dokter Jannah tu dah ditinggal berseorangan, keadaan mental dia masih tak stabil. Kalau kau terus sembur macam tu, aku takut nanti dia hilang kawalan. "Ucap Danny jujur, baginya teguran Ivan tadi sememangnya melebihi batas.

"Kalau aku tak cakap macam tu, sampai sekarang dia akan simpan tangisan dia. Selagi dia tak menangis, selagi tu la dia akan hilang semangat. Dia amanah aku, sebelum ibu dia meninggal ibu dia terlebih dahulu amanah kan dia untuk aku jaga. Aku terpaksa. "Ujar Ivan sebersalah. Jujur berat hatinya untuk berkata begitu, tetapi sekiranya dia tidak berbuat demikian maka Jannah akan semakin hilang kawalan.

"Dia tu dokter, dia bukan tentera hati kental macam kamu. Jangan buat macam tu lagi Qhal. "Ucap Encik Zaidi setelah sekian lama berdiam diri.

"Baik bah, Qhal minta maaf. "Ucap Ivan sebersalah.

Dia harus meminta maaf pada gadis itu selepas ini.

••••

10:20 malam

Selesai sahaja majlis tahlil , Jannah terus mengurung dirinya sendiri di dalam bilik. Dari pagi tidak disentuh makanan yang ada, hatinya masih belum terima kenyataan.

Majlis tahlil secara kecil-kecilan di adakan di rumah Jannah, dihadiri jiran dan saudara mara terdekat sahaja. Puan Adibah dan Encik Zaidi yang menjadi tuan rumah menguruskan majlis tahlil untuk Puan Ratna memandangkan Jannah masih belum bersedia.

"Amila, kawan awak mana? "Ujar Ivan sambil melihat sekeliling mencari kelibat gadis itu.

"Dia kurung diri dalam bilik lepas habis tahlil tadi. Saya dah panggil dia suruh makan pun dia diam je, saya penat la nak pujuk dia. "Rungut Amila sambil mencebikkan bibir tanda protes.

Ivan hanya mengangguk tanda faham sebelum dia meneruskan tugas mengemas kerusi dan meja yang telah digunakan oleh tetamu yang hadir.

Danny yang hanya mendiamkan diri di penjuru khemah mencuri pandangan Amila. Tanpa segan Amila mendekati lelaki itu.

"Hi Danny. Terima kasih sebab datang dari jauh tolong settle kan majlis tahlil ni ya. "Ucap Amila mesra.

Bukan selalu peluang datang depan mata kan, jadi dia harus menggunakan peluang yang ada kalau tidak rugi aje.

"Ya cik Amila. Saya datang sebab Qhal yang telefon, alang-alang saya ada area sini jadi saya datang la untuk tolong mana patut. "Balas Danny sambil pandangannya masih tertumpu pada kerusi dan meja yang sedang disusun nya rapi.

"Saya nak tanya sikit boleh ?" Ujar Amila sopan.

"Tanya apa cik? "Balas Danny ringkas. Masih menjaga batas, tak mahu orang salah sangka.

"Nama awak apa ? Danny je ?" Ujar Amila , cuba mencari topik mahu memanjangkan percakapan.

"Rizqy Danny, Muhammad Rizqy Danny. "Ucapnya bersahaja.

"Sedap nama, sesuai dengan tuan badan.. Segak hm.. "Balas Amila dengan nada perlahan.

Jujur, melihat Danny yang menjaga pandangan dan batas dengan perempuan membuatkan dia nekad mahu mengenal lebih dalam dengan lelaki itu.

"Alhamdulilah , Allah bagi segak. "Ucap Danny bersahaja sambil tersenyum kecil.

"Eh tak, bukan. Saya..Aa bukan , alamak. "Balas Amila tidak keruan. Dia fikir Danny tidak mendengar ucapannya, rupanya sebaliknya. Alahai malunya.

Danny hanya tersenyum dan berlalu pergi meninggalkan Amila yang sudah malu tidak keruan seorang diri.

"Comelnya bidadari ciptaan Tuhan. "Detik hati Danny sambil berlalu pergi.

Takdir Kita ( OG ) Where stories live. Discover now