CUTI telah tamat maka mereka harus kembali bekerja. Amila bekerja shif pagi manakala Jannah bekerja shif malam. Amila sudah keluar rumah awal pagi lagi, Umi dan abah Ivan sudah bersiap-siap mahu berangkat pulang ke Melaka.
"Ivan dengan Danny terus ke Lumut ke ?" Ujar Encik Zaidi.
"Iya bah , kami terus balik Lumut. Abah dan umi hati-hati ya sepanjang perjalanan pulang ke Melaka. Jangan bawa laju-laju abah , kalau penat rehat dulu jangan paksa. "Balas Ivan mesra , berpesan kepada kedua orang tuanya.
"Auliya kamu jaga diri ya, kalau ada apa-apa terus beritahu abah dan umi ya. Jangan segan-segan nak call kami ya. "Ucap Encik Zaidi kepada Jannah yang berdiam diri melihat mereka.
"Iya bah , hati-hati kalau dah sampai beritahu ya. "Balas Jannah mesra sambil tersenyum kearah mereka.
Mereka mula mengemas barang-barang dan dimasukkan kedalam bonet kereta menandakan mereka sudah bersedia untuk bergerak pulang. Ivan meminta izin untuk bercakap berdua dengan Jannah sebelum bergerak pulang.
"Saya nak pergi jauh, kalau ada apa-apa terus inform umi abah ya. Nanti mereka akan datang bantu. Tolong jaga diri awak sebaiknya Auliya , saya tak boleh nak sentiasa pastikan awak selamat. Semoga Allah permudahkan niat baik kita dan semoga kita berjumpa lagi di masa dan keadaan yang lebih baik di masa depan. Jaga diri , dokter cantik. "Ujar Ivan sebersalah.
"Lumut aje kan, bukannya jauh pun kalau dari sini. Saya boleh pergi sana kalau dah rindukan awak. Awak pun boleh balik sini kalau rindukan saya. "Balas Jannah sambil tertawa kecil.
"Ewah awak tengah mengorat saya ke sekarang? "Ujar Ivan bersahaja.
"Kenapa awak rasa tergoda ke? Nak stay sini sehari lagi ?"Balas Jannah, sengaja mahu menguji lelaki itu.
"Kalau saya stay sini bukan setakat sehari dua je , kalau boleh nak stay terus. "Ucap Ivan sambil tertawa bergurau.
Jannah turut membalas tawa sambil mengangguk tanda faham. Ivan ni jarang la nak tolak kalau di offer pekara sebegini. Gatal tak dibuat-buat.
"Semoga kita berjumpa lagi di masa yang lebih baik di masa depan. Saya akan menantikan kepulangan awak kesini. "Ujar Jannah penuh makna.
Ivan hanya mengangguk sambil tersenyum sebelum dia bergerak ke kereta.
Danny dan Ivan memberikan lambaian terarakhir sebelum tayar kereta mula bergolek dan menghilang dari pandangan mereka. Kini giliran abah dan umi Ivan pula meminta diri.
"Abah dan umi pergi dulu ya nak , jangan lupa telefon ya. "Pesan Puan Adibah sebelum tayar kereta mereka bergolek menuju ke kediaman mereka yang jauh di Selatan.
Kini yang tinggal hanyala realiti. Realiti dimana Jannah hidup berseorangan di bumi yang luas ini. Dirinya memasuki kediaman mereka dengan rasa hiba , sekurang-kurang nya sewaktu mereka ada rumah ini tidak terasa sunyi nya. Dia mula tersedar bahawa dia harus menerima kenyataan bahawa dia tiada lagi tempat bergantung seperti dahulu.
Jannah meneruskan langkah berat menuju ke bilik nya di tingkat dua, niat dihati ingin tidur sebentar sebelum dia berangkat ke hospital petang nanti. Tenang lah wahai hati, sesungguhnya setiap kesunyian pasti ada sinarannya yang bakal datang di setiap lubang-lubang kehidupan.
••••
PEJAM celik , pejam celik tahu-tahu sudah empat bulan berlalu sejak kematian ibunda Jannah. Bersamaan dengan itu, empat bulan juga dia tidak mendapat berita tentang keadaan Ivan. Sekali-sekala ada juga dia menanyakan keadaan lelaki itu kepada Puan Adibah tetapi jawapan yang diberikan selalu nya sama iaitu "dia sentiasa baik-baik sahaja dan selalu berada didalam lindungan Allah swt ".
Dirinya merasa seperti digantung tak bertali , tiada kata putus tentang hubungan yang mereka jalani. Ada kala nya manis, adakala nya pahit. Kenangan terindah sewaktu mereka meluangkan masa melihat matahari terbenam ditengah-tengah kebun bunga masih segar didalam ingatan gadis itu.
Senyuman Ivan yang manis masih segar dalam ingatannya , segala ucapan dan janji mereka masih diingati dengan teliti sehingga ke hari ini. Lagu bertajuk Anugerah Terindah nyanyian Black menjadi habuan pelepas rindunya kepada lelaki itu. Nyanyian merdu dari Ivan pada petang itu masih diingat segar dalam fikiran Nurjannah Auliya. Ada kalanya gadis itu tersenyum sendirian apabila mengingati kembali pekara yang berlaku pada petang itu. Alangkah indahnya jika dapat mengulanginya kembali di masa hadapan, itulah impiannya.
"Amboi, termenung jauh dokter Jannah. "Tegur Amila setelah sekian lama memerhatikan Jannah yang asyik termenung jauh sendirian.
"Bro, aku rindu Ivan. "Ujar Jannah jujur. Padanganya masih tertumpu pada telefon bimbitnya, melihat foto-foto mereka berdua yang diambil pada hari tersebut.
Indahnya senja , seperti itulah indahnya kasih mereka. Pandangan mata Ivan yang penuh kasih sayang membuatkan diri gadis itu semakin dahagakan cinta lelaki bernama Qhalish Ivan itu. Mengapa kisah cinta mereka tak seindah seperti pasangan lain?
"Alaa mengadanya engkau. Dulu bukan main tak nak sekarang ni dia pulak yang angau. Kata-kata makan tuan. "Ucap Amila sambil tertawa kecil mengingatkan ucapan Jannah sewaktu awal-awal perkenalannya dengan Ivan.
"Mana ada aku cakap macam tu , kau yang cakap. "Balas Jannah menidakkan kenyataan Amila.
Sejuk matanya melihat sahabat nya sekarang sudah memakai hijab dan mengenakan blous labuh dipadankan dengan seluar slack hitam terletak indah pada gadis itu. Perubahan Amila yang sekarang membawa impak besar pada diri mereka, ucapan yang diucapkan dahulu menjadi kenyataan. Setelah lama berharap akhirnya impian mereka untuk solat bersama tercapai.
"Amila kau dengan Denny macam mana? Ada update apa-apa tak dari diorang ?" Ujar Jannah.
"Tak ada, diorang tu mcm chipsmore tau tak. Sekejap ada, sekejap hilang. Dari sejak diorang balik Lumut hari tu sampai ke sekarang mana ada diorang call kita , diorang tu saja je nak mempermainkan perasaan kita ni. "Balas Amila sambil membuat muka menyampah.
"By the way , aku tak pernah tanya pun Ivan kerja apa. Kau rasa dia kerja apa? "Ujar Jannah tertanya-tanya.
"Aaa..Mana aku tahu, kalau kau pun tak tahu takkan la aku tahu pula. Dah la aku nak pergi sambung kerja, byee. "Balas Amila sebelum menghilangkan diri dari pandangan Jannah.
Dirinya mula terpancing dek kegagapan Amila menjawab soalanya. Kalau tiada apa yang pelik kenapa gadis itu seperti teragak-agak mahu menjawab soalanya? Pasti ada sesuatu yang tidak kena.
Perasaan ingin tahu nya dibuang jauh-jauh , dirinya kembali fokus pada kerja yang belum dia siapkan. Hospital ini makin sunyi sejak ketiadaan dokter Leo. Dokter Leo dipindah ke Hospital Besar Sungai Buloh, Selangor pada dua bulan lepas. Sedih apabila dingatkan , tetapi demi tugas dirinya harus menerima apa jua rintangan.
Sedang elok dia membelek telefon bimbit nya , tiba-tiba lalu satu page menawarkan percutian di atas kapal persiaran dengan harga murah. Seperti yang dikatakan pada laman web itu percutian di atas kapal persiaran hujung bulan depan diberikan harga separuh potongan dari harga asal kerana promo hujung tahun.
"Best juga ni kalau dapat bercuti, nak pergi lah. "Omel Jannah sendirian sambil meneliti pakage percutian tersebut.
"Eh aku kena sambung kerja la, ya Allah Jannah ish. "Omel dirinya sendirian sambil kelam kabut mengambil fail, pen dan stetoskop nya digantung pada leher sebelum kakinya melangkah laju keluar dari bilik nya untuk melihat pesakit di ruangan luar.
"Saya tak berniat nak tipu awak. "

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Kita ( OG )
RomanceAntara ego atau cinta ? Nurjannah Auliya, seorang gadis yang lahir dari keluarga broken home, dibesarkan dengan luka mendalam akibat kematian ayahnya yang meninggal dunia dalam tugas sebagai tentera. Trauma itu membuatnya membenci tentera dan segala...